Tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak beserta dengan ahli rombongan yang telah selamat pergi dan balik dari Gaza.
Buruk perangai puak-puak pakartun rakyat ni. Kerja asyik tabur fitnah sana-sini sampaikan PM ke Gaza pun dijadikan fitnah jugak. Kononnya PM ke Gaza kerana propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempena PRU13 tetapi mereka lupa yang PM sememangnya sangat prihatin isu pergolakan yang melibatkan umat islam.
Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah
mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan
rundingan gencatan senjata di antara anggota pemisah Selatan Thai dengan
Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih
belum reda.
Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap
Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui
ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan.
Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.
PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada
ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar
rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian
kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.
Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam
dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah
atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala
membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata
antara pemimpin UMNO dengan PAS.
SP: Pemimpin-pemimpin
tertinggi PaKARTUN Rakyat bila lagi nak sahut cabaran ke Gaza? Takut
ke? Takut dana untuk PRU13 nanti ditarik balik oleh rakan sekutu
(Israel) ke? Oh! SP lupa yang Ketua Umum PKR pernah berikrar untuk
menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel. So dah confirm2lah dia
takkan berani ke Gaza.
No comments:
Post a Comment