Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, January 28, 2013

KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD





KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN DALAM NEGERI mengenai
AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE
LINK/LINX SDN BHD
25 JANUARI 2013

1.     Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat tersebut.

2.     Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN