Peluang untuk anda yang ingin mendapatkan kesen memandu tetapi terbantut akibat kekangan kewangan. Kini ada jalan keluar daripada maslah anda.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) telah melancarkan program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) khusus untuk anda yang belum pernah memliki sebarang lesen memandu. Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin ketika berucap seaktu sidang akhbar tersebut,
Inisiatif BL1M yang dikemukakan oleh Pemuda BN ini bertujuan memberi peluang kepada semua penunggang motosikal meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya dengan meringankan beban mereka dalam permohonan lesen dan proses pendidikan.
Pendek kata anda berhak menikmati kebebasan memiliki kaedah pengangkutan sendiri dengan syarat anda juga menyedari tanggungjawab anda kepada komuniti. Manfaat program BL1M amat luas ia akan membantu meningkatkan keselamatan jalan raya di taman perumahan bahkan juga jalan awam.”
OBJEKTIF BL1M
- Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
- Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
- Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
- Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.
- Memberi lesen kepada penunggang motosikal dengan kadar murah diakhir kursus pemanduan mereka.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
- Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
- Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
- Sihat tubuh badan
- Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
- Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
- Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
No comments:
Post a Comment