Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, January 25, 2013

Lim Guan Eng Punya Engkara, Islam Kalut Jadinya #TolakPR



 


Isu nama Allah yang dicadangkan untuk menggantikan nama Tuhan di dalam bible bahasa Melayu telah mendapat tentangan dari hampir 95% orang Islam di sini.

Cadangan bermula apabila si Lim Guan Eng semasa berucap pada perayaan Krismas yang lepas.

Seharusnya penentangan terhadap isu ini boleh dikategorikan sebagai isu keagamaan dan penentangan terhadapnya perlulah seimbang dan sekata oleh umat Islam di sini.

Malangnya apabila ianya tidak menjadi kenyataan kerana PAS yang mewakili 5% orang Islam bersetuju dengan cadangan tersebut. Keengganan PAS bersekutu bersama umat Islam yang lain telah menyebabkan isu ini seakan tiada penamatnya.

Ia ditambah lagi dengan pengumuman Presiden PAS, Hadi Awang yang bersetuju dengan cadangan Lim Guan Eng dan ia telah menyebabkan rakyat terutama yang beragama Islam menjadi keliru.

Asas perjuangan PAS yang dikatakan berlandaskan Islam dilihat samar-samar hari ini apabila PAS sendiri tidak mempertahankan penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Di mana hilangnya agama PAS?
Di mana letaknya pendirian PAS?

Keegoan PAS telah menerima kritikan pelbagai pihak termasuk kritikan oleh Majlis Syura PAS yang mempunyai pelbagai pendapat berlainan. Bukan itu saja, PAS menerima tamparan lebih teruk apabila ahlinya sendiri menyifatkan PAS telah lari dari matlamat perjuangannya dan kini terus leka dengan angan-angan duduk di kerusi empuk Putrajaya.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN