Bangganyan keldai-keldai Melayu ni dengan bendera DAP. Jangan hanya seposen duit yang ditaburkan korang sampai sanggup gadaikan agama dan tanahair.
Apabila DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah
Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam
sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada
agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan
akan turut terhapus.
Secara automatik, agama-agama lain akan mendapat hak
sama rata dengan Islam dan gejala murtad tidak lagi dapat dikekang.
Masih ramai di kalangan umat Melayu yang mudah
terpedaya dengan momokan bahawa ini semua hanyalah propaganda UMNO.
Kebanyakan mereka sukar menerima soal ‘agama’ menjadi
agenda utama DAP kerana setakat yang mereka tahu, kaum Cina tidak begitu
ekstrem dalam beragama. Malah, ramai di
antara mereka tidak mengamalkan pun ajaran agama mereka, seperti
bersembahyang. Selain itu, masyarakat
Malaysia juga masih lagi cenderung mengaitkan kaum Cina dengan agama Buddha
sepertimana India dengan Hindu.
Justeru, ramai yang merasa ragu mengenai kaitan DAP
dengan gejala murtad yang didalangi Kristian.
Hakikatnya,
kaum Cina dan juga India yang memilih Kristian sebagai pegangan semakin
meningkat di Malaysia. Apa jua
alasannya, iaitu sama ada mereka memilih Kristian kerana benar-benar percaya
dengan ajarannya, atau sekadar satu ‘escapism’ dari masalah kasta sepertimana
prasangka ramai, ataupun sebagai satu
simbol ‘status’ kerana masih terbelenggu dengan pemikiran mendewakan apa saja
yang dibuat oleh orang-orang barat serta ingin turut menyambut Krismas, melalui
upacara perkahwinan cara barat dan mempunyai nama barat yang dilihat sebagai
glamour akibat terpengaruh oleh TV dan filem, adalah tidak penting untuk
dipastikan.
Tidak seperti Islam yang tidak membezakan kaum dan
meletakkan semua umat Islam sebagai sama dan bersaudara, Kristian pula
menyaksikan gereja yang berbeza bagi kaum Cina dan India seperti juga kaum
kulit hitam dan kulit putih di barat yang merasa janggal untuk ke gereja yang
sama.
Bagaimanapun, kaum Cina jarang mengumumkan agama
mereka tetapi ramai yang menyangka bahawa kaum Cina yang memakai nama barat
kemungkinan besarnya beragama Kristian.
Memandangkan pemimpin tertinggi DAP tidak memakai nama barat, maka
keraguan masyarakat mengenai penglibatan mereka dalam kes murtad mudah
difahami.
Mungkin kerana itulah maka para penulis blog berbangsa
Cina gemar mendesak pemimpin atasan DAP agar mengumumkan agama mereka. Apa yang diisyaratkan oleh para blogger ini
ialah, pemimpin atasan DAP berselindung di sebalik nama Cina walaupun mereka
sebenarnya Kristian demi memastikan sokongan berterusan dari kaum Cina
‘ortodoks’ iaitu yang berpegang teguh kepada budaya, bahasa dan agama asal
nenek moyang mereka. Dengan tidak
memakai nama barat juga memudahkan mereka untuk mengaburi rakyat mengenai
agenda Kristian yang diperjuangkan mereka.
Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah,
berpusat di Subang Jaya. Kumpulan
‘pendakwah’ atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum
mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja.
Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana
mereka ‘dipegang’ sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para
pendakwah itu dengan memeluk Kristian.
Puak Kristian ini beroperasi secara tersusun dengan
dana disalurkan dari sebuah pusat pentadbiran yang lengkap. Dengan memanggil diri mereka ‘Evangelist’
atau pendakwah, menunjukkan yang mereka bermazhab Protestant iaitu mazhab yang
paling banyak melalui reformasi dan mempunyai berbagai-bagai versi serta
mengambil sikap berbeza dengan mazhab katholik yang mengiktiraf darjat
tertinggi Pope, atau mazhab orthodox yang lebih dekat dengan Kristian asal
iaitu agama Nasrani.
Salah satu laporan dari laman AsiaOne Singapura
bertarikh 27 Jun 2012 mendedahkan beberapa transaksi kewangan yang meragukan
yang melibatkan gereja di Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya
Kebajikan negara tersebut:
1. ‘Derma’
berjumlah S$2.1 juta bagi “Projek Menyeberang” (Crossover) atau lebih tepat
memurtadkan – dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Gereja City Harvest di
Subang Jaya, dalam jangka masa Diseember 2007 – May 2010.
2. ‘Derma’
ini kemudiannya dipindahkan ke ‘akaun pelbagai’ juga untuk ‘Projek Menyeberang’
ini. Dalam bulan April 2007 – Mac 2010
sejumlah lebih kurang S$600,00 dan USD3 juta masing-masing digunakan untuk
perbelanjaan En. Kong Hee dan isterinya Ho Yeow Sun yang mana kebanyakan ahli gereja
tidak tahu menahu mengenainya.
3. ‘Derma’
untuk dana pembinaan gereja berjumlah S$600,000 dipindahkan ke akaun pelbagai
untuk projek yang sama.
DAP telah terbukti merupakan antara anggota penting
yang memberikan naungan kepada puak evangelists ini yang berpusat di Subang
Jaya.
Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah
menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya
RM3,000 – Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 – Subang Jaya
Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 – Evangelical Free Church Gospel
Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 - Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada
2010.
Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk
Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan
kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat
atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar
segera.
Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan
Ali dipecat dari PAS dan ‘bintang’ Nasharuddin juga merudum.
Pendedahan lanjut dibuat oleh beberapa blog mengenai
ikrar yang dibuat oleh DAP di dalam sebuah majlis yang menampilkan tokoh-tokoh
Kristian di rantau ini, untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Ikrar tersebut dilihat konsisten dengan
desakan Lim Guan Eng dalam perutusan Krismasnya untuk meneruskan perjuangan
menggunakan kalimah Allah dalam kitab Kristian.
Jelas, bahawa agenda Kristianisasi dengan isu Injil
berbahasa Malaysia serta penggunaan kalimah Allah di dalam risalah dan kitab
agama Kristian, kes murtad, hubungan pemimpin DAP dengan gereja serta perutusan
Krismas Guan Eng adalah isu yang berkait dan berangkai.
Ini bermakna, ia bukan satu paranoia umat Islam UMNO
yang tidak berasas tetapi sahih sehinggakan para blogger bukan Islam dan bukan
Kristian juga turut menghidunya. Yang
tidak berasas dalam isu ini hanyalah tindakan umat Islam di dalam PAS menyokong,
membela dan berdegil untuk terus bekerjasama dengan puak evangelists,
bergandingan tangan menuju ke Putrajaya dan duduk bersebelahan di
singgahsana.
Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP
nampaknya hampir berjaya
SP: Bilalah Melayu Bodoh dalam DAP ni nak sedar diri
No comments:
Post a Comment