Followers

Untuk Makluman

Assalamualaikum

Dialu-alukan segala pandangan, idea, komen dan juga pendapat anda semua untuk penambahbaikan Puteri UMNO Bahagian Segambut. Sila berkomunikasi menggunakan blog ini. Sebarang komen yang menggunakan kata-kata kesat, penggunaan perkataan yang membangkitkan pergaduhan, kutuk-mengutuk dan lucah tidak akan dilampirkan. Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT. Gambar atau cadangan boleh juga di hantar ke puterisegambut@gmail.com

Wednesday, January 7, 2015

Dulu Bela Nasib Rakyat Gesa Kerajaan Turun Harga Minyak Tapi Sekarang @Rafiziramli Bela Tokey Stesen Minyak Pulak




                                               




Rafizi Ramli kata SISTEM PENETAPAN HARGA MINYAK MEMANGSAKAN PENGUSAHA STESEN MINYAK, pulak dah. Apa yang cuba disampaikan oleh Rafizi ni sebenarnya? Walhal sebelum ini pada tahun lepas, dia begitu beriya² mahukan harga minyak diturunkan di bawah kadar RM2.00. 

Kenapa pula apabila minyak telah diturunkan, si mangkak ni tiba² mahu memperjuangkan nasib pengusaha stesen minyak yang dikatakan rugi disebabkan penurunan tergesa² oleh kerajaan. 

Terus terang jika hendak berdebat mengenai figures & pelbagai lagi fakta, saya akui memang saya sukar mendapatkannya tetapi saya merasa Rafizi pun bukannya pandai bab² fakta ni kerana bersandarkan beberapa isu sebelum ini, dia memang selalui berikan maklumat dan fakta yang salah. 



So berbalik kepada isu kerugian pengusaha stesen minyak ini. 




Pertama sekali saya ingin beritahu bahawa, saya mungkin boleh mewakili jutaan pengguna di Malaysia ini PEDULIK APA dengan nasib pengusaha stesen minyak walaupun mereka terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan lain². Ini bukan soal racist ataupun keagamaan tetapi ia lebih bersifat malas nak ambil tahu. Saya pasti para pembaca juga bersetuju kerana di kala kita sebagai pengguna betul² berada dalam keadaan tersepit dengan kenaikan harga minyak serta barangan runcit, adakah pengusaha kisah akan nasib kita?  


Jawapannya pasti tidak.  

Kedua, saya terfikir apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Rafizi ini? Sebelum penghujung 2014, dia begitu komited menghentam kerajaan siang dan malam serta turut mengugut kerajaan untuk mengadakan demontrasi haram di Dataran Merdeka ketika ambang tahun 2015 bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap harga minyak semasa di dalam negara walhal pasaran harga minyak sekarang menunjukkan penurunan dan kerajaan juga telah berjanji ketika itu untuk mengumumkan harga baru. 

Pastu senyap je kemudian hari ini timbul balik penjilat tegar LGBT ni. 

Rafizi kata, 

Di bawah sistem sekarang, pengusaha stesen minyak terdedah kepada kerugian apabila harga minyak turun sedangkan mereka membeli stok petrol dan diesel pada harga yang lebih tinggi. Syarikat minyak seperti PETRONAS, SHELL, PETRON dan BHP menetapkan setiap stesen minyak membeli stok minyak sekurang-kurangnya bersamaan jumlah jualan 3 hari petrol dan diesel pada satu-satu masa. Mereka perlu membayar harga stok ini pada harga pasaran ditolak dengan komisen (12 sen bagi petrol dan 7 sen bagi diesel) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 

Jika Pembaca faham akan maksud Rafizi di atas adalah para pengusaha terpaksa membeli stok petrol & diesel dengan harga yang lebih tinggi. Contoh kita beli (pengguna) RM1.91 seliter tetapi pengusaha beli dengan harga lebih mahal daripada harga tersebut. Persoalannya. 

Adakah ia ada bersangkut paut dengan rakyat (pengguna) wahai Rafizi?  Jawapannya tetap tidak kerana perkara yang diutarakan di atas adalah urusan perniagaan di antara pembekal dan pengusaha. Urus niaga tersebut telah dipersetujui antara kedua² belah pihak dan jika tiada persetujuan sudah pasti tiada urus niaga dapat dilakukan.

Rafizi kata lagi, 

Apabila harga minyak diturunkan pada 1 Januari 2015, secara automatik mereka kerugian di antara RM10,000 hingga RM15,000 kerana stok minyak yang dibeli pada harga yang lebih tinggi hanya boleh dijual pada harga RM1.91 seliter. Oleh itu, dengan serta merta setiap pengusaha minyak rugi 35 sen setiap liter pada 1 Januari 2015. 

So seperti sebelum ini, ia adalah persetujuan di antara kedua² belah pihak yang berurusniaga. Takkan para pengusaha stesen minyak tidak mempunyai Persatuan ataupun Kelab yang boleh membuatkan mereka melakukan sesuatu yang bakal mengakibatkan kerugian kepada pembekal terutamanya? Yang saya tahu Persatuan Pengusaha Stesen Minyak memang sudah lama diwujudkan dan tak pasti sama ada masih bergerak lagi ker tidak. 

Ok dah ada persatuan, bukankah mereka boleh mengikut langkah atau 'strategi' Pakatan yang akan berdemo setiap kali timbul rasa ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.  

Bagi soal ini, amat moleklah sekiranya Rafizi sendiri memimpin pengusaha² stesen minyak membuat piket atau mogok bantahan terhadap pembekal. Mungkin dengan cara tersebut, pembekal akan meneliti permasalahan ini dan mengurangkan harga jualan tersebut. Apa yang penting, Rafizi patut berhenti menyalak² daripada menyalahkan kerajaan serta menghukum rakyat tidak bersalah di dalam isu ini.

Ada lagi Rafizi kata,  

                           



Saya juga kesal dengan kenyataan-kenyataan bongkak yang dibuat pemimpin Umno seperti Tan Sri Ali Rustam, Pengerusi PUNB yang mencabar pengusaha stesen minyak menyerahkan operasi stesen minyak jika tidak mampu menjana keuntungan. Beliau jelas tidak faham mekanisme operasi dan kewangan stesen minyak. Beliau juga lupa bahawa sebahagian besar pengusaha stesen minyak adalah usahawan Bumiputra yang kononnya dibela oleh Umno.


Kenyataan Tan Sri Ali Rustam bukannya mencabar tetapi beliau memberi tawaran kepada mana² pengusaha yang tidak berkemampuan ataupun merasakan tidak mahu meneruskan urusniaga ini, bolehlah beritahu kepadanya untuk diadakan urusan jual beli. Bukannya diserah seperti yang Rafizi cuba putar belitkan.  


Kesimpulannya hari ini begitu mudah sekali untuk difahami oleh sekalian rakyat. Dulu Rafizi kata, harga minyak turun, harga barang akan turun. Seolah² apa yang diperkatakan Rafizi tersebut akan menjadi realiti sebaliknya ia tidak merubah apa² langsung. Harga minyak turun tetapi harga barang tidak turun. 

                                      

Disebabkan Rafizi sendiri tiada solutions mengenai harga barang ini, maka secara bingainya dia telah beralih kepada isu yang melibatkan kerugian pengusaha stesen minyak disebabkan harga minyak yang diturunkan kerajaan. Apakah Rafizi tidak tahu kemungkinan² yang bakal berlaku sekiranya harga minyak diturunkan sebelum ini? 


Jangan kata Rafizi sudah tahu segala²nya sebelum hal ini berlaku kerana berdasarkan rekod² 'cemerlang' dia membalun kerajaan, kebanyakannya tidak berfakta dan hanya atas dasar sembrono menujukan kesalahan kepada kerajaan semata². 

                                  

Lihat display picture Rafizi di Facebook nya tertera gambar #Tuntut Harga Minyak RM1.90. Walaupun terkurang 1 sen daripada impian Rafizi tetapi harga minyak tetap diturunkan oleh kerajaan bukan kerana mendengar ugutan daripada Rafizi tetapi ia adalah atas faktor apungan harga pasaran minyak semasa dunia selepas subsidi minyak ditarik balik awal Disember 2014 lepas. 


Persoalannya jika benar Rafizi betul² mahu perjuangan nasib pengusaha stesen minyak, kenapa perkara ini tidak diberitahu awal² oleh nya kepada rakyat. Kenapa selepas perkara berlaku, barulah Rafizi cuba bertindak sebagai orang bijak kononnya itu tidak betul dan ini tidak betul. 


                                   


Baca selanjutnya di SINI





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, January 6, 2015

KENYATAAN AKHBAR KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DATUK MAS ERMIEYATI SAMSUDIN MENGENAI BANTUAN YURAN PIBG KEPADA KELUARGA MANGSA BANJIR #puteriprihatin #puteripeduli

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk anak-anak mangsa banjir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan bagi meringankan bebanan pelajar dan ibu bapa mereka selepas dilanda banjir teruk.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah itu tentu sekali melegakan ibu bapa dan membolehkan mereka menggunakan wang yang sepatutnya dibayar kepada tabung PIBG  untuk keperluan lain yang lebih mendesak selepas banjir berakhir.

"Jika yuran PIBG sekadar ditangguhkan, ibu bapa terutama mereka yang mempunyai ramai anak tetap tidak mampu untuk membayar pada bulan-bulan akan datang berikutan situasi sukar yang dihadapi dalam membina kehidupan baharu selepas kehilangan rumah dan harta benda akibat banjir.

"Puteri UMNO yakin jika cadangan itu dilaksanakan ia akan menjadi satu hadiah yang sangat bermakna untuk mangsa banjir khususnya keluarga yang terjejas teruk akibat bencana alam itu," katanya.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) baru-baru ini mencadangkan yuran persekolahan bagi anak-anak mangsa banjir ditangguhkan sehingga pertengahan atau akhir tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa mereka.

Mas Ermieyati berkata, yuran PIBG yang kebiasaannya antara RM50 hingga RM200 untuk seorang pelajar bukan satu jumlah yang kecil  bagi keluarga yang langsung tidak berkemampuan kerana mengalami kerugian yang besar apabila segala harta benda musnah akibat banjir.


Sehubungan itu jelasnya, pihak kerajaan dan PIBG sekolah wajar memberi perhatian terhadap perkara tersebut, malah, sebagai ibu beliau turut merasai tekanan dialami ibu bapa yang perlu menanggung pelbagai keperluan anak-anak dan ia  melibatkan perbelanjaan yang bukannya sedikit.

Beliau berkata, prestasi PIBG setiap sekolah bukan diukur pada kemewahan jumlah tabung sebaliknya dilihat daripada aspek kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.

"Pihak PIBG juga boleh membantu kerajaan dengan mengurangkan jumlah yuran tersebut untuk musim ini sahaja. PIBG bukan satu badan korporat yang perlu memikirkan keuntungan untuk tabung itu semata-mata.

''Usaha ini hanyalah sebagai salah satu langkah bagi meringankan beban mangsa banjir. Pihak lain juga harus turut sama menyumbang dan kita tidak boleh hanya bergantung kepada kerajaan untuk menguruskan soal pendidikan," katanya.

Beliau turut meminta syarikat-syarikat swasta supaya tampil menghulurkan bantuan alat tulis, buku dan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang terlibat dengan bencana banjir.

#PuteriPrihatin
#PuteriPeduli


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, December 31, 2014

Perutusan Tahun Baru YB Ketua Puteri UMNO Malaysia @emysasudin @mediasosialpu3




2015 merupakan tahun yang mencabar bagi negara selepas beberapa ujian besar dihadapi pada tahun lalu.

Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat MH17 ditembak jatuh serta bencana banjir di Pantai Timur yang dianggap sebagai malapetaka besar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar menguji kepimpinan negara dan rakyat.

Kemusnahan dan kehilangan yang dialami berikutan kejadian tersebut bukan sedikit. Solidariti di peringkat pentadbir dan masyarat perlu diperkukuhkan untuk membolehkan negara melalui ujian ini. Maka, 2015 harus menjadi tahun untuk semua pihak memperkuatkan tekad dan usaha bagi membangunkan semula apa yang musnah dan menghadapi kehilangan sama ada harta benda mahupun orang yang tersayang dengan penuh ketabahan dan ketaqwaan.

Pada tahun 2015 ini juga pelbagai pihak khususnya sektor swasta harus memainkan peranan yang lebih besar dalam mendokong usaha kerajaan menghadapi kemusnahan dan kehilangan itu. Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka perlu dipertingkatkan bagi membantu meringankan beban kerajaan dan rakyat. Sektor korporat perlu turut sama membantu membina semula rumah-rumah dan harta benda yang musnah. Mereka yang kehilangan ahli keluarga juga perlu dibantu dengan memberikan sokongan dalam aspek psikologi mahupun material. Jadikan tahun ini sebagai tahun semarakkan program kemasyarakatan.

Meninggalkan tahun 2014 dengan pelbagai dugaan dan perasaan. Musibah, bencana, kekecewaan, kesedihan, rahmat mahupun kebahagiaan sepanjang tahun lalu semuanya bersebab. Dan apa yang bakal dialami pada tahun ini juga bersebab. Maka kita harus berfikir dan merenung sejenak melihat pada diri sendiri, apakah perkara yang kita telah lakukan sehingga ditimpa musibah? Dan apakah pula kebaikan yang dilakukan sehinggakan kegembiraan yang dirasai itu berpanjangan.

Apa pun yang penting, kita harus belajar untuk sedia berubah. Tidak boleh lagi takut untuk berubah. Kita perlu ada keberanian bagi melakukan lonjakan atau sesuatu yang di luar daripada kebiasaaan agar perubahan yang akan dilaksanakan itu memberi impak yang besar. Berhijrahlah untuk kebaikan kerana kita tidak akan berjaya jika terus berada di takuk lama.

'

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, December 25, 2014

Kenyataan Media Perdana Menteri berhubung isu banjir #PuteriPrihatin

1. Saya telah dimaklumkan bahawa keadaan banjir di beberapa negeri kini semakin teruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di sesetengah kawasan meningkat dengan mendadak.

2. Saya telah berhubung dan berbincang dengan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara bagi mempertingkatkan lagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir terutama di kawasan yang terjejas teruk dan berisiko tinggi. Saya telah meminta YAB Timbalan Perdana Menteri mempertingkatkan lagi operasi penghantaran bantuan berupa makanan berikutan wujudnya kesukaran untuk sampai ke  kawasan banjir tertentu.

3. Saya diberitahu antara punca utama usaha memindahkan mangsa-mangsa banjir dan penghantaran barang makanan agak sukar dilakukan di sesetengah  tempat adalah disebabkan paras air yang sangat tinggi, arus deras yang merbahaya untuk kenderaan dan bot penyelamat di samping ada pusat pemindahan yang turut ditenggelami air.

4. Saya juga diberitahu, usaha penghantaran bantuan menerusi helikopter  terganggu berikutan cuaca buruk yang menyukarkan penerbangan dilakukan. Terdapat juga di kawasan tertentu helikopter tidak dapat mendarat untuk menurunkan bantuan berikutan tiada lokasi sesuai berhampiran pusat pemindahan.

5. Saya percaya dan yakin pasukan penyelamat kita yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan anggota sukarelawan sedang bertungkus lumus untuk memberikan bantuan yang terbaik termasuk mencari ikhtiar untuk sampai juga ke lokasi pemindahan yang sukar bagi menyalurkan segala bantuan yang ada.

6. Apapun kerajaan akan memastikan agar segala usaha dilakukan bagi membantu semua mangsa menghadapi banjir yang begitu mencabar pada tahun ini.

Dato' Sri Mohd Najib
25 Disember 2014
Putrajaya


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, December 4, 2014

Lawatan Mengejut Menteri Wilayah Persekutuan Ke Jalan Petaling Dan Bukit Bintang #WPCeria #WPPrihatin



Berikut adalah gambar gambar sekitar lawatan mengejut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke sekitar Jalan Petaling dan juga sekitar kawasan Bukit Bintang.





Beliau berkesempatan meninjau sendiri aktiviti perniagaan di samping memeriksa lesen beberapa buah premis di kawasan berkenaan bersama sama Pengarah Bahagian Penguatkuasaaan dan Timbalan Pengarah Perlesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).Beliau juga berkesempatan berbual bersama beberapa orang gelandangan yang beliau temui.



Apa yang lebih istimewa lagi, Datuk Seri Tengku Adnan juga sempat berbusking bersama sama busker di Jalan Alor, Bukit Bintang. 



Sememangnya lawatan sebegini bagus kerana secara tak langsung beliau akan dapat melihat sendiri masalah masalah yang dihadapi oleh peniaga peniaga. 



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Wednesday, November 5, 2014

PAS Tak Perlu Melatah Dengan Kenyataan Tengku Adnan @Razlanrafii

Akhirnya Dewan Pemuda PAS keluar daripada kepompong kebaculan demi untuk mempertahankan parti mereka daripada terus menuju ke arah kesesatan. Jika sebelum ini, banyak isu² dalaman Pakatan Rakyat yang melanda dan menjejaskan kredibiliti PAS. Lebih² lagi apabila ia melibatkan kes saman terhadap Presiden PAS oleh rakan dalam Pakatan tetapi hari ini mereka bersuara apabila digelar 'parti sesat'.

Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan menyokong kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor berhubung isi ucapan beliau semasa di dalam program Multaqa Biro Agama UMNO Malaysia.

Adakah PAS tidak sesat?

Mengambil kira, Amanat Haji Hadi Awang sudah menjangkau usia puluhan tahun yang telah membawa kesesatan dan porak peranda dalam masyarakat terutama beragama Islam. Antaranya mengharamkan sembelihan hidupan, berimamkan solat oleh ahli UMNO dan pernikahan tidak sah sekiranya jurunikahnya ahli UMNO. Walhal ahli UMNO juga adalah umat Islam.

Pada tahun 1963, PAS telah mengeluarkan 'fatwa' menggelarkan UMNO sebagai kafir dan haram apabila bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam pentadbiran negara. Tetapi hari ini apabila mereka bersama² berkongsi kuasa dalam urusan pentadbiran negeri yang dimenangi dalam Pilihanraya Umum lalu, jelas menunjukkan kerjasama mereka bersama orang² bukan Islam. Bagaimana pula hukum untuk hal tersebut?

PAS sanggup mengeluarkan pelbagai kenyataan yang jelas tersimpang jauh daripada amalan yang digalakkan di dalam Islam. Sebagai contoh seruan kepimpinan parti untuk menjatuhkan kerajaan pemerintah yang dikatakan zalim. Tetapi PAS gagal memahami dan memberi penerangan kepada pengikutnya apakah yang dimaksudkan dengan pemerintah yang zalim?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO hari ini tidak pernah bertindak zalim seperti yang dibicarakan oleh sebilangan pemimpin Pembangkang. Jika perkara itu benar, sudah tentu Kerajaan menghalang penyebaran agama Islam di sini dan yang pastinya azan tidak dapat dikumandangkan di luar Madrasah ataupun Masjid. Namun pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan² lain kepada rakyat yang memerlukan, tidak pula dilabelkan sebagai zalim.

Demi kuasa dan pangkat, hukum² Islam boleh berubah mengikut keadaan² tertentu. Begitu taksubnya PAS kepada rakan mereka dari DAP yang secara jelas menentang negara Islam tetapi wakil rakyat perempuan mereka tidak bertudung dibenarkan memberi 'tazkirah' di dalam surau.

Kemuncak kepada kesesatan PAS hari ini ialah mereka redha dengan doa kehancuran sesama umat Islam. Menurut Abu Utsman Ash-Shaabuni, beliau menyatakan secara terang dan jelas ketika menjelaskan pendirian akidah Ulama², hadis zaman berzaman sejak beribu tahun dulu.

"Doakanlah kebaikan untuk pemimpin. Kebaikan untuk pemimpin akan memberi kesan kebaikan juga untuk rakyat. Jauhilah mendoa laknat dan keburukan ke atas pemimpin kerana keburukan ke atas pemimpin akan memberi keburukan kepada rakyat".

Apakah perbuatan² PAS ini tidak cukup menyesatkan?

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

MP Sibu Letak Otak di lutut bukannya di kepala #DAPRasis

Tuduhan Dangkal MP DAP dari Sibu menunjukkan kejahilan beliau tentang Sejarah Agama Islam yang menjadi Agama Rasmi di Malaysia.

Sejarah Islam menunjukkan Islam Bukan berasal dari Tanah Melayu. Islam Dianuti oleh Semua bangsa di Dunia Am dan Malaysia khususnya.

Tuduhan ini berbentuk PROVOKASI menyentuh sensitiviti Umat Islam. Perkembangan Islam dinegara Malays
ia amat mengalakkan dan Sihat.

Disini ingin saya nyatakan bahawa Islam adalah bersifat UNIVERSAL , Sesuai pada semua BANGSA dan Setiap ketika dan masa.

Firman Allah swt dalam surah Al Anbiya' 21:107

ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَﺎﻙَ ﺇِﻻَّ ﺭَﺣْﻤَﺔً ﻟِﻠْﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Rahmat disini bukan hanya untuk Bangsa Melayu tetapi untuk semua Bangsa. Mana mana orang atau Bangsa menjadikan Islam sebagai Pegangan dan cara hidup (way of life)  mereka akan dirahmati.

Jika kita lihat CARA HIDUP ISLAM yang membentuk Tamadun dunia. Di China, ramai yang Menjalani hidup sebagai Muslim (orang Islam) , Adakah mereka MELAYU? Di India tidak kurang ramai Muslim,  Adakah mereka MELAYU? Dan diseluruh pelusuk dunia yang telah Menjadikan Islam itu sebagai tatacara hidup mereka, Adakah mereka juga MELAYU?

Kenyataan MP Sibu ini sebenarnya menunjukkan beliau ini seorang yang kurang cerdik, dangkal pemikiran dan meletakkan otaknya dilutut dan bukan dikepala.

Ahmad Baidzawi B Saleh Hamdi
Pengerusi Biro Agama
Pergerakan Pemuda Umno WP


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN