
Yang kat bawah ni pulak anatar yang dah ditunaikan Pakatan Haram


BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi. Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari. Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana Hakim terkhilaf dalam penghakimannya, tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.
Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku. Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredebiliti dan intergriti yang serius
Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan Pendakwaan. Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.
Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari. Soal kebenaran disebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh Mahkamah.
Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini? Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.
Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong Hakim membuat keputusan membebaskan Anwar dari kesalahan meliwat Saiful.
Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.
Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan intergriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan. Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.
Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat. Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan? Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.
Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.

SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.
Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.
Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.
Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.
DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.
Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.
Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.
Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.
Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.
Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.
Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.
Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.
Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.
Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?
Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.
Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.

Nampak gaya macam sudah ON. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Senator Datuk S Nallakarupan akan berentap di mahkamah kerana dakwaan biseksual.Ketua Umum PKR itu pagi Isnin fail saman fitnah RM 100 juta terhadap bekas rakan tenisnya zaman beliau Timbalan Perdana Menteri kerana buat dakwaan itu dan juga akhbar Utusan Malaysia kerana siar dakwaan itu.
Saman berkenaan difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Nalla Isnin lalu membuat dakwaan itu menerusi satu sidang akhbar.Khamis Anwar menghantar surat tuntutan RM100 juta padanya dan Utusan.Sabtu Nalla cabar Anwar samannya kerana sangat mahu bersemuka dengannya di mahkamah.
Apa yang menjadi tandatanya ramai sekarang apakah perbicaraan kes ini boleh cepat diadakan yakni sebelum pilihanraya umum ke 13 yang perlu diadakan sebelum April 2013.
Kebiasaanya penetapan perbicaraan kes ambil masa berbulan manakala prosidingnya pula boleh mereleret lama.Contohnya apa yang berlaku semasa perbicaraan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Jadi hasrat rakyat Malaysia untuk tahu kedudukan dakwaan dan cabaran antara dua bekas sahabat itu besar kemungkinan tidak selesai sebelum PRU13.
Nalla dalam sidang akhbarnya Sabtu kata Anwar tidak pernah samannya sebelum ini sekalipun sudah membuat pelbagai dakwaan sejak keluar PKR pada tahun 2007.
Beliau mendakwa Anwar ambil tindakan undang-undang keatas dakwaan biseksual ini semata-mata kerana PRU13 sudah dekat.
Sebaliknya Ahad blog peribadi Ketua Umum PKR itu http://anwaribrahimblog.com terpaksa guna komen-komen pembaca terhadap berita sidang akhbar Nalla Sabtu yang disiarkan dalam portal pro pembangkang Malaysiakini.com untuk pertahan diri.
Paling memualkan ada satu komen itu menulis begini : Lastly, we don’t give a rats arse about Anwar’s sexuality, as long as he delivers justice, transparency and democracy to the long suffering rakyat.
Agendadaily menerima reaksi dari beberapa orang pembaca yang mempersoalkan dalam usaha untuk mempertahankannya... tukang komen itu sanggup meletakan seolah Anwar bukan beragama Islam.
Ini bila pembaca itu kata dia tidak peduli apa jua perlakuan seks Anwar... (Lastly, we don’t give a rats arse about Anwar’s sexuality)....

Lebih memualkan lagi ialah Anwar sendiri seperti merestui komen itu bila turut memuatkannya dalam blog peribadinya sendiri.
Bagi mereka kalau hendak 'mencari perlindungan' sekalipun janganlah sampai peringkat guna kata-kata menghalalkan apa yang haram.
Isunya ialah apakah orang Melayu dan Islam dapat menerima seseorang yang bercita-cita hendak jadi Perdana Menteri jika benar dia melakukan kemungkaran.
Sekalipun mungkin tukang komen yang mengunakan nama samaran Inspektor Klueso itu bukan Islam tetapi dia tidak sepatutnya mempersenda hukum Islam sampai peringkat cuba 'menghalalkan' kemungkaran.

Sementara itu sehingga berita ini ditulis awal pagi Isnin,pihak Anwar mahupun peguamnya belum bagi beri sebarang respon samaada nak samam atau tidak Nalla.
Ini kerana surat tuntutan RM100 juta yang dihantar kepada Nalla dan Utusan pada Khamis lalu bukan merupakan satu proses tindakan saman.
Anwar sendiri yang ada acara di Permatang Pauh Ahad tidak menyentuh tentang cabaran Nalla.
Beliau hanya dok goreng pada hadirin dengan cerita-cerita indah mengenai dirinya.
Sebaliknya semasa Nalla buat sidang akhbar dakwa beliau biseksual pada hari Isnin lalu...pada hari Selasa Naib Presiden PKR, N Surendran yang juga seorang peguam segera membuat kenyataan memberitahu Anwar nak hantar notis tuntutan RM100 juta.
Apakah Anwar akan saman Nalla seperti yang diharapkan sangat oleh bekas rakan tenisnya itu...ini kita sama-sama tunggu
Lagi cerita tentang ini di SINI
![]() |
| Two of Nurul Izzah's staff caught impersonating EC officers |
![]() |
| The two (2) PKR youth that were caught |
| Fahmi Fadzil acknowledging the two (2) youth are from PKR |

Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.
Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”
Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.