Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, January 28, 2013

Nik Aziz Jumpa Bishop di Penang. Cacai PR Takde Komen ke? #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR @umbkl @Segambut13

Di bawah adalah gambar kek yang Nik Aziz berikan kepada Bishop Sebastian Francis semasa beliau berada di Pulau Pinang baru-baru ini.

It may have been Nik Aziz’s 82nd birthday on Sunday, but it was the octogenarian who handed over a cake to the Bishop of the Penang Diocese, which covers Penang Kedah, Perlis, Perak and Kelantan. On the cake was inscribed the simple words: 
Kpd: Yang Mulia Bishop, Dpd : Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am Pas.

Ada yang beranggapan bahawa pertemuan Nik Aziz dengan paderi Sebastian Francis adalah untuk meredakan kegawatan di antara PAS dengan penganut Kristian di negara ini.
Seperti yang kita semua tahu, Majlis Syura PAS yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.
Mesyuarat yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan, menterjemah perkataan ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
Isu penggunaan kalimah Allah timbul selepas Lim Guan Eng DAP dalam ucapannya sempena sambutan Krismas lalu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.
Sebenarnya, kita tiada sebarang masaalah dengan perjumpaan bersama para paderi Kristian kerana negara kita berbilang kaum dan agama. Malah, kita juga sentiasa berpegang kepada kesejahteraan dan toleransi sesama kaum di negara ini.
Tetapi yang menjelekkan ialah ialah pro-pembangkang menghentam malah menabur fitnah apabila pemimpin UMNO dan BN berjumpa dengan paderi Kristian.
Yang sangat jelas ialah semasa perjumpaan DS Najib Razak dengan Pope Pope Benedict XVI pada 18hb Julai 2011 di Apostolic Palace, Castel Gandalfo, Rome, Italy.

Media pro-pembangkang telah menyebarkan foto palsu tentang perjumpaan tersebut.

Malah, apabila Najib Razak mengadakan perjumpaan bersama para paderi Kristian di negara ini, ada puak-puak pro-pembangkang yang cuba memperlekeh-lekehkan perjumpaan tersebut dengan apa sahaja alasan yang mereka boleh fikirkan.



Bagaimana pun, MiM yakin mereka akan diam membisu apabila mendapat tahu pemimpim mereka sendiri juga berjumpa dengan paderi-paderi Kristian seperti yang diusahakan oleh Najib Razak.

Malu!


Sumber: Blog MIM

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN