Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Showing posts with label Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Rakyat. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Bersih 3.0: Kenyataan Terdesak AMK


Sesuatu yang kita pasti, Bersih bukan didukung oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kepentingan rakyat, tetapi sejak Bersih 1 lagi ia sudah menjadi alat oleh pembangkang untuk memperlihatkan kononnya rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim.

Sistem pilihan raya tidak adil hanyalah alasan dan persepsi yang diwujudkan untuk penyokong pembangkang berkumpul di bawah nama Bersih dan kemudian berarak bagi memperlihatkan kononnya jumlah yang menentang kerajaan adalah ramai.

Penulis pernah menulis sebelum ini, kalau sejuta orang berhimpun semasa Bersih pun takda makna kerana yang datang itu hampir kesemuanya adalah penyokong pembangkang, dan bukannya rakyat biasa yang selama ini tidak mencampuri urusan politik mana-mana pihak.

Bolehlah menipu sekali, tapi bila berulang kali menipu guna alasan yang sama melampaulah. Ingat orang bodoh ke?

Lama-kelamaan, orang ramai termasuk pengundi atas pagar (yang tidak pernah sekali pun menyertai perhimpunan Bersih) sedar yang Bersih hanyalah platform pembangkang untuk memburukan kerajaan.

Menyedari taktik penyokong pembangkang berhimpun beramai-ramai atas label Bersih sudah semakin basi dan lebih ramai yang mula menyampah (terutama selepas insiden ganas Bersih 3.0), maka pembangkang cuba berlagak pandai dengan mahu menjauhkan diri dari satu program yang selama ini diperkuat dan dimantapkan oleh mereka sendiri.

Angkatan Muda PKR membuat kenyataan menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR) kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek “political mileage” daripada perhimpunan tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan imej Bersih.

“Apa ‘political mileage’ yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR baru-baru ini.

Selama ini Bersih sinonim dengan pembangkang, peserta menjerit reformasi, memaki hamun pemimpin negara, tidak ada langusung kedengaran sebarang jeritan untuk pembaharuan sistem pilihan raya, tetiba UMNO pulak yang dipersalahkan?

Hakikatnya, selepas Bersih 3.0 berubah menjadi buruk dan rakyat marah, tetiba keluar kenyataan tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek “political mileage” daripada perhimpunan tersebut.

Kalau tidak memperoleh sebarang keuntungan mengapa sebelum Berish 3.0 diadakan, para pemimpin pembangkang beriya-iya memjemput penyokong menyertainya melalui siri ceramah mereka? Beriya-iya tweet dan menggunakan medium seperti Facebook untuk menyebarkan mengenai Bersih?

Kenapa pemimpin pembangkang berucap dalam Bersih?

Sebahagian baju penyokong Bersih dengan jelas tertera bendera parti pembangkang.

Mengapa masa Bersih dan Bersih 2 dulu bukan main berlagak bercerita ke seluruh negara rakyat sudah menolak kerajaan yang ada, yang secara tidak langsung memperlihatkan rakyat kononnya memilih pembangkang kini?

Mengapa wajah-wajah pemimpin kerajaan diletakan di lantai dan dipijak-pijak? Takda adab punya manusia.

Perjuangan untuk rakyat apa kalau duk pijak gambar muka orang lain.

Jadi kini, bila orang ramai makin faham apakah itu Bersih dan ia sama sekali tidak mencerminkan kebangkitan rakyat tetapi hanyalah propaganda pembangkang, maka orang seperti Shamsul Iskandar Md Akin cuba nak berlagak pandai dengan mengeluarkan kenyataan yang nyata sekali mencerminkan sifat orang yang terdesak.


Sumber: MYNEWSHUB


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, May 3, 2012

PKR Tipu Wang Rakyat RM2 Juta????


Selepas kejayaan besar BERSIH 3.0, seperti yang dikemukakan oleh Anwar, PKR sedang menunggu tarikh 04.05.2012 untuk mengadakan Malam Gala yang dijangka dapat mengumpulkan dana yang besar untuk pilihanraya. Kalau menurut rakan-rakan di HQ, Anwar menjangka dan mengharapkan mendapat sumbangan sekurang-kurangnya RM2 juta pada malam gala itu sahaja.

Soalnya, bukan pasal RM2juta. Anwar nak RM2juta boleh dapat bila-bila. Tapi lebih kepada nak tunjuk kepada rakyat bahawa PKR ini susah dan masih memerlukan dana rakyat.



Ini semua soal imej dan persepsi. Jika Anwar kelihatan terlalu berkemampuan dan kaya; ia tidak sesuai dengan imej ‘demi rakyat’ yang ingin dibawa oleh Anwar sendiri. Itulah sebabnya, agenda malam gala ini nanti adalah kononnya usaha mencari dana kewangan pilihanraya.

Apakah anda percaya PKR masih mencari dana pilihanraya? Minta maaf cakaplah, kami yang dalam PKR sendiri pun tak percaya. Kami sendiri melihat bagaimana pemimpin peringkat Pusat dan Cabang, bergaya dengan kemewahan baru yang mereka peroleh sepanjang tempoh 2008-2012. Ramai kontraktor PKR yang mula merasa senang dan gembira dengan bantuan kewangan yang mereka peroleh hampir setiap masa.

Malam Gala PKR 2012 dikatakan disusun atur oleh mereka yang rapat dengan Azmin/Saifuddin/Shamsul Iskandar. Kumpulan Nurul Izzah/Nik Nazmi/Rafizi agak sedikit terkeluar daripada penganjuran Malam Gala ini. Sebab itulah, menurut kawan-kawan, teater ‘Madah Berhelah’ ini akan membayangkan bagaimana kumpulan-kumpulan dalam PKR sendiri terpecah dan tidak solid.




Azmin, menurut info, sudah menyusun kalangan kontraktor/sub-kontraktor PKNS untuk menyumbang kepada dana pilihanraya PKR. Sumbangan dana kepada Malam Gala ini sumbangan rasmi sahaja. Sumbangan yang tak rasmi sudah mencecah jutaan ringgit.

PKNS memang menjadi lubuk utama kepada kejayaan Malam Gala ini nanti. Azmin perlu buktikan bahawa dia mampu menyusun bala tentera korporat yang cukup bagi mempertahan Selangor. Ketika mana Azmin sendiri teruk dihentam dengan isu ‘moral peribadi’ yang sebenarnya sudah lama menjadi igauan di kalangan pemimpin tertinggi PKR.

Wujud teori yang berkata – bahawa pendedahan yang dilakukan oleh blogger pro-UMNO/BN ini sebenarnya hasil ‘feeding’ oleh pihak PKR sendiri. Setakat ini blog ini belum dapat buktikan. Mari kita sama-sama fokus kepada penganjuran Malam Gala PKR 2012. Berapa juta agaknya collection?

Malam Gala ini agenda ‘face saving’ kepada Azmin. Setelah terkantoi beraksi dengan gadis gebu, Azmin semakin kelam kabut dan tidak selesa. Khabarnya, Shamsidar tidak seperti Kak Wan, yang kuat menyokong Anwar dalam apa sahaja keadaan - REZQEEN HILL




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN