Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Showing posts with label kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kerajaan. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

RM 200 Billion Untuk Laksana 3 Janji Pakatan Sahaja

Kalau senario macam dalam gambar di atas ni macammana nak tunaikan janji?


BANYAK yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?

Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.

Beruang nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).

Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).

Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.

Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

Beruang tidak kata Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.

Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, April 3, 2012

PRU 13: BN Ada Peluang Menang Besar @NajibRazak @MuhyiddinYassin @AnwarIbrahim


Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai. Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka. Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.
Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan. Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.
Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin

Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.
Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat. Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.
Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara. Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air. Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi? Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.

Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.
Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin. Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum. Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.


BeruangBiru




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN