Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Showing posts with label pembangkang. Show all posts
Showing posts with label pembangkang. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Rupanya Elvis Presley Pengundi Berdaftar Patutlah @ambiga_s & @AnwarIbrahim Anjurkan Bersih3.0

Jika the Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah. 

Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan.  Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi.   Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah.  Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.     

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka. 

Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka. 

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini. 

Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih. 

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali.  Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama.  Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah. 

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0.   Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi? 

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud?  

Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH. 

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini. 

Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka.  Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya. 

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, May 7, 2012

[Panas] @PDRMsia Sangat Ganas?



Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.








Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.

NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.











Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.

Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.

Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita.

Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH?

Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu?

Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung, kesemuanya jelas menunjukkan keganasan polis terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, April 26, 2012

Bah 1 : SPR Menjawab Fitnah Pembangkang

Dakwaan 1:

SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.


1. Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

2. Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.



Baca laporan selanjutnya di THE KUALA LUMPUR CHRONICLE

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, April 3, 2012

PRU 13: BN Ada Peluang Menang Besar @NajibRazak @MuhyiddinYassin @AnwarIbrahim


Teka-teki pilihanraya kini bermain di kepala hampir semua rakyat Malaysia. Rata-rata Kedengaran rakyat bertanya dan berbincang sesama sendiri tentang tarikh pilihanraya. Ada yang menjangkakan ia akan diadakan pada bulan Jun/Julai. Ada yang juga yang meneka September ataupun paling lambat Januari, menurut mereka. Mungkin ramai yang mengharapkan pilihanraya secepat mungkin kerana telah letih dengan politik terutamanya politik pihak pembangkang yang penuh retorik dan janji-janji manis. Sedangkan politik BN tidak pula begitu kerana BN berpolitik dengan cara memberi khidmat dan bantuan langsung kepada rakyat dan bukannya dengan hanya bercakap kosong semata-mata.

Nampaknya, pembangkang masih tidak mampu menyaingi BN dari segi berpolitik secara bijak dan berkesan walaupun ‘guru’ mereka bukan calang-calang iaitu NDI, satu badan di bawah CIA yang membantu melatih dan merangka pelan rampasan kuasa dari pemerintah yang sah. Melalui tunjuk ajar mereka, politik pembangkang jelas bermatlamatkan perpecahan, huru-hara dan akhirnya kemusnahan besar-besaran agar kuasa asing dapat campur tangan. Untuk itu, pembangkang tidak habis-habis cuba menimbulkan isu perkauman dan menerapkan kebencian terhadap kerajaan melalui cerita-cerita fitnah.

Antaranya, pembangkang akan memainkan isu remeh yang dibuat-buat seperti memburukkan Datin Seri Rosmah, isteri Perdana Menteri. Ini diharap dapat membantu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri, isteri dan akhirnya kerajaan secara keseluruhan.
Sebelum ini, pembangkang bergantung harap kepada isu NFC, tetapi isu itu juga sudah tidak relevan apabila Menteri yang terlibat meletakkan jawatan. Pembangkang juga berharap yang isu Felda mampu memberi sedikit ‘muka’ kepada mereka tetapi dengan penjelasan demi penjelasan yang dibuat oleh Felda semakin difahami dan diterima ramai, isu ini juga dilihat tidak akan membawa pembangkang ke mana.

Sebaliknya silap langkah, isu Felda boleh ‘membunuh’ terus imej pembangkang di mata peneroka kerana dilihat sebagai menipu dan cuba menghalang peneroka dari mendapat durian runtuh. Lebih malang lagi bagi mereka ialah apabila Dato’ Seri Najib sendiri telah bersuara dan memberi jaminan bahawa tidak ada tanah peneroka yang akan diambil dan sebaliknya hanya tanah milik kerajaan negeri yang akan dimajukan dalam penyenaraian FGVH.
Itu belum lagi dikira skandal-skandal rasuah dan seks yang melanda pemimpin-pemimpin

Pakatan Rakyat dari segenap golongan sama ada yang bukan Islam, yang Islam liberal, yang bergelar Ustaz mahupun yang digelar Imam Mahadi yang mana telah benar-benar meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan sesak nafas. Selain itu, isu Anwar menyokong Israel juga membuatkan pembangkang tergaru-garu kepala. Dan kemudiannya pendedahan oleh Nallakarupan pula lagi satu bala.
Tanpa isu-isu yang signifikan, pembangkang sukar untuk mempromosi diri sekali gus meraih sokongan rakyat. Semua ini ditambah dengan pencapaian Dato’ Seri Najib yang amat memberangsangkan selama hanya 3 tahun memerintah, menyebabkan pembangkang hampir pasti akan kalah teruk dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam ertikata lain, BN akan menang besar.

Pembangkang telah mendapat mandat menerajui 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas. Ini bermakna pembangkang sudah berkuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah selama 4 tahun dan Kelantan selama 22 tahun.
Namun, antara 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib dengan 4 tahun mahupun 22 tahun pemerintahan pembangkang perbezaannya amatlah ketara. Selama 4 tahun, pembangkang jangankan dapat membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik, malah masalah keperluan asas rakyat juga tidak mampu ditangani seperti masalah pembuangan sampah dan bekalan air. Jika yang asas juga sudah tidak mampu ditangani, bagaimana kita boleh mengharapkan pembangkang mampu berbuat lebih dari itu seperti menjana ekonomi, meningkatkan pendidikan, sosial dan lain-lain lagi? Berbanding dengan 3 tahun pemerintahan Dato’ Seri Najib, pelan transformasi beliau bukan sahaja berjalan lancar malah telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan juga. Rakyat juga dapat menikmatinya secara langsung melalui bantuan BR1M, Bantuan Tunai Persekolahan, Rumah Pertama, SARA, KR1M, Dana Belia, kenaikan gaji kakitangan awam dari 7-13 peratus dan lain-lain lagi.

Golongan veteran juga tidak dilupakan melalui imbuhan RM3000 skim JASA Veteran.
Beliau juga berjaya memansuhkan ISA, menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Tidak cukup dengan itu beliau juga melancarkan Klinik 1Malaysia serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) untuk membantu warga emas, OKU dan kanak-kanak miskin. Biasiswa Nasional juga diberikan kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira kaum. Ini hanya sebahagian dari pencapaian Dato’ Seri Najib selama tiga tahun yang dapat dilihat dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Jika dilihat dari skop yang lebih luas, pencapaian beliau adalah jauh lebih besar yang mana meliputi jangka masa yang panjang melalui aspirasi 1 Malaysia serta pelan-pelan yang terkandung dalam NKRA, GTP, ETP mahupun NEM.

Berdasarkan kepada semua faktor di atas, kita pasti BN tidak akan ada masalah untuk menang besar dalam pilihanraya kali ini.


BeruangBiru




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN