Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini
menegaskan polisi Pakatan Rakyat (PR) berhubung dengan isu kalimah Allah yang
pernah disepakati pada 4 Januari 2010 masih kekal sampai sekarang walaupun
Majlis Syura PAS pada 8 Januari 2013 memutuskan sebaliknya.
Nampaknya, ‘bola’ kini di kaki Majlis Syura pula
untuk bertindak balas. Itupun jika
berani dan jika ada sedikit kekuatan untuk mempertahankan nama Allah dari
dipijak-pijak oleh puak penganut Kristian dan Plural.
Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain membawa
kepada dua permasalahan besar iaitu kekeliruan di kalangan umat Islam sehingga
membawa kepada murtad, dan juga syirik secara langsung iaitu ke atas nama Allah
itu sendiri. Kedua-dua masalah ini
bolehlah disifatkan sebagai satu bencana besar kepada umat Islam.
Oleh itu, tidak keterlaluan rasanya untuk
menyarankan supaya mana-mana umat Islam yang tidak merasa gusar atau terganggu
dengan kedua-dua permasalahan ini, agar menyemak kembali imannya.
Pendirian yang diambil oleh Pakatan Rakyat seperti
yang diumumkan oleh Azmin boleh ditafsirkan seperti berikut:
1.
Terbukti bahawa Majlis Syura PAS tidak ada nilai di dalam Pakatan Rakyat
2. Sah
bahawa PKR membawa fahaman plural
3. Puak
Kristian dengan sengaja mencabar Islam
4.
Kuasa tertinggi Pakatan Rakyat adalah DAP
Alasan PR bahwa keputusan Majlis Syura hanya
terpakai untuk ahli-ahli PAS dilihat sebagai ejekan kepada semua umat Islam
kerana ia adalah tidak relevan sama sekali.
Ini kerana yang ingin menggunakan Kalimah Allah
dalam Bible bukan ahli PAS tetapi puak Kristian yang dijuarai oleh DAP. Justeru, apa ke jadahnya jika halangan yang
dikeluarkan oleh Majlis Syura itu ditujukan kepada ahli PAS?
Nampaknya, apa yang kita khuatiri selama ini telah
pun menjadi nyata iaitu keghairahan PAS berpolitik dan kerakusan mereka
mengejar Putrajaya akhirnya membawa kepada tragedi ini. Apabila PAS mendabik dada sebagai Islam maka
tindakan dan kenyataan PAS dikaitkan dengan Islam. Oleh itu apabila PAS mengambil sikap
flip-flop, sentiasa mengalah dan sering U-turn, maka PAS sebenarnya menunjukkan
kelemahan mereka, tetapi dilihat sebagai kelemahan Islam.
Akibatnya, Islam dilihat sebagai lemah sehingga
musuh Islam tidak memandang sebelah mata pun kepada PAS dan seluruh umat
Islam.
Dari apa yang berlaku ini, tidakkah kita melihat
bahawa orang yang disanjung sebagai Ulama besar, Mursyid, Tok Guru, Tuan Guru,
yang kononnya berada di dalam darjat yang tersendiri di sisi Allah SWT., yang
maksum, alim lagi keramat, sebenarnya langsung tidak punya harga, tidak ada
nilai walau satu sen pun, di mata orang-orang kafir. Tiada rasa gerun atau hormat orang lain terhadap
mereka sepertimana yang dijanjikan Allah SWT kepada kekasih-kekasihnya, iaitu
para Ulama sebenar. Sebaliknya
orang-orang kafir menggelengkan kepala melihat kebodohan mereka.
Maka, masihkah kita tidak mengaku bahawa mereka ini
semua telah berbuat kesilapan besar, dan bahawa kita yang menyanjung mereka
juga telah membuat kesilapan besar?
Telah dikatakan bahawa akan datang di akhir zaman Ulama-ulama jahat –
tidakkah kita percaya pada ayat AlQuran ini?
Masih belum terlambat untuk umat Islam bangkit dan
membangun semula kekuatan. Namun, ini
hanya boleh dilakukan dengan bersatu.
Walaupun kita masih dinaungi kerajaan Islam, namun sedarlah bahawa
kekuatan kerajaan Islam itu juga bergantung kepada umat Islam yang bersatu
dibelakangnya. Sukar bagi sebuah
kerajaan Islam untuk mempertahankan Islam tanpa sokongan umat secara
bersepadu.
Hentikanlah menipu diri sendiri mengenai hudud atau
Negara Islam sebagai alasan menolak kepimpinan Islam. Hentikanlah membiarkan
minda kita dimanipulasi oleh Ulama-ulama jahat itu tadi.
Insaflah bahawa akibat terlalu mengejar bintang di
langit, bumi dipijak menjadi padang jarak padang tekukur. Sedangkan yang berkelip bukannya bintang
rupanya kelip-kelip yang berterbangan.
Sebelum kita membetulkan undang-undang negara, betulkanlah diri sendiri
terlebih dahulu.
Jika tidak, inilah akibatnya, di mana iman sendiri
bercelaru, sehingga lebih percaya kepada Tok Guru daripada ayat-ayat Allah SWT.
sendiri. Percaya yang sesama Islam itu
kafir, walaupun Allah SWT. menegaskan bahawa kita semua bersaudara. Malah, ada yang sibuk mengejar hudud tetapi
akhirnya bersolat juga caca marba seperti yang berlaku dalam Himpunan HKR #112
baru-baru ini di mana kiblat berlainan arah dan makmum selesai lebih awal dari
imam.
Semoga Allah SWT selamatkan kita dari kesesatan dan
perpecahan yang berterusan. Amin.
No comments:
Post a Comment