Perbuatan Salibkan Patung Orang Islam mcm ni taknak pulak dikecam pembangkang?
Riuh
rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa,
Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi
kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah
Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.
Respon
keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam
menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan
sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk
merosakkan akidah umat Islam.
Hanya
orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa
keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya
dari dinodai oleh pendakyah agama lain.
Tapi
agak menakjubkan bila mana ada juga kalangan pemimpin PAS yang tumpang sekaki
mengkritik saranan Ibrahim Ali, kelihatannya seperti parti berlabel Islam itu
lebih sensitif bila 'kesucian' Bible disentuh berbanding kesucian hakiki
kalimah Allah s.w.t yang sedang cuba dinodai oleh DAP dan pendakyah Kristian.
Barangkali
PAS sudah terlalu liberal dan kini telah bertukar kulit dari parti yang
memperjuangkan hak agama Islam dan umatnya berubah menjadi parti pro Kristian
pula. Besar kemungkinan itu kalau dilihat pada watak dan pembawaan ramai
pemimpin PAS yang lebih sudu dari kuah berbanding sesetengah penganut Kristian.
Selain
PAS, para pemimpin PR yang lain sama ada dari PKR mahupun DAP rata-ratanya
bersungguh benar mengambil kesempatan dari kenyataan keras Presiden Perkasa
berhubung kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible itu untuk menimbulkan kemarahan
penganut Kristian.
Mereka
cuba menimbulkan desakan dan tekanan supaya pihak berkuasa mendakwa Ibrahim di
bawah Akta Hasutan sebagaimana digesa oleh Presiden Majlis Peguam, Lim Chee
Wee. Malah tidak kurang juga yang mahukan Kerajaan bertindak lebih tegas dengan
memenjarakan sahaja Ibrahim kononnya atas kesalahan menimbulkan keresahan umum.
Bagi
sesetengah penganut Kristian yang sememangnya totok DAP dan pro PKR tentu
sahaja menyambut propaganda PR itu dengan telinga terbuka selanjutnya turut
memanipulasi secukup rasa tanpa mempedulikan punca sebenar isu asalnya dari
niat jahat golongan pendakyah Kristian sendiri.
Golongan
sebegini hanya melihat isu dari perspektif kepentingan sendiri walhal sedari
dulu lagi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tunggak asas berdirinya negara
ini telah memperuntukkan agama Islam adalah agama Persekutuan dan penganut
Islam adalah dilindungi daripada sebarang dakyah agama lain.
Persoalannya
kenapa selepas PRU 12 2008, hanya dek kerana PR beroleh sedikit kekuatan
politik dan kuasa tiba-tiba sahaja segalanya mahu dilanggar dan persetujuan
bersama yang sekian lama dipatuhi kini mahu dicabar?
Kenapa
bilamana Ibrahim Ali dan Perkasa bersuara mempertahankan Islam maka ia dianggap
sebagai hasutan sedangkan kelancangan mulut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
serta pendakyah Kristian cuba menodai kesucian kalimah Allah s.w.t tidak pula
dikecam sama?
Kita
percaya masih ada penganut Kristian yang terbuka mindanya dan melihat isu ini
dari perspektif lain dan tidak mahu turut terjebak dalam mainan politik sempit
yang dimulakan oleh gereja Kristian dan DAP. Jika benar demikian bangkitlah
segera menolak dakyah-dakyah politik sempit itu demi kepentingan semua pihak.
SP: Baru Ibrahim Ali cakap belum buat lagi dah berkokok ayam-ayam tambatan pembangkang suruh ambil tindakan. Takut ke?
No comments:
Post a Comment