Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, December 30, 2008

PROGRAM

Biro Kebudayaan dan Biro Latihan Puteri UMNO Bahagian Segambut akan mengadakan Program Poco-Poco bertempat di Padang Flat Taman Sejahtera, pada 4hb Januari 2009. Program ini adalah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Segambut. Program akan bermula pada jam 8.00 pagi dan dijangka berakhir jam 11.00 pagi. Sehubungan dengan itu, semua Ketua-ketua Puteri Cawangan diminta untuk memberi nama sekurang-kurangnya 5 orang peserta dari cawangan masing-masing kepada Pen. Setiausaha Puteri UMNO Bahagian selewat-lewatnya pada 1hb Januari 2009.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang telah di aturkan.

Sekian. Terima kasih.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, December 26, 2008

Walimatul Urus


Selamat Pengantin Baru buat Cik Nasmawaty Abd Kadir (Puteri UMNO Cawangan Rumah Pangsa Taman Sejahtera) bersama Pasangannya pada 27hb Disember 2008 bertempat di Taman Sejahtera Segambut. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Semua AJK Puteri UMNO Bahagian Segambut di jemput hadir bagi sama-sama meraikan kedua mempelai.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, December 19, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut mendoakan semoga Saudara Shadel Ziman, Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Segambut cepat sembuh dari penyakit kronik yang dialami oleh beliau. Buat masa ini Saudara Shadel di tempatkan di WAD 414, TINGKAT 4, Hospital Ampang Putri.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatannya.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, November 10, 2008

NOTIS MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PUTERI BAHAGIAN SEGAMBUT





Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Segambut akan diadakan pada 11hb November 2008 bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Segambut pada jam 9.00 malam.

Kehadiran semua AJK yang baru dilantik adalah diwajibkan bagi memastikan Puteri UMNO Bahagian Segambut terus aktif.

Sekian. Terima kasih.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, October 16, 2008

Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Segambut

Salam kepada semua pengunjung blog.

Puteri Bahagian Segambut sedang sibuk dengan persiapan mesyuarat perwakilan. Alhamdullilah tahun ini tiada pertandingan cuma G2 sahaja yang ada pertandingan dimana menyaksikan 4 calon akan bertanding. Calon-calon G2 adalah MAZNI SURIYA MOHAMAD (Ketua Puteri Cawangan Kg Sungai Udang), SITI AISYAH CHE PI (Ketua Puteri Cawangan Sri Segambut), NOORHASLIZA MOHAMAD ALI (Ketua Puteri Cawangan Sri Angsana) dan NASHUA FAUZUN (Ketua Puteri Damansara Heights).


Kepada semua perwakilan diucapkan SELAMAT BERSIDANG.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Salam Lebaran Dari Ketua Puteri UMNO
Bahagian Segambut

Assalamualaikum wbt



Salam Syawal dan Salam Kemenangan buat Seluruh Umat Islam dan khususnya buat Seluruh Keluarga Puteri UMNO Bahagian Segambut dan Pengunjung Blog Puteri Segambut.



Marilah kita berdoa agar kedatangan Syawal ini, seluruh umat islam dan bangsa Melayu khasnya Bersatu hati kerana. melalui perpaduan kita mampu mencapai kemerdekaan dan melalui perpaduan juga kita akan dapat mengekalkan kuasa Melayu dan Kemerdekaan di bumi bertuah ini. Berhati-hati di dalam perjalanan pulang ke kampung. Semoga Syawal mengukuhkan ikatan Ukhuwah sesama kita. Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan yang tanpa disedari dan kata-kata yang telah mengguris hati semua. Saya hanyalah insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan.




Sibuk menganyam ketupat palas
Kacau rendang biar sebati
Tanda ingatan tulus dan ikhlas
Buat Puteri yang diingati

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon Maaf Zahir & Batin





Salam perjuangan dan Salam Lebaran 1429H,
Huzry Fionnawatty Hussein
Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut
Wilayah Persekutuan

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, September 22, 2008

MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI DAN KHATAM AL-QURAN PUTERI SEGAMBUT






Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah mengadakan Program Shopping Raya! Bersama Anak-anak Yatim di sekitar Segambut. Program telah diadakan pada 21hb September 2008. Seramai 16 orang anak yatim telah berpeluang mengikuti program tersebut. Mereka telah dibawa membeli-belah di Metrojaya Bukit Bintang pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya mereka diraikan bersama dengan 6 orang Ibu Tunggal dalam Majlis Berbuka Puasa yang telah di adakan di Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut.

Sebelum majlis berbuka puasa telah di adakan Majlis Khatam Al-Quran yang telah disertai oleh seramai 22 orang ahli-ahli puteri cawangan dan juga AJK Puteri Bahagian Segambut. Program pada hari ini merupakan hasil daripada Perpaduan dan Permuafakatan di antara semua ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang telah menyumbangkan barangan dan juga wang ringgit bagi memastikan program berjalan lancar. Kami berharap program-program seperti ini akan dapat di adakan lagi pada masa akan datang.





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, September 5, 2008

WAWA LAUNDRY


Akhirnya hasrat dan impian Puan Rashidah Mohamad, 32 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Kak Shida untuk mempunyai Kedai Dobi sendiri tercapai bila permohonan pinjaman perniagaan dari agenssi kerajaan yang dipohon melalui Biro Ekonomi Puteri UMNO Bahagian Segambut yang diterajui oleh Ketua Puteri Bahagian, Fiona, telah diluluskan.

Majlis pra-pelancaran WAWA LAUNDRY telah di adakan pada 23hb Ogos 2008 bertempat di WAWA LAUNDRY di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh. WAWA LAUNDRY akan mula beroperasi pada 1hb September 08.

Puteri UMNO Bahagian Segambut melalui Biro Usahawan Puteri telah dapat membantu sebilangan ahli-ahli puteri Segambut, AJK Wanita UMNO Bahagian bahkan AJK Bahagian untuk mendapatkan bantuan pinjaman perniagaan dari agensi kerajaan.

Adalah menjadi visi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk melahirkan usahawan di kalangan ahli-ahli puteri dan masyarakat setempat khususnya di dalam Parlimen Segambut melalui Biro Usahawan Puteri.


Kami bagi pihak Puteri UMNO Bahagian Segambut mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Kak Shidah. Kepada rakan-rakan puteri yang ingin mendapatkan perkhidmatan WAWA LAUNDRY bolehlah berkunjung ke WAWA LAUNDRY, 00-07-PPR BATU MUDA, BATU 5, OFF JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Walaupun hari ini merupakan hari kedua umat islam menjalani ibadah puasa tapi masih belum terlambat untuk kami Warga Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua umat islam. Perbanyakkan amal ibadah dan bersedekah di bulan yang mulia ini dan semoga amalan kita semua akan diterima oleh Allah SWT.

Kami warga Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada coretan kami yang telah menyinggung mana-mana pihak.

Marhabban Ya! Ramadhan


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, August 28, 2008









Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan MALAYSIA Ke 51.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN












UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, August 22, 2008

Malam semalam merupakan cawangan terakhir bersidang iaitu Cawangan Kampung Sejahtera. Mesyuarat malam tadi juga menyaksikan perlantikan Ketua Puteri yang baru Sharon Aida Ali menggantikan Fariesha Mohamad. Dengan berakhirnya mesyuarat cawangan malam tadi bermakna sahlah jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut milik Huzry Fionnawatty Hussein manakala Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut Norisah Hj Hakim.

Sedikit info sekitar persidangan cawangan-cawangan :-

Jumlah Keseluruhan Cawangan Puteri 23 cawangan

Cawangan yang bermesyuarat 19 cawangan

Cawangan Tidak bermesyuarat 2 cawangan – a). Medan Putra b). Kg Segambut Masjid

Mesyuarat ditangguhkan 1 cawangan – a). Kg Jln Kuching

Cawangan Penaja 1 Cawangan – a). Kg Segambut Bahagia

Jumlah Pencalonan :-

Ketua Puteri Bahagian 19 Pencalonan

Naib Ketua Puteri Bahagian 19 Pencalonan


G2
a). Mazni Suriya Mohamad - 19 Pencalonan
b). Siti Aisyah Che Pi - 12 pencalonan
c). Noorhasliza Mohamad Ali - 4 pencalonan
d). Nashua Fauzun - 3 pencalonan

Secara keseluruhan mesyuarat berjalan dengan lancar. Tidak ada sebarang masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang mesyuarat cawangan berlangsung. Semua ahli puteri nampaknya semakin matang dalam proses membuat keputusan dan memilih ketua tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Tahniah buat semua cawangan-cawanagn yang telah bersidang.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, August 19, 2008

CHONG WEI IKRAR TEBUS KEKALAHAN (Ref: UTUSAN MALAYSIA)

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

Lee Chong Wei diapit oleh ibunya, Khar Kim Shooi (kanan) dan kakaknya, Lee Mei Ching sejurus tiba di KLIA semalam.

SEPANG - Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Chong Wei berikrar menebus kegagalan di Sukan Olimpik Beijing dengan mencapai kejayaan cemerlang di Kejuaraan Dunia yang akan diadakan pada tahun depan.

Katanya, Kejuaraan Dunia akan menjadi pengubat terbaik kepada dirinya setelah gagal beraksi dengan baik di China.

"Saya akan berehat selama seminggu selepas Sukan Olimpik Beijing. Selepas itu, saya akan kembali menjalani latihan dan akan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi Kejuaraan Dunia," katanya pada sidang akhbar sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Beijing semalam.

Sepanjang pertembungan kedua-dua pemain sejak empat tahun lalu, Lin Dan berjaya memperoleh kemenangan sebanyak 10 daripada daripada 15 pertemuan.

Mengulas lanjut, Chong Wei berkata, sasaran menjuarai Kejuaraan Dunia adalah matlamat utamanya dan dia berhasrat menjadi atlet badminton pertama negara ini yang memenangi kejuaraan tersebut.

Sehubungan itu katanya, dia masih mengharapkan sokongan padu rakyat Malaysia untuk dirinya dan dia juga memohon maaf di atas kegagalannya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Beijing.

"Saya tidak mahu memberi banyak alasan di atas kegagalan di China. Apa yang boleh saya katakan, Lin Dan bermain dengan baik sekali pada malam perlawanan akhir itu dan saya amat kecewa kerana tidak dapat memperoleh pingat emas untuk negara.

"Saya kini lebih bersemangat untuk berlatih bagi menghadapi Kejuaraan Dunia tahun depan," katanya.

Mengulas lanjut mengenai persembahan Dan, Chong Wei berkata, dia tidak menyangka Dan mempunyai kekuatan luar biasa dan beraksi dengan cemerlang.

Malah katanya, Dan turut menyatakan bahawa dia sendiri terkejut dengan persembahan bertenaga yang dipamerkan olehnya itu.

Diusik mengenai jumlah ganjaran sebanyak RM300,000.00 daripada kerajaan akan digunakan olehnya untuk berkahwin, Chong Wei hanya tergelak dan menegaskan bahawa dia ingin memberi tumpuan kepada kerjaya sukan terlebih dahulu.



SP:- Sekalung tahniah buat Chong Wei di atas kejayaan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Beijing. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan seperti apa yang telah dicapainya di Beijing. Semoga kejayaan Chong Wei menjadi pembakar semangat kepada atlet2 lain untuk terus mengharumkan nama MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH!!


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Sunday, August 17, 2008

Jurufoto Dipukul, Puteri UMNO diraba (ref : www.emysamsudin.blogspot.com)


Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR."Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar."Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.

Sementara itu,Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya.


Ulasan Fionna:-

Orang-orang mcm ni ke yang kita harapkan untuk mentadbir negara? Tidak tahu menghormati wanita, pukul orang sesuka hati seolah-olah negara tidak ada undang-undang. Kita adalah manusia yang bertamadun. lebih-lebih lagi kita telah melepasi angka 50 tahun kemerdekaan. Jangan terlalu TAKSUB kepada seseorang pemimpin hingga sanggup bertindak diluar batasan. Apa yang lebih menyedihkan lagi, mereka-mereka ini yang bersikap ekstrem ini adalah anak melayu dan beragama islam yang terkenal dengan adat resam dan sopan-santun.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL


Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Sri Angsana pada 16hb Ogos 2008 yang bertempat di Dewan Sri Angsana.

Kehadiran ahli-ahli puteri sangat memberangsangkan tetapi yang menyedihkan apabila masing-masing tidak menunggu sehingga tamatnya Mesyuarat Cawangan. Keadaan ini telah menyebabkan Mesyuarat Cawangan terpaksa ditangguhkan kerana korum tidak cukup kerana ada segelintir ahli puteri dan pemuda yang telah pulang.

Seharusnya setiap ahli perlu sedar tanggungjawab masing-masing terhadap cawangan. Bukan bila mesyuarat puteri dah habis kita pun dah boleh balik. Kita masih ada lagi tanggungjawab lain yang perlu ditunaikan. Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan dan menjadi iktibar kepada cawangan-cawangan yang lain.





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, August 15, 2008

WAJAH-WAJAH PUTERI






UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Mesyuarat Puteri Cawangan Taman SPPK





Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Taman SPPK telah berlangsung malam tadi di Dewan Taman SPPK. Buat pengetahuan, Taman SPPK merupakan cawangan kepada Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut, Huzry Fionnawatty Hussein. Mesyuarat malam tadi sekali lagi menyaksikan jawatan Ketua Puteri Taman SPPK masih kekal menjadi milik Fionna tetapi barisan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan menampilkan muka-muka baru yang diharap akan dapat membantu pentadbiran Puteri cawangan.

Setakat ini pencalonan bagi jawatan Ketua, Naib Ketua dan barisan AJK Puteri Bahagian nampaknya berjalan lancar tetapi bagi pencalonan G2 setakat malam tadi menyasikan 4 calon bertanding bagi merebut tempat ke Perhimpunan Agung Puteri UMNO Malaysia pada bulan Disember nanti. Agak memeranjatkan kerana sebelum ini 3 calon menawarkan diri untuk G2 tetapi dalam Mesyuarat Puteri SPPK malam tadi menyaksikan nama Noorhasliza Mohamad Ali (Ketua Puteri Sri Angsana) dicalonkan bersama-sama dengan Mazni Suriya Mohamad (Ketua Puteri Kg Sg Udang). Manakala 2 calon lagi Siti Aisyah Che Pi (Ketua Puteri Tmn Sri Segambut) dan Nashua Fauzun (Ketua Puteri Damansara Heights).

Kepada semua calon yang bertanding G2, semoga berkempen dengan cara yang sihat dan berhemah dan kepada semua perwakilan puteri yang telah dipilih dalam mesyuarat cawanag masing-masing diharap pilihlah calon yang anda rasa layak.

Nota :- Gambar-gambar mesyuarat cawanagn puteri SPPk akan diupdate kemudian.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YB DATO


Selamat Hari Ulangtahun kelahiran yang ke 53 (maaf ye Dato KA kalau silap) untuk Ayahanda Ketua UMNO Bahagian Segambut yang kami hormati YB Senator Dato Kamarudin Hj Ambok pada hari ini 15hb Ogos 2008.
Semoga YB Dato dimurahkan rezeki, dipanjang usia, dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat kepada warga Segambut. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut sentiasa menyokong kepimpinan YB Dato Kamarudin Hj Ambok.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN