Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA


Salam Lebaran Dari Ketua Puteri UMNO
Bahagian Segambut

Assalamualaikum wbt



Salam Syawal dan Salam Kemenangan buat Seluruh Umat Islam dan khususnya buat Seluruh Keluarga Puteri UMNO Bahagian Segambut dan Pengunjung Blog Puteri Segambut.



Marilah kita berdoa agar kedatangan Syawal ini, seluruh umat islam dan bangsa Melayu khasnya Bersatu hati kerana. melalui perpaduan kita mampu mencapai kemerdekaan dan melalui perpaduan juga kita akan dapat mengekalkan kuasa Melayu dan Kemerdekaan di bumi bertuah ini. Berhati-hati di dalam perjalanan pulang ke kampung. Semoga Syawal mengukuhkan ikatan Ukhuwah sesama kita. Dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada kesilapan yang tanpa disedari dan kata-kata yang telah mengguris hati semua. Saya hanyalah insan biasa yang tidak sunyi dari melakukan kesilapan.




Sibuk menganyam ketupat palas
Kacau rendang biar sebati
Tanda ingatan tulus dan ikhlas
Buat Puteri yang diingati

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon Maaf Zahir & Batin





Salam perjuangan dan Salam Lebaran 1429H,
Huzry Fionnawatty Hussein
Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut
Wilayah Persekutuan

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Monday, September 22, 2008

MAJLIS SUMBANGAN AIDILFITRI DAN KHATAM AL-QURAN PUTERI SEGAMBUT






Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah mengadakan Program Shopping Raya! Bersama Anak-anak Yatim di sekitar Segambut. Program telah diadakan pada 21hb September 2008. Seramai 16 orang anak yatim telah berpeluang mengikuti program tersebut. Mereka telah dibawa membeli-belah di Metrojaya Bukit Bintang pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya mereka diraikan bersama dengan 6 orang Ibu Tunggal dalam Majlis Berbuka Puasa yang telah di adakan di Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut.

Sebelum majlis berbuka puasa telah di adakan Majlis Khatam Al-Quran yang telah disertai oleh seramai 22 orang ahli-ahli puteri cawangan dan juga AJK Puteri Bahagian Segambut. Program pada hari ini merupakan hasil daripada Perpaduan dan Permuafakatan di antara semua ahli-ahli Puteri UMNO Bahagian Segambut.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang telah menyumbangkan barangan dan juga wang ringgit bagi memastikan program berjalan lancar. Kami berharap program-program seperti ini akan dapat di adakan lagi pada masa akan datang.





UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, September 5, 2008

WAWA LAUNDRY


Akhirnya hasrat dan impian Puan Rashidah Mohamad, 32 tahun atau lebih mesra dengan panggilan Kak Shida untuk mempunyai Kedai Dobi sendiri tercapai bila permohonan pinjaman perniagaan dari agenssi kerajaan yang dipohon melalui Biro Ekonomi Puteri UMNO Bahagian Segambut yang diterajui oleh Ketua Puteri Bahagian, Fiona, telah diluluskan.

Majlis pra-pelancaran WAWA LAUNDRY telah di adakan pada 23hb Ogos 2008 bertempat di WAWA LAUNDRY di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh. WAWA LAUNDRY akan mula beroperasi pada 1hb September 08.

Puteri UMNO Bahagian Segambut melalui Biro Usahawan Puteri telah dapat membantu sebilangan ahli-ahli puteri Segambut, AJK Wanita UMNO Bahagian bahkan AJK Bahagian untuk mendapatkan bantuan pinjaman perniagaan dari agensi kerajaan.

Adalah menjadi visi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk melahirkan usahawan di kalangan ahli-ahli puteri dan masyarakat setempat khususnya di dalam Parlimen Segambut melalui Biro Usahawan Puteri.


Kami bagi pihak Puteri UMNO Bahagian Segambut mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Kak Shidah. Kepada rakan-rakan puteri yang ingin mendapatkan perkhidmatan WAWA LAUNDRY bolehlah berkunjung ke WAWA LAUNDRY, 00-07-PPR BATU MUDA, BATU 5, OFF JALAN IPOH 51200 KUALA LUMPUR.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Tuesday, September 2, 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Walaupun hari ini merupakan hari kedua umat islam menjalani ibadah puasa tapi masih belum terlambat untuk kami Warga Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua umat islam. Perbanyakkan amal ibadah dan bersedekah di bulan yang mulia ini dan semoga amalan kita semua akan diterima oleh Allah SWT.

Kami warga Puteri UMNO Bahagian Segambut ingin memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada coretan kami yang telah menyinggung mana-mana pihak.

Marhabban Ya! Ramadhan


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN