Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.
Showing posts with label Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Guan Eng. Show all posts

Wednesday, May 16, 2012

Cerita Di Sebalik Tawaran Gaji RM50K Kepada Tunku Aziz Oleh Guan Eng

Mutakhir:

Huan Cheng Guan, naib presiden Parti Cinta Malaysia, membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Lim Guan Eng berkaitan tawaran LGE kepada Tunku Aziz. Aduan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang petang tadi. (Sumber: sini)dikemaskini 10.50 malam

*** *** ***

Sepantas kilat putar-belit DAP sudah bermula.

Dari Ratu Tweeter parti tersebut:

Mengenai tawaran dari Penang Institute yang ditweet Hannah Yeoh, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendedahkan:

“He [Lim Guan Eng] offered me – now this really staggered my imagination offered me a senior fellowship at the Penang Institute, dangling travel as one of the attractions”

“His aide [Zairil Khir Johari] rang me at lunchtime yesterday to repeat his boss’s offer, but added that this time there would be a stipend of RM50,000 a year, along with other things.”

“It’s a bribe, it’s a salve for my hurt pride.”

Sumber: ‘Full version of the Q&A with Tunku Aziz‘ (The Star)

Mengikut Tunku Aziz, Guan Eng lah yang menawarkannya fellowship tersebut di Penang Institute.

Guan Eng ialah ‘bos’ ataupun pengerusi Penang Institute manakala Zairil ialah ‘machai’nya walaupun atas kertas, Zairil berjawatan CEO. Apa kelayakan akademik ataupun pengalaman kerja yang Zairil ada untuk dia menjadi CEO sebuah “public policy think tank of the state government of Penang”?

Sepatutnya sebuah institusi yang mengkaji dasar awam harus dianggotai oleh sarjana dan penyelidik, bukannya politikus anak emas dilantik menjadi kepala. Ini terang-terang kronisme. Ke mana perginya CAT yang selalu diuar-uarkan DAP?

Malah sebelum Februari 2011 bilamana Zairil dilantik menjadi setpol Guan Eng, besar kemungkinan dia tidak pernah pun duduk di Pulau Pinang.

Seorang Senior Fellow di Penang Institute menerima bayaran (stipend) RM50,000 setahun serta akan dihantar berjalan ke luar negeri dengan segala perbelanjaannya ditanggung.

Salah seorang anggota lembaga pengarah Penang Institute ialah Dr Lim Mah Hui, juga kaunsilor Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Pada suatu ketika dulu, Dr Lim membantah projek $pice yang menelan belanjawan RM50 juta MPPP tetapi sekarang dia sudah membisu.

Tunku Aziz diganti jawatan senatornya oleh Melayu baru DAP Dr Ariffin Omar yang pernah menjadi setiausaha Aliran, sebuah NGO Pulau Pinang.

Siapa lagi pesara Aliran yang akan dilantik Guan Eng kelak menjadi Senior Fellow atau senator DAP Pulau Pinang atau jawatan sedap yang lain?

‘The tyranny of demagogy’

Hannah Yeoh juga telah men-retweet rencana MalaysiakiniGuan Eng declines to counter-attack Tunku Aziz‘.

Mengatakan Guan Eng tidak akan menyerang balas Tunku Aziz ialah sekadar sandiwara.

S.M. Mohd Idris, presiden CAP yang berusia 86 tahun, pun boleh juga diserang Guan Eng hanya kerana berani tanya tentang projek prasarana RM8 bilion yang melibatkan penjualan tanah milik negeri.

Khoo Kay Peng, seorang penganalisa yang bertanya tentang projek Bayan Mutiara (kelolaan syarikat pemaju hartanah milik Danny Tan, adik kepada taikun Vincent Tan), telah ditempelak juga oleh Zairil.

“I had asked these questions which the state government had chosen to stay mum and which Zairil had conveniently avoided,” katanya.

Khoo menyifatkan Zairil sebagai berlagak macam seorang ‘tauke’ kerana mahupun Zairil CEO Penang Institute, badan yang dibiayai kerajaan negeri melalui pejabat ketua menteri, namun setpol KM itu enggan menjawab soalan-soalan kritis berhubung Bayan Mutiara.

Memang ianya gaya Guan Eng menyerang ‘musuh’ habis-habisan dan kalau bukan dia sendiri yang buat, maka ‘henchmen’nya – sila baca rencana Joceline Tan untuk mengetahui siapa ‘henchman’ Guan Eng – yang akan dikerah untuk melaksanakan tugas.


“… with a monarch’s voice cry ‘Havoc,’ and let slip the dogs of war


Attack dogs DAP begitu ramai sekali meronda di merata-rata.

Berikut adalah beberapa petikan dari wawancara Star dengan Tunku Aziz di mana beliau telah berkata:

“For them, it’s political expediency. It doesn’t matter because I don’t think they’d give two hoots about anything or anybody who stands in their way.”

“They [DAP members] find there is so much cronyism, so many cliques. You don’t belong to the leadership clique, you’re out, You make an unfavourable comment, you’re out.”

“Chow (Kon Yeow), head of DAP Penang, sent message saying I respect your decision. He should have been Chief Minister yet they parachuted Guan Eng in. He’s CM, Sec-Gen, MP.”

Dia ketua menteri, setiausaha agung, Ahli Parlimen dan juga Dear Leader.

Antara yang kuat mempertahankan Kim Guan Eng ialah bekas presiden Aliran, P.Ramakrishan.

Rencana tajuk utama laman Aliran mendakwa:

“More than 2,000 buses brought them [Umno people] from across the country to the stadium. They did not come of their own free will, at their own expense. Everything was paid for;”

Pojokan ‘Umno, how much did you spend to bring your crowd?‘ dikarang P. Ramakrishan, mantan presiden Aliran.

Namun dia tidak berkata apa-apa tentang bas-bas berplet nombor Kedah yang membawa peserta dari luar untuk Duduk Bantah Bersih 3.0 bersama ketua menteri kesayangannya itu.

Beberapa contoh lain di bawah menunjukkan amalan dwi-standard Aliran.

Ramakrishnan selaku presiden Aliran meroyan apabila para blogger pro-Umno bercerita tentang anak lelaki Guan Eng tetapi mendiam sahaja tatkala penulis anti-Umno memfitnah anak perempuan Najib Razak.

Seterusnya Ramakrishan menghalalkan perbuatan mahasiswa anti-PTPTN mengenakan bunga malai pada gambar Najib tetapi melenting apabila Perkasa meletakkan kalung bunga pada gambar Guan Eng. Bila terkena batang hidung sendiri, barulah dia hendak menengking ‘Despicable, contemptible behaviour must be condemned‘ dalam lidah pengarang Aliran.

Adakah Aliran sebuah NGO yang menampakkan sikap neutral?

Ataupun akan Aliran mengikut jejak Penang Institute yang seolah-olah sebuah family business keluarga Kim untuk membela dan membekal ganjaran kepada orang kanan Dear Leader?


Sumber: HELEN ANG


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

LGE Cuba Beli Tunku Aziz. Semuanya Salah UMNO?

tunkuaziz-bersih

TERJEMAHAN TEMUBUAL THE STAR DENGAN TUNKU AZIZ

DI DALAM Mana agaknya Lim Guan Eng nak sorok muka dengan pendedahan terbaru Tunku Abdul Aziz Ibrahim ini. DAP selalu mengambarkan ia sebuah parti yang ‘baik-baik’,tak main duit dan sogok jawatan.

Apa yang berlaku pada Naib Pengerusi DAP yang letak jawatan Selasa membuka habis pekong yang terselindung selama ini. Dalam interbiu dengan akhbar The Star yang disiar Rabu,Tunku Aziz mendedahkan Guan Eng ada menelefon pada hari Ahad lalu untuk memujuknya jangan keluar parti.

Ganjaran yang menjadi umpan Ketua Menteri Pulau Pinang itu ialah fellow dalam badan pemikir Penang Institute yang membolehkannya ‘berjalan sakan’ Katanya kemudianya Setiausaha Politik Ketua Menteri itu,Zairil Khir Johari pula menelefonnya bagitau tawaran itu datang dengan ganjaran elaun RM50,000.

Ini semua sebagai ganti jawatan Senator beliau yang tidak disambung semula. Tunku Aziz bukanlah orang sebarangan.Beliau adalah bekas penasihat Bank Negara dan bekas Naib Presiden Tranparency International.

Nak main-main dengan orang macam ini ..maka Guan Eng kena sebijik dimuka bila beliau sifatkan Setiausaha Agung DAP itu ‘biadap’. Katanya mereka tiada adap dan tiada rasa hormat pada orang. Lebih teruk lagi Tunku Aziz kata Guan Eng orang yang tidak boleh dipercayai.

Katanya keputusan letak jawatan parti itu adalah muktamad dan tidak boleh dipujuk lagi.

BERIKUT KAMI SIARKAN SEDUTAN TERJEMAHAN TEMUBUAL TUNKU ABDUL AZIZ DENGAN THE STAR

Terjemahan temubual bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan The Star Rabu.

S: Bagaimana malam tadi (selepas umum keluar DAP) ?

A: Saya fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan juga SMS yang diterima dari seluruh negara.

S: Adakah anda tahu berapa banyak panggilan anda terima?

Cukup banyak, Ssaya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka bukan orang yang saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu, yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV.

S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?

Tiada. Tiada sesiapapun. Mesej yang datang daripada ahli parti. Semua mengatakan bahawa mereka menghormati keputusan saya dan mereka dan kesal kerana saya telah membuat keputusan untuk keluar parti.

S: Adakah anda memberitahu pemimpin DAP sebelum perletakan jawatan anda disiarkan media bahawa anda akan berhenti?

Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawtan dan keluar parti).

S: Adakah itu kunjungan biasa tanpa urusan rasmi?

Kit Siang dan saya cukup serasi, kami bersahabat. Jadi kunjungan tersebut adalah kunjungan mesra, antara dua sahabat. Lawatan terakhir tempat minggu lepas. Tetapi mereka tahu bahawa saya akan memberikan interbiu (kepada NTV 7) kerana saya memberitahu Ketua Staf Ibu Pejabat parti untuk memberitahu semua ahli CEC bahawa saya akan ditemubual (oleh NTV 7). Saya mengandaikan mereka dapat menduganya.

S: Apakah tiada sesiapa pujuk dan berkata Tunku, tidak payah ke udara ?

Kit Siang mengatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan saya, beliau tidak berkata jangan ke udara, dia tahu bahawa saya akan menggunakan kebijaksanaan saya. Ketakutan utama mereka adalah bahawa ini (temubual tersebut) mungkin akan dieksploitasi.

Saya mahu ia menjadi jalan keluar yang bermaruah, dan berlaku adil. Kerana saya tidak melawan parti. Saya tidak setuju dengan sikap setiausaha agung. Khususnya apabila beliau mula-mula bertemu dengan saya, (selepas kritikan terhadap Bersih) beliau menuduh saya bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong Bersih. Saya tidak apada bila-bila masa menentang Bersih. Saya sentiasa menyokong Bersih untuk apa Bersih perjuangkan.

Saya bercakap untuk pilihanraya yang bebas dan adil beberapa kali. Tidak sebagai naib pengerusi DAP tetapi dalam kapasiti saya yang lain. Jadi untuk mengatakan bahawa Tunku menentang Bersih yang mana parti dan Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk menjayakannya, adalah tidak jujur. Entah bagaimana ia tidak berkeupayaan untuk melihat perbezaan di antara menyokong aktiviti bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, dan tidak menyokong aktiviti yang melanggar undang-undang. Terdapat perbezaan yang saya fikir mereka sengaja diabaikan. Lim Guan Eng menuduh saya sesuatu yang tidak saya lakukan.

S: Adakah anda akan mengatakan bahawa hubungan anda dengan Guan Eng tidak begitu mesra walaupun sebelum ini anda telahdijemput oleh bapanya, apakah anda rasa si anak tidak benar-benar berminat dengan anda?

Hubungan saya dengan Guan Eng sebelum ini mesra. Kedua-dua mereka (Kit Siang dan Guan Eng) yang menjemput saya, dan kerana penghormatan saya untuk Kit Siang, saya tidak teragak-agak sedikitpun(selepas dijemput) kerana merasakan ini akan memberikan saya peluang untuk berada dalam parti tanpa menjadi seorang ahli politik, dan merupakan peluang untuk meneruskan kerja saya mempromosikan integriti, kedua-dua dalam kerajaan dan sektor korporat. Dalam erti kata lain, peluang untuk terlibat dalam membanteras rasuah, yang merupakan misi utama saya. Kerana tiada pihak lain yang sebenarnya secara terbuka berkata, anda tahu, kami akan memerangi rasuah kecuali DAP. Ia amat menarik.

S: Ini adalah usaha pertama anda ke politik?

Sudah tentu.

S: Adakah anda menyesal, empat tahun kemudian perlu meletakkan jawatan dari parti?

Saya rasa saya sedikit naif apabila memikirkan bahawa idealisme yang saya pegang adalah sebenarnya idealisme yang DAP amalkan. Saya tidak tahu mengenai parti-parti politik yang lain tetapi saya menjangkakan mereka lebih kurang sama.

S: Sebagai seorang yang sentiasa berjuang menentang perkara-perkara yang tidak beretika, apakah anda akan mengatakan DAP sebuah parti yang beretika selepas empat tahun berada di dalam?

Saya tidak akan berkata begitu. Sebagai contoh ... salah satu daripada pemimpiun utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dan apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil. Bagi saya, ia tidak cukup ini kerana Pakatan Rakyat adalah kerajaan Selangor dan DAP mempunyai ahli majlis yang dilantik di Selangor, PJ. Walaupun orang mengatakan "oh, ini perkara kecil", bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri. Dan jika itulah sikap kamu terhadap undang-undang yang telah dibuat itu, pada saya, ia menunjukkan keadaan pentadbiran yang sangat menyedihkan dan pertimbangan yang buruk.

S: Adakah anda membangkitkan isu ini?

Saya bangkitkan isu ini, tetapi saya tahu ia bukan isu yang mereka mahu dengar. Dan jika anda lihat baru-baru ini laporan Dr Cheah dalam akhbar The Star (ADUN Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin), ini adalah isu yang sama. Terdapat orang baik dalam DAP yang mahu melihat bahawa kita melakukan perkara dengan cara yang beretika, tetapi terdapat orang lain yang anda tahu hanya akan pergi ke hadapan dan melanggar peraturan mereka sendiri. Jika anda melakukan ini, lambat laun orang akan bertanya, bolehkah orang-orang ini benar-benar dipercayai untuk tugas yang lebih besar?

S: Apakah ada perkara-perkara lain yang membimbangkan anda dalam pentadbiran Selangor?

Saya berfikir bahawa secara berpasukan mereka telah mentadbir dengan baik, kita perlu beri kredit untuk itu. Tetapi ada seorang dua dua anggota exco mereka perlu diletakkan di bawah pemantauan teliti. Saya fikir apa yang Dr Cheah ketengahkan sebahagian kecil masalahnya.

S: Pulau Pinang.. adalah lebih baik daripada Selangor?

Saya fikir Pulau Pinang diurus dengan baik. Saya akan berkata ia ditadbir dengan baik, tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Antara perkara yang membimbangkan ramai orang adalah hakikat bahawa selepas beberapa tahun mentadbir negeri tersebut, kerajaan negeri masih gemar menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini, ia kelihatan seperti tukang yang tidak pandai menyalahkan perkakas.

S: Anda dikenali sebagai seorang yang berintegriti, apakah Bersih satu-satunya masalah anda dengan kepimpinan parti, apakah ada isu-isu lain?

Bersih yang melebarkan jurang ketidak sefahaman kami. Tetapi jelas, seperti mana-mana organisasi atau parti, wujud perkara-perkara yang tidak mengembirakan anda, tetapi tidaklah sampai anda berfikir mahu keluar parti. Tetapi bagi saya, isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting. Itulah mungkin sebabnya saya naif, kerana saya percaya bahawa integriti adalah samada anda mempunyai atau tidak sama sekali. Anda tidak boleh mengatakan, anda tahu, ya, ini adalah 70 peratus ...

Tidak ada separuh-separuh untuk intergriti, samada mempunyainya atau tidak. Sebagai contoh, apabila PBT memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap penjaja haram, salah seorang dari pemimpin utama parti campur tangan dan mengatakan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada orang ini kerana mereka adalah penyokong parti. Bagi saya, ini adalah satu perbuatan serius yang menganggu sistem operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Ramai orang kita lupa bahawa kerajaan tempatan adalah pengalaman awam pertama berurusan dengan kerajaan. Ramai daripada mereka tidak berurusan dengan Putrajaya atau mana-mana kementerian, tetapi bagi orang biasa seperti anda atau saya yang tinggal di daerah atau kawasan tertentu, ia semua kerajaan tempatan.

S: Adakah Tunku Aziz seorang Melayu akan menerima layanan yang sama jika beliau merupakan Cina Malaysia? Jemputan anda, jawatan yang anda lepaskan apakah ada kena mengena dengan perkauman?

Saya tidak fikir begitu. Kecuali, saya berurusan dengan seseorang yang nampaknya tidak boleh melihat gambaran keseluruhan. Saya menyokong Bersih tetapi saya tidak menyokong melanggar undang-undang. Semudah itu. Anda boleh periksa, saya tidak menentang Bersih, saya menantang pendirian mahu duduk dan bantah di Dataran Merdeka kerana mahkamah telah

mengeluarkan perintah larangan. Mereka mengatakan, ia bukan milik DBKL. Tetapi bagi saya, sesiapa yang menjaga tempat itu, mereka mempunyai tanggungjawab.

S: Jadi, apa seterusnya?

Saya memberikan pertimbangan yang sangat berhati-hati untuk ini (keluar parti). Tindakan yang saya bukan dibuat ketika marah, saya berbincang dengan keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat saya, dan semua berkata perkara yang sama. Parti jelas tidak bersedia untuk menempatkan seseorang seperti saya. Saya dikenali akan meluahkan apa saja, (yang dirasakan benar) dan bukan seorang yang hanya komen yang baik-baik sahaja, pada saya, itu tidak beretika.

Masa depan... apabila saya menyertai parti, saya tidak mempunyai cita-cita lain kecuali menjadi ahli, dan cuba menerapkan kepada parti beberapa nilai-nilai yang berasaskan integriti dan etika, tadbir urus yang baik, perjuangan membanteras rasuah, dan sebagainya.

Saya tidak pernah minta untuk dilantik naib pengerusi, mereka kemudian mahu melantik saya, saya kata baiklah. Saya tidak pernah memohon untuk dilantik sebagai senator. Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kerajaan, walaupun anda tahu sebagai Bumiputera saya layak. Tapi saya fikir kerana saya masih menentang dasar ekonomi baru. Terutamanya apabila saya melihat bahawa mereka telah terpesong dari tujuan asal. Saya tidak pernah meminta-minta.

Tetapi apabila penggal saya (sebagai senator) bakal berakhir, Dewan Negara telah menghantar surat maklumat kerajaan Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya menghantar Guan Eng nota menggunakan iPhone saya jika surat itu tiba, dan anda fikir mahu melanjutkan penggal saya, saya bersedia untuk berkhidmat, itu saja. Beliau berkata ya, okay, dan kemudian dia dengan manis berkata kepada saya bahawa dalam satu mesyuarat CEC baru-baru bahawa beliau sudah meletakkan nama saya dan mahu mengumumkan lanjutan penggal saya di dalam mesyuarat CEC tersebut tetapi teringat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara perlu pengesahan dari DAP Pulau Pinang dan kerajaan negeri.

Kemudian selepas kenyataan Bersih, Kit Siang bertemu saya dan berkata ia adalah malang penggal senator saya tamat diwaktu-waktu begini. Katanya mungkin agak sukar bagi mereka untuk mencalonkan saya lagi. Dan saya berkata kepadanya, jika itu akan menyebabkan sebarang masalah bagi parti, sila jangan masukkan nama saya. Saya tidak pernah meminta pun dan saya tidak mahu yang saya dicalon semula bakal menjadi punca ketidakharmonian dalam parti. Jadi, mereka lakukan apa yang saya memberitahu mereka untuk tidak meletakkan nama saya.

S: Saya rasa (jika anda tidak beritahupun) mereka akan menggugurkan anda?

Oh, sudah tentu. Saya pasti mereka mengalu-alukan. Tetapi saya mahu kedudukan saya jelas sepenuhnya. Saya tidak menonjol diri ke hadapan. Saya juga katakan kepada mereka, tidak ada sesiapa lebih besar dari parti. Jika pada pendapat anda, saya telah melampaui batas, sayamengharapkan anda mengambil tindakan. Saya menggalakkan. Siasat saya melalui prosedur tatatertib.

S: Bila anda beritahu mengenai perkara itu?

Selepas saya ditegur. Dia (Guan Eng) membangkitkan beberapa perkara, saya telah melakukan ini, itu, dan yang lain. Dan mereka mengatakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu serius sehingga memerlukan tindakan tatatertib, saya kata lakukan kerana itulah kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan adalah mengenai menangani tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan tidak mengelaknya. Saya memberitahu Guan Eng, saya akan berfikir lebih banyak mengenai anda jika anda mengambil tindakan sewajarnya. Memanglah susah tetapi menjadi tanggungjawab anda demi kepentingan parti.

S: Apa yang beliau katakan?

Tiada reaksi. Tiada reaksi ketika saya mencadangkan bahawa saya mahu meletakkan jawatan dari CEC dan selepas beberapa waktu, saya akan meninggalkan parti.

S: Adakah anda kecewa dengan Guan Eng sebagai pemimpin? Anda jelas mempunyai kagum dengan bapanya.

Si anak berlainan. Saya tidak mahu menjadikannya isu peribadi. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik, selain itu, pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, ini adalah dari pemerhatian saya.

S: Jadi dia pendengar yang baik?

Oleh pengamatan saya, dia perlu belajar untuk mendengar lebih banyak dan memberikan semua orang peluang untuk didengar. Anda perlu belajar dahulu, saya fikir, agak sederhana kerana bukan anda yang perlu katakan apa yang telah anda lakukan untuk Pulau Pinang. Biar rakyat Pulau Pinang memutuskan. Bahawa benar pencapaian yang anda lakukan. Apabila orang mengatakan "yang dilakukan dengan baik Guan Eng". Tetapi apabila anda melaungkan CAT (slogan DAP untuk "kecekapan, akauntabiliti, ketelusan)? Apakah CAT? (orang ramai mengatakan) CAT adalah slogan. Tetapi bagi Guan Eng tidak. Apabila ia datang kepada 1Malaysia, 1Malaysia hanyalah slogan (bagi Guan Eng). Tetapi CAT tidak.

S: Jika semua ini tidak berlaku, anda akan bertanding sebagai calon jika anda diminta? Ya.

S: Adakah sesiapa bercakap kepada anda tentang itu? Tidak.

S: Tiada siapa yang bercakap kepada anda tentang perkara ini?

Tiada sesiapa, walaupun saya telah berkata kepada Guan Eng, Kit Siang, jika mereka perlukan, jika mereka kekurangan calon dan rasa saya berkhidmat, saya sudah bersedia. Anda tahu, walaupun pada usia saya, jika pihak yang merasakan mereka memerlukan perkhidmatan saya, saya bersedia untuk berkhidmat.

S: Adakah ini penamat karier politik anda (dengan DAP)?

Tentu sekali, tidak ada soalan. Tetapi apa yang benar-benar membuat saya akhirnya memutuskan untuk meninggalkan DAP adalah kejadian Ahad lepas kira-kira jam 8.43 pagi. Saya menerima panggilan telefon daripada Guan Eng. Saya tidak tahu sama ada ia untuk mengambarkan penyesalan atau mereka merasakan perlu mengantikan saya (memberi pampasan) dengan sesuatu berikutan khidmat saya sebagai senator tidak disambung. Beliau menawarkan saya jawatan kanan di di Institut Pulau Pinang, dengan kemudahan perjalanan sebagai salah satu daya tarikan ... Dan saya berkata saya perlu berfikir tentang hal itu.

Sehingga semalam, selepas saya telah membuat keputusan (meninggalkan parti). Pembantu beliau menelefon saya pada waktu makan tengahari mengulangi tawaran bosnya, tetapi menambah bahawa kali ini terdapat wang saku sebanyak RM50, 000 setahun, bersama-sama dengan faedah lain. Saya menganggap tawaran tersebut sepenuhnya menghina. Sama sekali menghina, dan saya hanya boleh menyimpulkan bahawa ia telah datang daripada seseorang yang mempunyai tidak berakal dan tidak mempunyai walaupun sedikit rasa hormat. Adakah beliau fikir saya ini orang jenis apa? Satu penghinaan, petama kerana anda 'menyerang' saya dengan sebab yang salah, kemudian tidak sambung pengkhidmatan saya, dan kemudian ditawarkan jawatan kanan di Institut Pulau Pinang. Ini adalah hal yang saya bimbangkan, orang ini tidak mempunyai rasa kesopanan, dalam erti kata lain.

S: Beliau tidak mempedulikan e-mel anda, kemudian menghina anda ... Dan saya rasa sebagai seorang lelaki yang dikenali dengan etika dan integriti, Institut Pulau Pinang ini berbunyi seperti rasuah.

Ia adalah rasuah. Bagi saya, sebagai orang tua/lama... perkataan Melayu yang sesuai menggambarkan perbuatan mereka kepada saya adalah "biadap". Itulah yang benar-benar membuat saya memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan lelaki ini.

S: Adakah anda berfikir bahawa ada tekanan dari Anwar Ibrahim atau orang lain untuk melakukan semua ini?

Saya tidak terfikir sehingga ke situ, tetapi Kit Siang ada memberitahu saya terdapat banyak tekanan daripada Pakatan Rakyat. Dan pada ketika itu saya berkata kepadanya, saya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Setakat yang saya tahu, saya menyertai DAP. Saya ahli DAP. Hakikat bahawa kita adalah sebahagian daripada gabungan itu adalah suatu perkara yang berbeza, tetapi saya tidak menjual jiwa saya kepada parti dan sudah tentu tidak Pakatan Rakyat.

S: Anda seolah-olah keberatan untuk bercakap tentang Anwar, ada sebab tertentu?

Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.

S: Jadi, bagaimana anda rasa (selepas letak jawatan?)

Saya rasa bebas. Ia adalah langkah yang diberkati, saya menerima banyak mesej galakan daripada orang-orang seperti Koh Tsu Koon, Presiden Senat, lain-lain lagi.

Ada yang datang berjumpa dengan saya, kami duduk dan minum bersama-sama. Orang-orang ini, mereka telah cuba dengan baik untuk mengubah DAP di peringkat mereka. Mereka mendapati terdapat kronisme yang begitu banyak, begitu banyak puak. Jika anda tidak tergolong dalam puak tertentu, anda disingkirkan, jika anda membuat komen yang tidak menguntungkan, anda disingkirkan. Saya rasa tiada parti yang bebas dari semua ini.

Chow (Chow Kon Yeow), ketua DAP Pulau Pinang, menghantar mesej yang mengatakan bahawa beliau menghormati keputusan saya. Beliau sepatutnya menjadi Ketua Menteri lagi mereka pilih Guan Eng. Beliau Ketua Menteri, Setiausaha Aguang parti dan Ahli Parlimen.

S: Apakah anda fikir PR akan tawan Putrajaya (menang PRU 13)?

Pada masa ini, saya fikir ini keadaan yang ada hari ini adalah yang paling hampir kepada Putrajaya, pakatan yang ada sangat rapuh kerana mereka tidak mampu untuk menyelesaikan beberapa soalan yang asas sebelum pergi kepada pilihan raya.

Sebagai contoh, negeri Islam. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menyelesaikan ini kerana PAS tidak akan meninggalkan ia. Ia adalah tunjang kepercayaan agama dan politik mereka. Ia seperti meminta seseorang untuk meninggalkan prinsip-prinsip mereka.

S: Apakah ini yang ada lihat?

Ini adalah apa yang saya lihat dari dalam. DAP, sebagai contoh, tidak gembira dengan sikap PAS. Satu hari mereka berkata ya, kita tidak akan menjadi sebuah negara Islam, hari seterusnya berkata, sebaliknya. Demi kepentingan politik mereka bersatu tetapi tiada perpaduan kukuh di dalamnya (PR). Anda boleh lihat, Karpal yang kecewa. Persoalannya bagaimana anda boleh pergi ke medan peperangan (bersama-sama) apabila strategi anda telah dikompromi kerana ideologi yang berbeza?

S: Jadi apa yang anda akan lakukan selepas ini?

Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus berkhidmat di negara kita, dan saya fikir saya telah mendapat banyak pendedahan, baik dalam perniagaan serta organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sekretariat Komanwel. Jika kerajaan atau sesiapa sahaja yang difikirkan saya mungkin berguna, saya gembira untuk berbuat demikian bagi negara kita.

Tetapi tidak akan menyertai politik lagi. Sebagaimana yang mereka katakan, sekali digigit dua kali malu. Tetapi dalam kes ini sekali digigit, selama-lamanya malu. Sekali cukup la. Saya naif dan kadang-kadang sangat bodoh, tetapi saya percaya saya melakukan perkara yang betul. -16/5/2012 TERJEMAHAN BEBAS HELME HANAFI


Sumber: AGENDADAILY


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Friday, March 30, 2012

Nallakaruppan Tekad Berdepan @AnwarIbrahim Di Mahkamah




Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.

Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.


BeruangBiru







UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Dah Surrender ke CM Lim GE?



Lim Guan Eng sudah menyatakan kerisauannya yang P.Pinang mungkin tidak mampu dipertahankan oleh DAP dalam pilihanraya umum akan datang. KM yg dipaliti dengan pelbagai skandal salahguna dan rasuah itu, menyatakan hal ini kepada akhbar harian cina, Nanyang Siang Pau yang kemudian menyiarkannya sebagai berita utama di akhbar mereka baru-baru ini. Beberapa hari lepas pula, Lim Guan Eng dipetik akhbar sama, menyatakan bahawa isterinya, Betty Chew yg kini juga ADUN Kota Laksamana, Melaka tidak akan mempertahankan kerusi tersebut, malah tidak akan bertanding pun dalam PRU akan datang. Apa sudah jadi LGE?? Mau surrender awal ka?? He he he

Semua ini menunjukkan ketidakyakinan Guan Eng mempertahankan kerusi DAP sedia ada dalam PRU akan datang, disamping baru ‘tersedar’ bahawa tindakan mencalonkan isteri sendiri itu adalah tindakan berbentuk nepotisme. Ini ada kaitan dengan pelbagai berita penyalahgunaan kuasa DAP di P.Pinang yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Paling mencuri tumpuan, sudah tentulah skandal Bayan Mutiara bernilai berbilion ringgit yg sedang menunggu jawapan dari Guan Eng. Itu belum lagi disebutkan tentang projek tempat letak kereta di Bukit Bendara bernilai RM 5 juta yang gagal disiapkan mengikut spesifikasi sepatutnya oleh anak syarikat kerajaan negeri, PDC Properties yg bertindak sebagai pemaju sehingga dicadangkan untuk diruntuh dan dibina yg baru oleh Guan Eng.

Begitu juga halnya dengan pembohongan DAP selama ini dalam isu tanah Tan Hak Ju yg menjadi isu terbesar DAP untuk menyerang pentadbiran terdahulu dengan tuduhan rasuah tetapi dibuktikan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan yg menolak keputusan oleh.......ikuti cerita selanjutnya di GOSSIP RAKYAT





















UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

Thursday, March 22, 2012

Penggabungan PKR-DAP: Apa Kata PAS?


Berikut adalah laporan akhbar the Star hari ini di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat).

Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi.

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.”

Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”.
Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini. Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR.

Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa.
Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera.

Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka.

Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan.

Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya.

Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya.

Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini.

PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai.

Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia.

Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator.

Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3.

Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.

Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN