Kehadiran Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012) mudah untuk di fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal.
Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.
Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam.
Antara isi kandungan buku itu ialah;-
1. Salman menulis, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.- AIDC Blog -
Boikot ITC 2012
Tatkala Anwar Ibrahim selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie, lain pula halnya dengan bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan yang mengambil langkah berbeza.
Imran Khan yang juga pemimpin pembangkang Pakistan tegas & tekad memboikot acara tersebut sebagai tanda bantahan langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012.
Pendirian itu bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila menggambarkan Imran Khan sebagai tindakan ahli politik yang bakal menjadi pemimpin diktator.
New Delhi, March 17: Writer Salman Rushdie, the author of the controversial "The Satanic Verses", Saturday evening hit out at Pakistan politician Imran Khan describing him as a "dictator in waiting" at the India Today 2012 conclave in the capital.- Salman Rushdie, Author of The Stanic Verses -
Namun demikian dalam satu undian internet di tribune.com.pk, reaksi positif umum menyebelahi Imran apabila lebih 70% menyokong ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang turut membabitkan Salman Rushdie.
Pandangan ramai yang menyokong Imran Khan itu menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat Islam, tidak pernah mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah dilemparkan oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah s.a.w dalam buku karangannya The Satanic Verses.
Najeeb Kashgari Hina Rasulullah S.A.W
Pada pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah s.a.w.
Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah s.a.w melalui beberapa penyataan yang jelas menghina & merendahkan martabat Baginda.
On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.- Najeeb Kashgari -
Tindakan penghantaran pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang kecaman pembangkang khususnya dari PKR apabila melabelkan langkah tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia & melanggar undang-undang.
“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia”.- N Surendran, Naib Presiden PKR -
“Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas”.- Fadiah Nadwa Fikri, Aktivis PKR & Lawyer for Liberty -
Serasi Bersama
Dalam isu Najeeb A Kashagari & Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w.
Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR seakan memandang sepi penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.
Anwar tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang berorientasikan pemikiran liberal & terbuka, manakala pemimpin PKR yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah s.a.w.
Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar & pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati masing-masing.
Corak pemikiran mereka bebas & liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama.
No comments:
Post a Comment