Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, March 1, 2012

Isu Erykah Badu: Artis Malaysia Tak Peka Atau Sebenarnya Mereka Pekak?

SP nak kongsi satu lagi artikel yang menarik berkenaan isu pembatalan Konsert Erykah badu di Malaysia. Artikel yang SP petik dari laman blog hiburan tersohor Malaysia OH! BULAN dan SP rasa kita semua perlu tahu.

Semalam, kecoh industri hiburan apabila DSU Dr. Rais Yatim telah mengeluarkan kenyataan bertulis di laman Twitter-nya mengenai pembatalan konsert Erykah Badu yang dijadualkan berlangsung pada hari ini, 29 Februari 2012. Ouh, ingin diingatkan bukan semalam saja, masih kecoh sehingga hari ini.

Kesan dari kenyataan DSU Dr. Rais Yatim, ramai selebriti-selebriti tempatan melatah dan mempersoalkan kenapa konsert tersebut dibatalkan. Tidak cukup disitu, mereka turut mempersoalkan kenapa DSU Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia). Ini bererti mereka mempersoalkan kewibawaan seorang Menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun dalam arena politik.

Untuk menjelaskan lagi keadaan, ini kenyataan pertama DSU di laman Twitter miliknya. Beliau memberitahu bahawa konsert Erykah Badu telah melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia. Anda jangan terlupa bahawa negara kita masih mempunyai majoriti penduduk Islam, dan inilah perkara yang harus dititikberatkan. Bukan kerana 5-6 orang selebriti melatah, konsert ini harus diteruskan.


Antara kenyataan DSU dalam tabloid tempatan yang kami rasa selebriti-selebriti di Malaysia wajib baca, bukan harus dibaca, ialah,

“Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan,” katanya.

OHBULAN! tertarik dengan kenyataan dari laman Twitter milik Daphne Iking, yang tegar membantah keputusan DSU.

Menyentuh isu sensitiviti, kenapa apabila ada orang yang melukis gambar Nabi Muhammad kita menindas sekerasnya tapi apabila ada orang yang melukis grafik “Allah” di badan, ramai pula mempersoalkan? Kenyataan Daphne benar-benar mengecewakan kami kerana hanya disebabkan Erykah Badu seorang yang “soft spoken” dan peramah, ini tidak bermaksud kita boleh menghalalkan perbuatan Erykah Badu yang sebelum ini melakar nama Allah di atas badannya.

Lagi kecewa dengan kenyataan Adibah Noor, seorang selebriti yang kami sangat hormati kerana ketegasan dan berpengetahuan, tetapi tidak sensitif dalam isu ini serta mempersoalkan tindakan DSU yang kami anggap relevan.

Adakah kerana Adibah Noor antara salah seorang selebriti yang telah lama bergiat dalam industri hiburan maka kita patut menyokong kenyataannya? Bagi OHBULAN!, tidak untuk Adibah, sekali lagi ya untuk DSU. Bagi OHBULAN!, ini bukan soal mudah tertipu atau pun apa saja yang dikaitkan dengan pengaruh barat, tapi kenyataan DSU terang-terang menyatakan bahawa “konsert Erykah Badu telah melanggar Garis Panduan Puspal yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”. Jadi, sila fikirkan semula.

Untuk pengetahuan, di Malaysia ada berjuta penduduk dan berjuta penganut Islam, sensitiviti haruslah dijaga sesama kita. Bukan sesuka hati mahu dilepaskan ikut suka hati. Mungkin persekitaran kita ramai yang berfikiran terbuka dan boleh memandang isu grafik kalimah “Allah” pada suatu sudut yang lain, namun sekali lagi ingatlah, bukan anda saja penganut agama Islam, ada berjuta lagi di Malaysia ini. Kepada selebriti yang fikir mereka sangat “open-minded” dan sangat intelek, sila buka lagi minda anda seluas mungkin agar anda memahami audiens di seluruh Malaysia. Ingat, jangan jadi katak dibawah tempurung.

Sebagai seorang menteri yang telah berkhidmat lebih dari 35 tahun, kenyataannya haruslah diambil berat dan janganlah kita mempersoalkannya. Untuk penjelasan lebih lanjut, sila baca ‘screenshot’ dari laman Twitter milik DSU Dr. Rais Yatim ini.


Sumber : OH! BULAN!



SP: Sebenarnya mereka bukan tak peka tapi masih menganggap ini perkara kecil yang diperbesar-besarkan. Yang lebih menyedihkan ada yang menganggap perbuatan artis barat tersebut tidak salah jika dibandingkan dengan perbuatan-perbuatan lain yang lebih menjengkelkan. Mungkin kalau nama ibu/bapa mereka dipersendakan pun mereka akan anggap itu semua "COOL".

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN