Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, March 12, 2012

Dah Boleh Bubar???

Dikala Pilihanraya ke 13 semakin hampir, banyak permasalahan yang sudah diselesaikan oleh kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak.

Isu SBPA dan NFC diantara isu besar yang akan digunakan untuk menghasut rakyat untuk menolak Barisan Nasional.

SBPA sudah dibatalkan dan imbuhan kepada kakitangan kerajaan telah ditunaikan, sememangnya jalan peneyelesaian sudah lama ditunggu-tunggu oleh penjawat awam selama ini.

Alhamdulillah, diatas kebijaksanaan Perdana Menteri kita, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan diterima oleh rakyat keseluruhanya.

Isu NFC pula sudah selesai apabila Dato Seri Sharizat Jalil menyatakan tidak akan menyambung tempoh Senatornya apabila tamat pada bulan April dan secara jelas tidak akan menjadi Menteri didalam Kabinet Dato Seri Najib Razak.

Pandangan saya terhadap isu Kak Jat,


"kita kene beri semangat kepada kak jat untuk terus memimpin Wanita berhadapan dengan Pembangkang semasa Pilihanraya akan datang, tidak perlu kita menghentam kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada UMNO, elok kita guna peluru kita untuk dihalakan kepada pembangkang, lihat macam isu Badrolamin, tidak ada pemimpin pembangkang membela beliau dan tidak ada juga pemimpin pembangkang mengherdik beliau, kita pula sampai terlupa nak hentam dia dan isu ini senyap seperti tidak ada apa-apa berlaku...."


Kerajaan hari ini sudah bersih dari isu negatif dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan pertandingan Pilihanraya ke 13.

Pembangkang hari ini sudah tidak lagi relevan kerana Kerajaan BN sudah berubah dan bertindak lebih baik dibandingkan sebelum ini.

Dibawah kepimpinan Najib, segala perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan betul-betul mendahulukan rakyat seperti slogan rakyat didahulukan.



Cerita selanjutnya di SUARA RAZLAN'S

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN