Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, March 13, 2012

Adik Dirang Mangsa Kerakusan Orang Dewasa


JOHOR BAHARU – Hanya esakan dan tangisan kedengaran di rumah kanak-kanak malang Nurul Nadhirah Abdullah atau Dirang sebaik sahaja polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini 8 Mac lalu adalah kanak-kanak itu.

Tiada kata yang mampu diucapkan oleh anggota keluarga mahupun jiran untuk menenangkan ibu Dirang, Roselyn Alan, 25 yang terkejut dan menangis tidak berhenti sejak menerima maklumat berhubung perkara itu.

Roselyn juga pengsan seketika selepas menangis lebih sejam sebaik dihubungi oleh pihak polis melalui telefon kira-kira 6.40 petang tadi bagi mengesahkan perkara itu setelah menerima hasil ujian DNA daripada Jabatan Kimia hari ini.


Tinjauan Bernama di rumah mangsa di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam dekat sini mendapati, suasana hiba menyelubungi rumah mereka yang dipenuhi oleh kaum keluarga, jiran dan wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang kes itu.

Esakan dan tangisan Roselyn yang berada dalam sebuah daripada bilik di rumah itu jelas kedengaran di ruang tamu menyebabkan mereka yang berkunjung di rumah itu tidak dapat menahan daripada turut menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa mangsa.

Roselyn dan suaminya Lima Medeng, 25, juga enggan ditemu bual pemberita kerana terlalu sedih dan terkejut dengan perkembangan terbaru itu.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu, Milnah Jul, 56, berkata, ketika anaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk memaklumkan tentang perkara itu, beliau berada di bawah flat itu.

“Saya berada di bawah flat ketika Roselyn menelefon saya memaklumkan menerima panggilan daripada polis memberitahu mayat rentung yang ditemui sebelum ini adalah Dirang.

“Kami sekeluarga amat terkejut dan tidak menyangka sebab sebelum ini polis memaklumkan mayat itu adalah rangka orang dewasa,” katanya.

Milnah kemudian dilihat tidak dapat menahan air mata serta tidak dapat berkata-kata akibat terlalu sebak dan terus masuk ke bilik sambil menangis.

Seorang jiran keluarga itu, Noridah Juliri, 44 berkata penduduk di kawasan itu terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

“Sehingga petang tadi kami masih meneruskan usaha mencari mangsa yang saya anggap sebagai cucu saya sendiri.

“Saya sendiri terguris dan tak senang hati sejak mangsa hilang. Saya masuk kelapa sawit bantu cari…sebagai jiran saya rasa sakit, tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika ini,” katanya yang mendapat tahu tentang perkara itu lewat petang tadi dan terus datang ke rumah Roselyn yang telah dianggap sebagai keluarga.

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.- BERNAMA


Sumber : MYNEWSHUB


SP: Takziah buat keluarga Adik Nurul Nadhirah@Dirang. Rasanya semua pihak tahu punca kehilangan adik Dirang adalah akibat kelalain si ibu mengadap facebook. Janganlah kita mengecam apa yang telah berlaku namun kita ambil sebagai iktibar dan peringatan kepada kita semua agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN