Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Sunday, July 22, 2012

@RempitUnited Edar Bubur Lambuk Bersama2 @ADPadiPutra di Kg Baru #rempitunited @umbkl

Adi Putra & Sari Yanti turut bersama memeriahkan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United

KUALA LUMPUR - Setelah tampil bersama Unit Media Baru Pemuda UMNO (UMB) dalam sessi 'Lepak Santai Rempit United' di NZ Garden KLCC tempoh hari, kumpulan Rempit United ni turut tidak melepaskan peluang melakukan kerja-kerja amal sepanjang bulan Ramadhan ini.
Pertubuhan Penunggang Motorsikal Bersatu Malaysia atau Rempit United (RU) yang dianggotai oleh golongan anak-anak muda yang gila bermotorsikal ini diketuai oleh jaguh permotoran negara Wazi Abdul Hamid.
Wazi Abdul Hamid - Presiden Rempit United
Rempit United yang ditubuhkan bertujuan untuk memastikan golongan anak muda yang gila bermotorsikal atau 'mat rempit' tidak dihukum sewenang-wenangnya dan dipandang serong oleh masyarakat kita.

Selain itu Rempit United turut menyediakan platform yang baru kepada golongan 'mat rempit' untuk mempamerkan bakat serta kebolehan mereka dalam bidang permotoran melalui cara yang betul.





Melalui penganjuran program kebajikan sebegini, sedikit sebanyak dilihat dapat memperbetulkan kembali tanggapan negatif masyarakat serta membuktikan bahawa golongan anak muda yang dilabel sebagai'mat rempit' atau samseng jalanan ini juga mampu melakukan kerja-kerja amal kebajikan jika mereka diberikan peluang.


Selain Wazi Abdul Hamid dua artis popular tanahair iaitu Adi Putra dan pelakon genit Sari Yanti akan turut bersama memeriahkan lagi pengagihan 'Bubur Lambuk Percuma' Rempit United 23 Julai ini.


Kepada warga kota jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan bubur lambuk percuma dari Rempit United serta beramah-mesra bersama dua selebriti popular ini pada 23 Julai 2012 (Isnin) di Jalan Raja Abdullah berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 3.00 petang.







Sumber: PJOnline
UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN