Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, July 4, 2012

I-TR1M vs Tuisyen Rakyat

PELANCARAN I-TR1M (Interakrif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia) yang dilakukan oleh Perdana Menteri di Seri Perdana pada 28 Jun yang lepas, dijangka memanfaatkan lebih 10,000 orang calon SPM, PMR dan UPSR dari kalangan keluarga berpendapatan rendah di negeri tersebut.

Ia adalah program mulia, tidak berunsurkan politik yang dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi membantu pelajar yang berasal dari golongan susah di Selangor.

Tapi semulia-mulia program ini pun, ia tidak terlepas dari menjadi isu politik oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, yang juga melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk calon SPM di negeri tersebut sejak tahun 2009.

Inilah yang disebut Exco Pendidikan Selangor, YB Dr. Halimah Ali yang menyifatkan 1-TR1M sebagai meniru program PTRS.

Halimah dipetik sebagai berkata "Dia suka ikut-ikut, tapi kami okay bila kita jadi contoh dan jadi model ikutan. Dia nak pakai tak apalah. Kita seronok, sebab selain manfaat daripada Tuisyen Rakyat(program kerajaan negeri) rakyat Selangor juga akan dapat manfaat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).Kami gembira,"

Penulis tidak menafikan I-TR1M dan PTRS ada persamaan kerana kedua-duanya tentang Tuisyen juga. Begitu juga bila Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak sebaik menawan kerajaan Persekutuan, itupun ditiru dari idea BN yang dimulakan Tun Dr. Mahathir semasa mula menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Tapi yang itu dia tidak mahu sebut ditiru dari kerajaan BN, yang ada sedikit persamaan ini pulak yang heboh nak dikatakan sebagai program yang dia cipta dan kita meniru dia.

Malah kalau nak disebutkan disini juga, apa pun janji bulan bintang dibuat Pakatan Rakyat untuk mengumpan pengundi sekarang ini, adalah ditambah baik dari skim sama yang telah diberikan kerajaan BN. Contohnya, kita bagi subsidi, dia bagi percuma, kita bagi subsidi sekian banyak, dia bagi subsidi lebih banyak lagi, tapi itu juga bendanya.

Balik pada I-TR1M.

Walaupun sama dari segi nama dan matlamat perlaksanaan, tapi program I-TR1M adalah jauh lebih komprehensif dan lengkap dibandingkan dengan PTRS. PTRS hanya menawarkan Tuisyen percuma untuk pelajar SPM sahaja. Disamping itu program ini terhad kepada 100 orang pelajar bagi setiap kawasan DUN, dan hanya terbuka untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan memiliki tahap pencapaian akademik sederhana.

Yang pelajarannya merosot dan pandai, tidak layak untuk mengikuti kelas tersebut. Pendek kata tidak menyeluruh.

Maka itulah tidak hairan kenapa sejak 2009 tidak sampai 10,000 orang pelajar yang telah menyertai program ini. Angka-angka ini penulis kutip dari laman web rasmi kerajaan Selangor (Selangorkini) tanpa sebarang analisa lanjut untuk memastikan kebenaran angka-angka tersebut. Percayalah, kalau analisa yang benar-benar telus dibuat, harus jumlahnya jauh lebih kurang dari itu.

Sedangkan I-TR1M seperti yang disebutkan di atas, terbuka untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki 3 peperiksaan utama, selain perlu datang dari keluarga berpendapatan rendah. Ia juga tidak terhad kepada pelajar yang berada di tahap sederhana sahaja seperti yang digariskan dibawah PTRS.

Selain itu, proses saringan dan pembelajaran dibuat di sekolah dimana maklumat yang lebih tepat mengenai kelayakan pelajar dapat diberikan. Tenaga pengajar juga disahkan layak oleh Kementerian Pelajaran sendiri untuk mengajar semua matapelajaran yang telah diperuntukkan di bawah program ini.

Semua ini meletakkan I-TR1M berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Yang pasti, ia adalah 300% lebih baik dari PTRS yang hanya menawarkan kelas tambahan untuk pelajar SPM sahaja. Disamping itu, guru-guru yang terlibat di dalam I-TR1M adalah guru-guru yang berkelayakan dibanding dengan PTRS yang tidak dapat dipastikan sejauh mana kebolehannya untuk mengajar.

Bagaimanapun penulis tetap menyokong apa juga program yang baik untuk rakyat, PTRS tidak terkecuali. Cuma, jangan dipolitikkan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Kalau benar-benar baik itu tidak mengapalah, ini setelah dibandingkan pun masih banyak kekurangan jika nak dibandingan dengan program yang dilaksanakan kerajaan pusat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN