Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Saturday, July 14, 2012

16 AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEMPENA PELANCARAN #1M4U @umbkl @1m4youth


PUTRAJAYA, 10 JULAI 2012 – Sebanyak 16 aktiviti kemasyarakatan akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sempena Pelancaran 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini bertempat di Esplanade KLCC.

Aktiviti yang membabitkan kira-kira 500 peserta termasuk sukarelawan dari pelbagai Kementerian, Agensi serta pertubuhan sukarela di samping penyertaan dari penduduk setempat seperti aktiviti gotong royong perdana, menderma darah, pemeriksaan kesihatan, membersihkan sungai, menanam pokok, membina jambatan, bersama anak-anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga usia emas, kitar semula dan [program amal di perkampungan Orang Asli di daerah Gombak.

Menurut sumber, sebanyak 16 lokasi terpilih untuk diadakan program-program ini dengan menjangkakan kira-kira 500 peserta bagi setiap lokasi termasuk penyertaan dari pendududk setempat.

Beberapa kementerian seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat ( KPWM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta disokong beberapa syarikat swasta untuk melaksanakan aktiviti masing-masing nengikut kecenderungan dan plihan mereka.

Selain itu, aktiviti ini adalah sebahagian dari usaha menyemarakkan gelombang kesukarelawanan di negara ini yang dikatakan kurang aktif sejak akhir-akhir. Melalui cara ini, setiap invidu dapat mengambi bahagian disamping memantapkan perpaduan.

Orang ramai juga dipelawa untuk menderma darah yang disediakan di Explande KLCC bermula dari pagi 15 Julai untuk mengisi keperluan di Pusat Darah Negara.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN