Tidak
berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan
ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang
lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.
Bagaimanapun
beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah
apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS
dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.
Sikap
PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup
menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan
rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend
tersebut.
Di
Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup
bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa
matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.
Jika
dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS
dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai
tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang
berselindung disebalik majlis 'solat hajat perdana'.
Tambahan
pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang
dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian
liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.
Pandangan
Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja
dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan
pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa
duniawi.
Malah,
apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja
dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini
sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini
hanyalah umpama kain buruk sahaja.
PAS
lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan
teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan
DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.
Tika
PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin
berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula
mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan
dalam parti dan kerajaan.
Bagi
PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan
sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu
meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga
untuk memancing undi muda mudi.
No comments:
Post a Comment