Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, July 11, 2012

60 Dalil Kenapa DAP Patut Ditolak Bah 2 @umbkl @mediaumno #bn4wp


21) Ngeh Koo Ham gembira apabila Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO pada 22 Jun 2009. Dari sini jelas DAP begitu takut jika bangsa Melayu itu bersatu. Kerana bila mana bangsa Melayu bersatu, angan-angan DAP untuk memerintah negara kita akan berkubur!

22) Pada 22 Ogos 2010 Kit Siang menulis dalam laman blognya, HUDUD DAN NEGARA ISLAM BUKANLAH POLISI DALAM PAKATAN RAKYAT. Kit Siang menyatakan tiada kata sepakat dalam Pakatan Pembangkang untuk laksanakan Hudud jika mereka berjaya memerintah Islam.Jadi Hukum Hudud yang dicanangkan oleh PAS hanyalah sekadar slogan untuk meraih undi Islam.Kerana PAS sendiri tidak berani menyangkal Kit Siang berhubung isu ini.

23) Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) secara terbuka menolak perlaksanaan pemerintahan Islam di setiap negeri yang dimenangi mereka dan disiarkan di muka surat 16 akhbar The Star bertarikh 16 June 2008 - Jelas DAP anti pemerintahan Islam. Konon mencontohi Khalifah Umar hanyalah retorik DAP untuk meraih simpati masyarakat Islam sahaja.

24) Pada 25 November 1999 Lim Guan Eng pada ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP berjanji akan MENGHAPUSKAN HAK-HAK ORANG MELAYU. dengan mengeluarkan kenyataan " Kami masih berpegang dengan pendirian , menolak kerajaan Islam kerana gagasan Malaysian Malaysia tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada mana-mana kaum, sebaliknya semua pihak akan mendapat taraf sama rata yang lebih adil".

25) Pada 14 Mac Lim Guan Eng bila sahaja masuk ke Pejabat Ketua Menteri di KOMTAR, beliau terus memansuhkan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. Di sini DAP telah memansuhkan dasar untuk orang Melayu di Pulau Pinang sebenarnya.

26) Pada September 2009, Lim Guan Eng berceramah di hadapan pelajar Tahfiz Al-Quran di Pusat Pengajian Ustaz Sobri, Padang Menora Pulau Pinang dalam bulan Ramadhan.Kafir harbi pula bertindak mentarbiahkan pelajar Tahfiz Al-Quran.Bolehkah dipercayai orang yang tidak beriman dengan kitab Al-Quran memberi tarbiah?

27) Pada 22 Ogos 2010 (10 Ramadhan) Teo Ning Ching (DAP Serdang) telah masuk memberi Tazkirah di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Teo Ning Ching bertindak masuk ke ruang utama solat.Menurut surah At-Taubah ayat 28, bukan Islam tidak dibenarkan masuk masjid. Sudahlah tidak tutup aurat, DAP pijak pula ruang utama umat Islam bersolat?

28) Pada 3 September 2010 di kawasan Surau Tholabiah Kajang, Teo Ning Ching berkata " Saya yakin penuh dengan agama sendiri (Kristian) dan jika saya berpendapat Jesus begitu hebat, mengapa pula pegangan saya kepada Jesusboleh dikalahkan kepada ilmu sihir"?. Di sini jelas DAP memuji agama Kristian dalam kawasan Surau umat Islam. Sejak bila pula Islam amalkan sihir untuk menarik saudara baru?DAP MENUDUH ISLAM AMALKAN ILMU SIHIR?

29) Pada 10 September 2008, Teresa Kok telah hadir ke masjid Nurrusaadah, untuk berbuka puasa dengan memakai skirt, jelas DAP memang tidak pernah hormat dan faham akan adab untuk masuk ke kawasan masjid. DAP PERSENDAKAN KESUCIAN MASJID.

30) Pada 22 Ogos 2010 Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Lim Guan Eng sejak dua tahun yang lalu. Nama Lim Guan Eng menganggantikan nama Yang di Pertuan Agong dalam khutbah jumaat. Apa yang dilakukan ini jelas tidak mengikut rukun khutbah. Apakah Guan Eng tidak tahu?

31) Pada 25 Oktober 2005 Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Pusat) mengatakan dalam parlimen bahawa AZAN SUBUH MENGGANGU MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI NEGARA INI. DAP HINA AZAN!

32) Pada 18 September 2008 Teresa Kok MP DAP Seputeh menerima petisyen 189 penduduk untuk PERLAHANKAN AZAN DI MASJID. Perkara yang sama berlaku di sebuah masjid lain di Shah Alam dan Seksyen 5 Kota Damansara. Lagi sekali DAP HINA AZAN!

33) Pada 2 Januari 2009 Teresa Kok mempertahankan tindakan akhbar The Herald Gereja Katholik untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T dalam edisi Bahasa Melayu. Teresa Kok seorang penganut Kristian berjuang untuk membolehkan Kalimah Allah digunakan oleh Kristian. Tujuan mereka yang sebenar adalah untuk meng'kristian'kan anak-anak muda Melayu.

34) Tahukah anda majoriti Ahli Parlimen DAP adalah beragama Kristian berbanding Buddha. Gerakan christianity semakin jelas kelihatan apabila agenda mereka memperjuangkan isu Kalimah Allah, isu Gereja, mereka juga mengenepikan golongan beragama Buddha dalam parti mereka. DAP sebenarnya gerakan terancang missionary Kristian di Malaysia.

35) Calvary Convention Centre (CCC) itulah nama gereja terbesar di Malaysia yang sedang dibina di Bukit Jalil sekarang ini. Kompleks gereja setinggi 6 tingkat dan seluas 600,000 kaki persegi dibina dalam DUN Teresa Kok.Gereja ini dikatakan bakal menjadi gereja terbesar di Asia.Cara DAP mengembangkan ajaran Kristian.

36) Pada 1 Ogos 2010 Lim Guan Eng telah dianugerahkan gelaran Father Joseph dari Gereja St. Anne Bukit Mertajam Pulau Pinang. Anugerah ini diberikan kerana Lim Guan Eng banyak menyalurkan sumbangan kepada Gereja berkenaan.Ketua Menteri Melaka adalah Father Joseph.

37) Pada 9 September 2010 Pesta Hantu Lapar (Hungry Ghost) diadakan kira-kira 30 meter dari Masjid Kapitan Keling dan Masjid Acheh. AJK Masjid membantah konsert ini kerana ianya menganggu jemaah bersolat terawih ketika bulan Puasa.Lim Guan Eng dikatakan tidak memperdulikan bantahan AJK Masjid tersebut.Konsert diteruskan tanpa sebarang halangan.Jelas DAP tidak pernah menghormati penganut agama Islam di bulan Ramadhan.

38) Pada 5 April 2007 DAP mempertikaikan keputusan Muhammad Shafi Saravanan Abdullah (suami Subashini) untuk membawa prosiding penceraian mereka ke mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak mereka. Norman Fernandes (Naib Pengerusi DAP Johor) menyelar sistem mahkamah Syariah negara ini. Lim Kit Siang pula mempertahankan Subashini dan mahu agama yang sama rata, sama rasa di amalkan di Malaysia. Sekali lagi DAP HINA ISLAM!

39) Pada 8 June 2007 DAP menganjurkan sebuah Forum Interfaith Commision mengenai Lina Joy di Hotel Armada, Petaling Jaya. Dalam forum tersebut turut dihadiri Teresa Kok dan Tony Pua.DAP jelas menyokong Lina Joy murtad dan mahukan kebebasan agama untuk Lina Joy. Jelas DAP tidak pernah faham mengenai agama Islam.

40) Pada 17 Ogos 2007 dalam sebuah forum 'Love The Country, Defend Meng Chee" DAP membela Namawee habis-habisan walaupun pemuda ini menghina azan Subuh, menghina amalan Puasa, menghina wanita Islam bertudung dan mengecam orang Melayu.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN