Bertempat di Pearl Internation Hotel, buat jurung kalinya Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh berkesempatan untuk bermesyuarat di sebuah Hotel, sebelum-sebelum ini ianya hanya di buat di Dewan Besar UMNO Bahagian Seputeh di Taman Desa.
Lokasi ini dipilih adalah kerana kali ini Pergerakan Puteri juga turut sama dalam acara Perasmian yang disempurnakan oleh YB Dato Seri Mohamed Nazri Aziz, Ahli Majlis Kerja Tertinggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas.
Tepat Jam 2.30pm, YB Dato Seri hadir bersama rombongannya dan terus kami bawa kepada bilik menuggu, turut sama menjemput adalah Datuk Mustapa Kamal, Ketua UMNO Bahagian dan A.Rahim Aman, Timbalan Ketua.
Didalam aluan oleh Mohd Razlan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, beliau menegaskan seluruh UDA perlu merasa malu terhadap campurtangan dan nasihat YAB Dato Seri Najib berkenaan dengan Isu MEROBOHKAN BUKIT BINTANG PLAZA.
"YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pergi ke hulu ke hilir, berkerja siang malam pagi petang subuh senja(bak kata Ahmad Maslan) , perkara kecil pun mereka gagal, seharusnya UDA mempunyai semangat mempertahankan Hak Melayu, ini pun mereka tidak boleh pikirkan, tidak boleh mengambil keputusan secara kolektif didalam Lembaga Pengarah! Kalau saya jadi Pengerusi, CEO atau ahli Lembaga Pengarah, saya letak jawatan, malu saya nak menghadap YAB Perdana Menteri" - Mohd Razlan.
Itulah desakan dan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh terhadap isu kemiskinan.
"Jesteru itu, didalam pembanggunan TLDM Sungai Besi, kami mendesak agar semua UMNO Bahagian dimasukkan didalam kumpulan perancangan pelan pembanggunan, ini sahaja tanah yang tinggal di dalam Kuala Lumpur, kita perlu merancang dengan lebih teratur untuk memnentukan Melayu tidak hilang di Bandar" - Mohd Razlan.
Dalam isu Agama pula, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengusulkan agar Sekolah-sekolah Tahfiz di iktiraf dan di naik taraf sama seperti sekolah kebangsaan.
"Di dalam mesyuarat kami nanti, kami akan mengusulkan agar Sekolah Tahfiz di martabatkan dan dinaik tarafnya sama seperti Sekolah Kebangsaan, kita tidak mahu lagi melihat anak-anak yang belajar di Sekolah Tahfiz ini mati kerana tanah runtuh, kebakaran dan macam-macam lagi insiden yang tidak diingini" - Mohd Razlan
Perwakilan telah menerima usul ini tanpa bahas.
Sememangnya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh akan mempertahankan dan memperjuangkan perkara-perkara yang melibatkan Orang Melayu dan Hak Orang Melayu, terutama di Dalam Bandar.
Beberapa perkara yang pernah diusulkan dalam Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sebelum-sebelum ini.
1. Para Pelajar Melayu yang mendapat keputusan Cemerlang dalam IPTA/S yang meminjam PTPTN mesti di tukar kepada Biasiswa melalui MARA -
2. Skim Rumah Mampu Milik Untuk Golongan Muda.
3. Rumah Transit untuk Anak Muda yang baru berkahwin
Semua perkara ini juga di sentuh didalam ucapan aluan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.
YB Dato Seri Nazri banyak didalam ucapan Perasmian banyak menyentuh soal Melayu, dan orang Melayu mesti kenal apa ini Melayu dan jangan malu mengaku diri kita sebagai Orang Melayu. - Video penuh ada di Mob TV.
Sumber: Razlan
No comments:
Post a Comment