YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang
jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan
negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.
Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi
Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi
dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri
Kewangan. Ini bermakna, di usia yang
begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui
portfolio-portfolio yang dipegangnya.
Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau
berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr.
Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang
membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29
tahun.
Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi
antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di
kalangan belia melalui biasiswa dan dana.
Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi
dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah
baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki
tanah.
Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik
menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan
sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para
penternak.
Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri
Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara
ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik
di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri
Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan
terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan
Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.
Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang
membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian
Pelajaran. Di sini, beliau mengstruktur
semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti
luar negara. Antara jasa beliau di
kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini
ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji
guru-guru.
Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi
diperlukan pada tahun 1995. Beliau pun
mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang
telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih
baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.
Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi
Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.
Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April
2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja. Dalam masa hanya 3 tahun, idea
transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil
dan bukannya hanya slogan kosong.
Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi
Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor
perkhidmatan awam dan kerajaan. KPI
diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi
kerajaan.
Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan
sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan
negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian
pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan
infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan
dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah
kos sara hidup.
Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala
sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang
mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.
Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat
tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu
bangsa.
Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib
berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling
tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada
Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan
Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari
kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan
bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia
dan berbagai-bagai lagi.
Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus
selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak
berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini,
Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada
jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi
dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya. Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat
untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.
Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia
yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan
penyokong pembangkang. Tiada siapa boleh
menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari
berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.
Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral
bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa
yang dicurahkan. Dengan itu, kita
mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan
kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga
rakyat.
Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri
yang dikasihi lagi dihormati!
Beruangbiru
No comments:
Post a Comment