Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, May 21, 2012

Public Bank Tolong Jelaskan Status Johari Sulaiman


KEBELAKANGAN ini seakan sudah menjadi trend dikalangan kakitangan syarikat dan agensi tertentu yang menjadi ‘barua’ dengan menyalurkan maklumat sulit berhubung maklumat sulit akaun pelanggan mereka kepada parti pembangkang, khususnya PKR untuk kepentingan politik parti tersebut.

Sulit tidak bermaksud ada yang penyelewengan atau seumpamanya tapi lebih kepada memelihara imej dan kepentingan perniagaan pelanggan tersebut yang mungkin terjejas jika maklumat tertentu sampai ke pengetahuan pihak yang tidak sepatutnya.

Lebih tepat lagi memelihara etika dan profesional kerja ke atas maklumat sulit pelanggan, dan soal ini bukan setakat dilaksanakan di Malaysia malah di serata bank di dunia.

Sebelum ini sudah ada kes, kakitangan sebuah hotel di Putrajaya yang mendedahkan dokumen dalaman hotel yang menunjukkan anggaran perbelanjaan majlis pertunangan anak Perdana Menteri, sehingga dijadikan isu oleh PKR kononnya Perdana Menteri menggunakan wang rakyat, sedangkan sebenarnya tuduhan itu tidak benar sama sekali dan telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.

Terbaru, sebuah bank terkenal, Public Bank pula terjerat dalam modus operandi yang sama apabila seorang keraninya (kini bekas kerani), Johari Sulaiman diperalatkan PKR untuk mendedahkan butiran akaun syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sedangkan hakikatnya perbuatan itu adalah menyalahi etika perbankkan disamping Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).

Siapa Johari Sulaiman, latar belakang dan peranannya dalam mendedahkan maklumat sulit akaun pelanggan (dalam hal ini NFC), masih menjadi tanda tanya banyak pihak. Kalau tidak kena dengan gaya, akan ada lebih ramai pelanggan yang menutup akaun di Public Bank, jika Public Bank tidak tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Benarlah kita ada sedikit maklumat mengenai Johari Sulaiman yang didedahkan Rafizi dalam sidang medianya Jumaat lepas, tapi kita tahu semua itu hanya untuk tujuan gimik politik dan tidak boleh dipakai. Yang penting ialah untuk Public Bank sendiri tampil membuat kenyataan rasmi mengenai Johari Sulaiman, lebih-lebih lagi setelah Johari menuduh dia ditekan pihak bank dan Bank Negara sehingga membawa kepada perletakkan jawatannya berhubung dengan isu ini.

Disamping itu Public Bank perlu mendedahkan penemuan dalam siasatan dalaman (Domestic Inquiry) yang dikatakan telah dijalankan ke atas Johari Sulaiman sebelum perletakkan jawatannya.

Penulis tidak yakin Johari Sulaiman berseorangan dalam hal ini. Pihak bank sudah tentu menghadkan akses kepada maklumat pelanggan untuk setiap kakitangannya. Seorang kerani biasa seperti Johari Sulaiman tidak mungkin mempunyai akses kepada segala-galanya, penulis yakin dia dibantu dan semua inilah yang perlu dijelaskan oleh Public Bank.

Para pendeposit Public Bank, terutamanya dari sektor korporat perlu tahu hal ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu maklumat perbankan syarikat mereka, menjadi bahan untuk ‘dijual’ oleh kakitangan bank tersebut kepada siapa yang berminat. Hari ini kepada PKR, besok-besok mungkin kepada saingan perniagaan yang lain pula, asal kena dengan harganya.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah juga perlu masuk campur dan meneliti kelainan (anamoli) dalam urusan kewangan Johari Sulaiman. Dari air mukanya, penulis tidak nampak dimana letaknya ‘kejujuran’ Johari Sulaiman – jika benar dia melanggar etika kerjanya sendiri untuk kepentingan umum (kononnya). Yang penulis lihat, ada agenda tersembunyi dan habuan tertentu yang menyebabkan Johari Sulaiman sanggup mempertaruhkan segala-galanya untuk menjadi barua kepada PKR dengan menyampaikan semua maklumat sulit tersebut.

Habuan inilah yang perlu disiasat oleh SPRM, Bank Negara dan sesiapa juga yang terbabit.

Malah penulis suka melihat Public Bank menyaman Johari Sulaiman dan PKR kerana mendedahkan dan menggunakan maklumat sulit pelanggan bank tersebut untuk kepentingan politik sempit mereka. Biar ini menjadi pengajaran kepada mana-mana kakitangan bank di luar sana yang bercita-cita untuk mengikuti jejak langkah Johari Sulaiman.


BeruangBiru




SP: Mungkin Johari Sulaiman ni letak jawatan bukan atas desakan dan tekanan daipada Public Bank dan Bank Negara tapi mungkin kerana"HABUAN" yang diterima itu lumayan dan lebih daripada nilai sebulan gajinya di situ.



UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN