Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, December 11, 2012

Misi Road To Gaza : Doakan Keselamatan Sukarelawan Di sana @umbkl

Seluruh Keluarga besar UMNO Bahagian Segambut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Tuan Hj Kamarudin Hj Hassan @ Dino yang menjadi sukarelawan bersama Kelab Putera 1Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan Road To Gaza. Hj Kamarudin, SUK Badan Perhubungan UMNO WP yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Segambut telah berlepas ke Gaza pada 7 Disember 2012 bersama-sama rombongan Kelab Putera 1Malaysia yang turut disertai oleh Datuk Azeez Rahim.


Doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar sakit puan dan doktor perubatan turut dibawa bersama-sama rombongan Road To Gaza bagi membantu mangsa-mangsa akibat serangan tentera Israel di Gaza.




Pesanan SP kepada puak-puak PR terutamanya Abby Abadi jangan memperlekehkan usaha murni yang orang lain lakukan. Sekiranya anda tidak mampu untuk bersama-sama tidak salah andainya menyokong kerana apa yang dilakukan adalah perkara yang baik dan bukannya perkara yang dilarang agama. Tak payah sibuk nak jatuhkan hukum samada apa yang mereka lakukan itu diterima Allah atau tidak hanya kerana sukarelawan yang pergi ini adalah ahli UMNO kerana ahli Pas sekalipun tidak ada jaminan akan terus masuk syurga.







SP: SP doakan semoga kesemua sukarelawan Malaysia di Gaza sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN