Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, December 11, 2012

Jalan Penyelesaian Bagi Yang Muflis/Bankrap @umbkl


Berita baik kepada anda yang bankrap atau muflis!!!

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggunakan media sosial untuk mendapat respons masyarakat mengenai isu muflis menerusi platform Muflis Peluang Kedua yang akan dilancar minggu depan.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, melalui ruang yang disediakan menerusi blog, Facebook dan Twitter itu, orang ramai boleh menyalurkan idea dan pandangan mengenai kajian semula Akta Bankrap 1967.

"Selain itu, satu forum mengenai isu muflis juga akan diadakan pada Januari ini,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Insolvensi, Rohana Abd. Malek di sini semalam.

Menurutnya, langkah itu diambil memandangkan ramai golongan muda yang muflis enggan tampil bagi mencari penyelesaian dan akhirnya menyusahkan diri sendiri.


 

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN