Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Sunday, December 16, 2012

Kebebasan Beragama Mazhab Nurul #TolakPR #1Malaysia #TolakFitnah @umbkl



Tindakan terdesak YB Nurul Izzah mahu menyaman Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa buah blog bolehlah dilihat sebagai satu langkah terakhir seorang yang tiada jalan keluar lagi.

Ketelanjuran beliau mengutarakan kenyataan sensitif di hadapan pengundi-pengundi yang majoritinya bukan beragama Islam dapat kita lihat sebagai satu lagi bukti betapa manisnya mulut ahli-ahli politik Pakatan dengan janji-janji dan retorik mereka.

Utusan Malaysia hanya memetik kata-kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan dalam portal pro-pembangkang Malaysiakini hanya menjadi mangsa politik kebencian yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Walaupun jelas Utusan Malaysia tidak bersalah kerana ia hanya melaporkan apa yang ditulis di dalam Malaysiakini, Nurul Izzah terus mengkaburi fikiran rakyat bahawa kononnya Utusan Malaysia telah menfitnah dan menganiaya diri beliau.

Apabila dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) untuk menjelaskan kenyataan beliau, Nurul Izzah dengan bongkak berkata “Ya saya harap Jais panggil Utusan Malaysia sekali sebab dia keluarkan kenyataan fitnah akidah tersebut.” (Seperti yang dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today).

Keras sekali perkataan fitnah, namun perkataan inilah yang sering mewarnai politik Pakatan Rakyat sejak sedekad yang lalu. Taktik menyalahkan orang lain ini telah terlalu kerap digunapakai sehingga sudah menjadi satu klise yang basi. Fitnah dan Saman sepatutnya menjadi slogan Pakatan Rakyat, bukannya Demi Rakyat.

Apa yang pasti, memang jelas beliau telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi: 

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Bukan setakat laporan dan liputan dari pelbagai blog, bukti video juga telah tersebar luas di internet. Kita boleh lihat dan dengar betapa kenyataan kontroversi beliau itu telah disambut dengan tepukan gemuruh dari hadirin yang memenuhi forum “Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lepas, seolah-olah mereka mahu orang Melayu Islam di negara ini diberikan kebebasan memilih agama mereka sendiri.



Persoalan yang bermain dalam fikiran ramai orang adalah kenapa Nurul Izzah hanya menyalahkan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, sedangkan portal Malaysiakini adalah media pertama yang melaporkan perkara tersebut? Jelas Nurul Izzah mengamalkan amalan selective prosecution.

Liputan tentang kenyataan Nurul Izzah itu juga telah disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today dan laman web 1Christians. Bukankah sepatutnya beliau juga menyaman Malaysiakini, Free Malaysia Today dan iChristians juga? Sikap jumud sebegini jelas menjadi modus operandi dalam kalangan mereka dalam Pakatan Rakyat.
Peguam dari Majlis Peguam yang bertanyakan soalan itu kepada beliau juga telah mengeluarkan kenyataan dan mengakui bahawa memang benar Nurul Izzah telah mengeluarkan kata-kata itu.


Malahan peguam tersebut merasa kecewa kerana Nurul Izzah seolah-olah tidak mengakui apa yang beliau sendiri kata selepas berita ini menjadi sensasi dan Nurul Izzah menerima kecaman hebat dari setiap sudut termasuk dalam kalangan penyokong PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sikap hipokrit dan menuding jari yang sering dibawa oleh ahli-ahli politik Pakatan ini harus segera dibendung. Mereka bermain persepsi dan sedar bahawa orang ramai amat mudah terpengaruh.

Mereka hanya perlu menafikan apa yang telah mereka buat atau kata, dan kemudiannya menyalahkan orang lain. Walaupun ada bukti-bukti video atau rakaman, mereka tetap akan menegakkan benang yang basah.

Paling menyedihkan sekali, masih ramai lagi orang yang mempercayai kata-kata mereka dan bermati-matian mempertahankan idola-idola mereka ini.

Sudah tiba masanya kita sedar terhadap permainan politik merbahaya yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Memang jelas perbezaan objektif yang dibawa oleh tiga buah parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat membawa negara ini ke arah kemakmuran.

Apa yang mereka bawa hanyalah retorik, masalah-masalah moral masing-masing serta perbalahan dalaman antara mereka sendiri. PAS yang selama ini tegas menegakkan syiar Islam sudah boleh kita lihat sebagai sebuah parti yang semakin liberal dan tunduk kepada desakan-desakan DAP dan PKR demi sebuah penyatuan yang salah.

Siapa lagi yang harus menegakkan Islam kalau bukan orang Islam sendiri? Fahaman pluralisme yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kini jelas telah merebak ke anak beliau. Adalah kita patut berdiam diri sahaja dan duduk memerhatikan bagaimana nilai-nilai Islam semakin terhakis dalam kalangan masyarakat kita?










UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN