Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Thursday, June 21, 2012

Rafizi Ramli Letak Jawatan Sebab Bosan. Acane Ni Nak Jadi YB? @umbkl @mediaumno


SHAH ALAM – Sementara PKR Selangor berhadapan isu kontroversi berkaitan dengan Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd Rafizi Ramli pula mengumumkan beliau telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Jawatan Penasihat Ekonomi Selangor disandang oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sebarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kepada Kerajaan Negeri atau (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” kata Rafizi menerusi mesej Twitternya lebih sejam lalu.

Pengarah Strategi PKR ini, yang dilihat sebagai antara pemimpin yang meningkat naik dalam politik PKR, tetapi menjawab panggilan telefon.

Rafizi dilantik sebagai Pengarah Strategi susulan pemilihan PKR dua tahun lalu.

Bagaimanapun beliau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pengikutnya menerusi Twitter.

Antara lain beliau berkata, "letak jawatan proses biasa."

"Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.

Menjawab soalan pengikutnya yang mahu tahu alasan sebenar beliau meletakkan jawatan, Rafizi berkata, "Ha, ha, ha, seoalan tweet macam kata-kata terkenal (bekas Ketua Wanita Umno dan anggota Kabinet pusat, Tan Sri)

Rafidah Aziz, "mengapa, mengapa, mengapa"."

"Jangan bimbang saya tidak menangis bercucuran macam Tun M (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya dengan merujuk kepada peristiwa ketika Perhimpunan Agung Umno sedekad yang lalu.

Rafizi yang antara lain disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) juga berkata, beliau memerlukan masa rehat dan sebab itu melepaskan jawatan itu.

"Itu sahaja," katanya lagi.

Katanya, beliau biasanya tidak akan kekal dalam satu jawatan lebih daripada dua tahun.

"Saya tidak pernah kekal lebih daripada dua tahun dalam satu-satu jawatan. Yang ini saya sudah melebih dua tahun, masa untuk bergerak ke depan. Tiada dimensi politik dalam hal ini," katanya menjawab soalan-soalan pengikutnya yang terkejut dengan keputusan ini.

Walaupun beliau tidak mengaitkan dengan perkembangan politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat, tetapi keputusan itu dilihat akan memberi kesan ke atas persepsi orang ramai terhadap PKR - Sinar Harian



SP; Dengar2 beliau salah satu calon yang akan bertanding PRU13 nanti. SP rasa baik toksah undi dia ni sebab dia nanti 2 tahun je dia buat kerja. Yelah dia gak yang cakap paling lama dia bertahan untuk satu2 jawatan hanyalah 2 tahun. So pikir2lah ye.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN