Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Wednesday, June 20, 2012

Malaysia Destinasi Pilihan Projek Lynas Kerana Lebih Ekonomik

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Malaysia dipilih untuk menjadi tapak projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) kerana ia lebih ekonomik serta mempunyai persekitaran perniagaan dan pelaburan yang kondusif.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai projek LAMP Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Lynas Corporation mempunyai beberapa pilihan bagi operasi mereka termasuk di Australia selain China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mohamed Khaled, yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata pada Januari 2004, syarikat Lynas mendapat lanjutan tempoh lesen daripada kerajaan Australia Barat untuk beroperasi di Meenar Industrial Park, Perth.

“Walau bagaimanapun, syarikat mendapati adalah tidak ekonomik untuk beroperasi di Australia kerana kos infrastruktur dan utiliti seperti air dan elektrik yang tinggi,” katanya ketika membentang usul laporan jawatankuasa itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kos utiliti air di Australia dianggar dalam lingkungan RM6 per meter padu berbanding kos di Malaysia iaitu sebanyak RM0.84 per meter padu manakala kos tenaga elektrik pula ialah RM0.23 per kilowatt jam berbanding RM0.96 per kilowatt jam di Australia.

“Bagi kos bahan kimia yang digunakan iaitu caustic soda, Projek LAMP membayar RM500 per tan berbanding RM1,500 per tan di Australia. Sehubungan itu, pengoperasian projek LAMP di Malaysia adalah lebih ekonomik berbanding di Australia,” katanya.

Mohamed Khaled berkata selain Australia dan Malaysia, Lynas juga mendapat kelulusan untuk beroperasi di China, namun disebabkan dasar kerajaan negara itu yang mengenakan syarat kuota eksport, maka ia adalah kekangan kepada pertumbuhan syarikat.

Beliau berkata keputusan Lynas Corporation untuk menempatkan operasi projek LAMP di negara ini adalah paparan keyakinan tinggi pelabur asing terhadap pelaburan di Malaysia serta kebolehsaingan Malaysia dalam pelbagai aspek terutama yang melibatkan industri berteknologi termaju.

“Oleh itu, projek LAMP harus dianggap sebagai satu cabaran untuk Malaysia memaparkan kewibawaannya sebagai sebuah negara yang mampu mengurus pelaburan yang mempunyai cabaran teknologi dan kepentingan saintifik yang bernilai tinggi.

“Kejayaan Malaysia mengurus pelaburan teknologi termaju ini akan menjadikan Malaysia lebih bersedia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju,” katanya.

Mohamed Khaled berkata bagi memastikan negara mendapat faedah yang akan meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologi Malaysia, jawatankuasa mencadangkan beberapa langkah antaranya satu peratus peruntukan daripada pendapatan kasar projek LAMP setiap tahun di khaskan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan keupayaan saintifik berkaitan teknologi nadir bumi.

Beliau berkata 50 peratus daripadanya adalah untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang akan diselia oleh sebuah jawatankuasa yang akan ditubuh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), manakala 50 peratus lagi untuk aktiviti penyelidikan pengurusan residu dan diselia oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Langkah lain ialah meningkatkan peluang penglibatan pengusaha tempatan bagi menceburi bidang industri hiliran berteknologi tinggi yang menggunakan produk nadir bumi.

Mengenai manfaat sosio-ekonomi projek LAMP terhadap pertumbuhan ekonomi negara, beliau berkata jawatankuasa merumuskan beberapa faedah ekonomi pelaburan dalam projek itu antaranya peningkatan pendapatan pertukaran mata wang asing melalui pelaburan sebanyak RM2.5 bilion.

Faedah lain ialah pemindahan teknologi dengan menyediakan latihan berjumlah RM2.7 juta setahun kepada pekerja tempatan dan penjanaan aktiviti ekonomi perkhidmatan yang dianggar sebanyak RM65.8 juta setahun.


Sumber: UMNO ONLINE


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN