Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Saturday, May 11, 2013

MP Bandar Tun Razak Dipilih Rakyat Hanya Untuk Tidur sahaja #GE13 #BN4WP


Kejadian kebakaran di Taman Ikan Emas Bandar Tun Razak mungkin boleh dijadikan iktibar walaupun kita hanyalah rakyat biasa tapi kadang-kadang kita adalah lebih diperlukan oleh rakyat daripada Wakil Rakyat di kawasan tersebut. Kejadian kebakaran ini melibatkan 14 buah rumah dan menyebabkan lebih kurang 200 orangkehilangan tempat tinggal.



Walaupun Bandar Tun Razak bukanlah dibawah pentadbiran Barisan Nasional namun ternyata dalam kejadian kebakaran tadi yang terawal turun dan menghulurkan bantuan fizikal adalah Barisan Nasional Bandar Tun Razak. Turut sama membantu adalah Calon BN Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng, Pengarah Jentera BN BTR merangkap Ketua Pemuda Bahagian BTR, Datuk Rizalman Mokhtar serta bekas MP BTR, Datuk Seri Tan Chai Ho.



Malang sekali apabila wakil rakyat yang telah dipilih dan disambung kontraknya sebagai wakil rakyat oleh rakyat di BTR, Khalid Ibrahim tidak nampak pula batang hidungnya membantu menyalurkan bantuan kepada mangsa kebakaran.


Biarpun BN tewas di BTR namun BN dan UMNO tetap menjadi JUARA RAKYAT di Bandar Tun Razak.



SP: BN dan UMNO Terus menjuarai Rakyat!!




UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN