Pembangkang akan menganjurkan 'finale' atau
kemuncak Perhimpunan 505 pada 26 Mei bagi menghasut rakyat supaya menentang
serta menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih melalui sistem
demokrasi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Hakikat BN menang walaupun kurang tujuh kerusi
parlimen lagi berbanding PRU 2008 tidak dapat diterima oleh pembangkang
khususnya Anwar Ibrahim.
Sekutu PKR, Pas dan Dap sudah pun menerima realiti
bahawa mereka gagal untuk merampas Putrajaya kali ini walaupun sungguh yakin
dan percaya ia akan berlaku.
Namun majoriti pengundi tetap bersama BN dan mahu
kesinambungan pentadbiran negara terus berada di bawah naungan BN.
Malah dalam tentangan pembangkang terhadap keputusan
pilihan raya yang diurus oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemimpin
pembangkang tidak segan silu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Pulau
Pinang serta Menteri Besar di Kelantan.
Dwi standard atau sikap hipokrasi yang dipamerkan
oleh pembangkang telah di cemuh oleh rakyat mahu wakil-wakil rakyat yang
dipilih untuk pantas memberi khidmat dan menyelesaikan berbagai rencam masalah
rakyat.
Rakyat tidak mahu ahli politik terus berpolitik
meskipun gendang PRU ke-13 sudah lama mati.
Rakyat mahu keadaan yang aman, hidup yang tenteram
serta suasana yang kondusif untuk meningkatkan kualiti sosio-ekonomi mereka.
Keadaan yang tenteram, kacau bilau dan huru hara
ditambah dengan suasana politik negara yang terumbang ambing sudah tentunya
tidak akan membolehkan rakyat mencapai aspirasi kehidupan yang lebih sempurna.
Namun inilah keadaan yang mahu diwujudkan oleh
Anwar dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang membuat bantahan jalanan
serta menimbukan keadaan politik yang tegang.
Apakah perbuatan Anwar untuk menimbulkan perbalahan
dalam masyarakat atas sebab beliau kecundang ke Putrajaya menjadi alasan
untuknya bertindak di luar batas undang-undang negara?
Pada fikiran Anwar biarlah Malaysia terbakar hangus
asalkan hatinya puas bak seperti orang yang ingin melepaskan dendam kesumat dan
rasa marah tiada kepalang.
Jika Anwar tidak dapat apa yang dicitanya biarlah
Tanah Melayu yang keramat ini turut hancur lebur sebagai balasan kerana
menghancurkan impiannya menjadi Perdana Menteri.
Sebagai agen kuasa Barat serta pelobi Yahudi yag
teguh berdiri di belakangnya, Anwar akan melakukan apa sahaja untuk menjayakan
agenda jahat pendokong dan tuanya yang menyembunyikan identiti mereka.
Tidak terfikirkah penyokong pembangkang di mana
Anwar mendapat kekuatan dan keyakinan di dalam perjuangan politiknya jika ia
tidak disertai dengan sokongan moral serta kewangan yang besar.
Bukti sudah cukup tersebar luas samada di dalam
media atau internet pembabitan Anwar dengan tokoh-tokoh besar yang berkait
rapat dengan gerakan Zionis-Yahudi.
Tidakkah kenyataannya yang secara terangan
menyokong kewujudan dan keselamatan negara haram Zionis Israel sudah cukup
untuk menyakinkan penyokong pembangkang untuk menolak individu seperti ini?
Malah sebaliknya berlaku hinggakan Anwar berjaya
menipu orang Melayu bahawa kononnya dek kerana beliau dizalimi dan ditindas
maka perjuangannya adalah untuk menuntut keadilan.
Sebenarnya perjuangan Anwar hanyalah untuk dirinya
sahaja supaya beliau dapat duduk kerusi empuk Perdana Menteri dan berkuasa ke
atas segala sesuatu di negara ini.
Penyokong pembangkang perlu tanya kepada diri
mereka sendiri apakah bentuk bantuan atau pertolongan yang telah diberikan oleh
Anwar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan keluarga?
Apakah dengan bersama-sama menyokong Anwar untuk
sentiasa berdemonstrasi dan melakukan protes jalanan mampu memberi kehidupan
yang lebih baik kepada mereka.
Jangan haraplah jika Anwar menjadi Perdana Menteri
beliau akan mengotakan janji-janjinya.
Contoh isu Kampung Buah Pala dan Kampung sudah
cukup untuk membuka mata rakyat seluas-luasnya mengenai pembohongan dan
temberang Anwar.
Apakah rakyat yang cintakan keamanan, berpegang
kuat kepada ajaran Islam serta sayangkan tanah air yang bertuah mahu benarkan
seorang individu menghancurkan sebuah negara yang begitu payah dibina dari
sekeping tabah yang gersang kepada kemakmuran yang kini melimpah ruah dinikmati
oleh semua?
Adakah rakyat akan hanya berpeluk tubuh tanpa
melakukan apa-apa dan membiarkan Anwar melakukan apa sahaja mengikut kehendak
hatinya bersama-sama penyokongnya yang turut mahu melihat negara ini mundur
disebabkan keadaan politik yang parah?
No comments:
Post a Comment