|
Gambar di atas
diambil dari buku ‘Inside Muslim Brotherhood – Youssef Nada’ ditulis oleh
Douglas Thompson. Keterangan gambar
menyatakan Youssef Nada bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin pembangkang
Malaysia itu pada tahun 1995. Pada tahun
2012, Anwar Ibrahim berunding dengan Youssef Nada tentang ‘Malaysia Spring’
yang bakal berlaku.
Youseff Nada
adalah antara pencetus Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung
dalam menggerakkan satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau melakukannya demi mewujudkan
demokrasi di negara Arab dan bagi menentang kekejaman. Dari gambar di atas, jelas bahawa hubungan
Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan keluarga dan bukan
sekadar kenalan biasa.
Jika masih ada
yang ragu-ragu atau tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia
Spring, maka inilah bukti yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung
oleh mereka yang terlibat dalam Arab Spring sendiri.
Bagi
yang enggan mencari kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa
kaitan Anwar dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan
seterusnya pihak Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika
beliau masih menuntut di universiti. Anwar dan
orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis ‘Islam’, buat kali pertama bertemu
di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau
masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam,
termasuk The King Faisal Foundation
atau The Faisal Foundation.
Kumpulan ini
telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim
Brotherhood’ (Ikhwanul Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja
oleh Arab Saudi di seluruh dunia. Pada
tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji,
aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah
melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan
kewangan dari The Faisal Foundation.
Bukan rahsia
bahawa dunia Arab itu sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang
pro-Amerika dan yang menentang Amerika. Raja
Faisal mula memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika.
Hubungan
Raja Faisal dengan Amerika telah lama terjalin dengan begitu mendalam. King Faisal Foundation merupakan universiti
kerjasama dengan University of Texas. Manakala,
Methodist International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di
Houston Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab
Saudi.
Kerjasama
ini terjalin kerana golongan aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga
DiRaja Saudi mempunyai minat yang sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif
dan tentu sekali, minyak. Hubungan kedua-dua
golongan ini membawa kepada ‘sefahaman’ dalam pandangan mengenai politik
dunia.
Sementara
itu, Youseff Nada yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas
International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia,
di mana turut terletak ibu pejabat CIA. Beliau
adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi.
Youssef
Nada adalah seorang taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang,
bermula dari hasil tenusu sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh
dunia. Sebagai tokoh korporat dan
peneraju bank termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja
Faisal, skop pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua
negara di seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan
lain-lain lagi. Beliau juga menjadi
penyumbang dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab
Spring.
Youssef
mempunyai beberapa buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau
menegaskan bahawa beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau
negaranya, Mesir.
Youssef
Nada seolah-olah tidak dapat ‘memaafkan’ Mesir kerana telah memenjarakannya
tanpa sebab ketika beliau masih di universiti.
Sebenarnya, beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada
waktu itu takut kepada bayang-bayang Ikhwanul Muslimin.
Di
dalam penjara, Youseff melihat sendiri bagaimana ‘pesalah’ didera walaupun
dalam kebanyakan kes, ‘kesalahan’ mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali
dibicarakan. Di sana juga, beliau
melihat seorang lelaki digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu
kepalanya dicelup ke dalam najis manusia.
Beliau juga melihat bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan,
kemudian dipadamkan apinya dan diheret kembali ke penjara tanpa rawatan. Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat
anggota yang tercerai dari badan seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup -
tanpa diberikan rawatan.
Youseff
sendiri ketika ditangkap sedang menderita sakit apendiks. Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan
tanpa rawatan. Satu ketika atas desakan
kenalan dan keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi ‘rawatan’ dengan
cara menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan.
Akhirnya,
setelah mendapat maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka
membayar sejumlah wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri,
maka Youseff pun mendapat rawatan sempurna.
Di
dalam penjara jugalah Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting. Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya
membina perniagaannya, orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke
dunia luar di mana beliau membina empayar perniagaannya.
Youssef
yang lahir di tanah Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia
yang muda merasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab. Rakyat tidak punya hak bersuara manakala
pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja termasuk
menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab.
Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu sehingga tidak mengenal
erti kemanusiaan.
Dari
situlah timbulnya ilham untuk melakukan perubahan. Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan
terbuka dan mesra barat yang dilihatnya sebagai ‘tidak zalim’. Beliau kemudiannya menjadi pendokong dan
pejuang demokrasi tegar.
Melalui
IIIT, Youseff berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab. IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan
‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang
menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia
Islam (world view). Untuk usaha
ini, IIIT mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana
antaranya termasuklah Anwar Ibrahim.
Maka tidak hairanlah
apabila organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di
penjara.
Seorang lagi
pengasas IIIT yang menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang
Professor diUniversiti Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan
homoseksual. Di antara pengikut Faruqi lain
yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti
Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.
Universiti
Georgetown adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits
bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang
dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.
Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah
intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai
'orientalis'. Di sinilah Anwar memasuki rangkaian
Zionis.
Untuk
pengetahuan, The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu
Kalimah Allah.
Setelah
dibebaskan dari penjara, IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga
perniagaan. Semasa Anwar dijatuhi
hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes
Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada
anak-anak Anwar. Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan
Universiti Georgetown, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa
Court di Herndon.
Kesimpulannya,
Hubungan Anwar dengan IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang
bekerjasama dengan CIA. Sama ada untuk
tujuan ‘demokrasi’ atau ‘kepentingan diri’, tidak dapat dinyatakan dengan pasti,
walaupun oleh diri mereka yang terlibat sendiri.
Apa yang
pasti, satu rangkaian yang merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara
yang kaya dengan sumber asli termasuk penyangak wang dunia dan pelobi,
perunding serta ahli politik Amerika membentuk satu kuasa yang besar dengan
dana yang tidak terhad. Dengan
menggunakan nama Islam, pihak ini dengan mudah melaga-lagakan sesama
Islam.
Dengan menggunakan
nama hak asasi dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam
itu sendiri dan melaga-lagakan pula dengan pihak lain. Semuanya atas misi yang dinamakan ‘pertukaran
rejim’ dalam usaha untuk membentuk Orde Dunia Baru atau ‘One World’.
Pendek kata,
Arab Spring bermula iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang
berdendam dengan negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan
dan kebencian yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar
oleh musuh Islam, yang ingin menguasai dunia.
Menggunakan
senjata baru iaitu teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan
rakyat diperhebatkan sehingga tidak terkawal.
Walaupun Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang ‘murni’ untuk membawa
perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab, tetapi apa yang
berlaku adalah sebaliknya.
Akibat dari
perjuangan Youssef Nada ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat
tetapi hak kebebasan bersuara masih tersekat.
Pada 9
Oktober 2011 negara tanah tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30
orang terbunuh. Pada 18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732
cedera. Pada 16 Disember 2011 pula 14
terbunuh dan 300 cedera. Dalam masa yang sama kedai-kedai, pejabat,
bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah dan rakyat kehilangan pekerjaan,
kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa depan.
Hari ini,
sesiapa sahaja yang mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan
ditangkap dan dipenjarakan.
Youseff Nada
mungkin gembira melihat ‘demokrasi’ tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini
terpaksa meminjam atau bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan
semula dan untuk memastikan rakyat dapat terus hidup. Mungkin Youseff melihat apa yang berlaku
sebagai satu kemenangan ‘rakyat’ untuk
menjatuhkan rejim diktator yang korup dan kejam.
Namun
hakikatnya, tiada siapa yang menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit.
Berbalik
kepada gambar di atas yang menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada
untuk berbincang mengenai ‘Malaysia Spring’, wajar dijadikan peringatan oleh
semua rakyat Malaysia.
Malaysia
pada hakikatnya telah pun mengamalkan demokrasi. Hak bersuara di Malaysia pula sesungguhnya
sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh dihina sesuka hati. Malah, kaum minoriti juga mempunyai kuasa untuk
menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati melalui akhbar dan sekolah
milik mereka.
Selain itu,
di Malaysia, biarpun bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa
yang akan membiarkan rakyat menderita dan meninggal dunia demi ‘sesuap’
rasuah. Ini berkait rapat dengan sikap
semulajadi kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan
zalim sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau
penjajah Jepun.
Oleh itu, tidak
salah jika dikatakan bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia
sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah SWT.
Latarbelakang
Anwar yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar
untuk mencetuskan Malaysia Spring. Tidak
seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab, Anwar dipenjara setelah dibuktikan
bersalah serta diberikan sepenuh peluang untuk membela diri. Beliau juga diwakili oleh barisan peguam
terhandal di Malaysia.
Paling teruk
rungutan yang didengar dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah
tentang bagaimana mereka ‘terpaksa makan telur rebus setiap hari’.
Sekiranya
Youseff Nada tahu bahawa Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta
dibenarkan pula mempunyai ‘tukang urut khas’ tentu beliau akan menyangka Anwar
gila kerana ingin mencetuskan Malaysia Spring.
Di dalam penjara, Anwar bukan
sahaja bebas menerima pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat
kepada rakan-rakannya di barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai
menganiayanya.
Jika
Youseff terpaksa merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula
diberi ruang untuk mendapat rawatan di luar negara.
Lebih
dari itu, Anwar juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga
hakim merekodkan secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu
pasti yang Anwar bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual.
Hakikatnya,
pembebasan Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di
kawasannya dalam PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring ‘idaman’ Anwar
adalah bersifat pentingkan diri dan berniat jahat.
Dalam
ertikata lain, perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi
hidup dan segar bugar di Malaysia. Demokrasi
hanya mati di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR dan DAP yang
memanipulasi pemilihan parti sendiri bagi memastikan anak-beranak dan kroni
pemimpin tertinggi sahaja yang dapat menerajui parti.
No comments:
Post a Comment