Ahli Parlimen
Batu Chua Tian Chang dan aktivis Haris Ibrahim ditahan kerana menghasut
hari ini dan di bawa ke balai polis Jinjang untuk disoal siasat dan
penahanan.
Difahamkan
kedua-duanya ditahan secara berasingan dalam tindakan keras polis hari
ini. Ini adalah siasatan ketiga polis mengenai hasutan semenjak pilihan
raya 5 Mei.
Yang pertama
adalah aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang didakwa di bawah
Akta Hasutan di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi ini.
“Tian Chua
ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke
Kuala Terengganu,” kata pegawai khas naib presiden PKR itu, Saharuddin
Adnan, apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut Bernard
Khoo, teman kepada Haris, aktivis itu ditahan semasa sedang makan
selepas selesai memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
“Haris ditahan
lebih kurang pukul 12.30 tengah hari di Segambut selepas pulang dari
mahkamah Jalan Duta. Dia di bawa ke balai polis Jinjang.
“Malik Imtiaz
Sarwar, peguamnya, sedang dalam perjalanan ke balai polis,” kata Khoo
yang juga merupakan penulis blog apabila dihubungi.
Pagi ini Adam
Adli didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang
mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000
atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.
Sumber: KL CHRONICLE
No comments:
Post a Comment