Dalam keadaan Malaysia yang ‘terbahagi dua’ iaitu
satu kumpulan terdiri dari kaum bumiputera dan lain-lain, manakala satu
kumpulan lagi adalah kaum Cina, amatlah sukar bagi kita untuk menyatakan satu-satu
perkara tanpa dituduh sebagai berpihak kepada mana-mana kumpulan.
Apabila kita menerangkan rasionaliti mengenai Dasar
Ekonomi Baru dan Hak Bumiputera, kaum Cina pantas menuduhnya sebagai rasis
biarpun hujah-hujah yang diberikan adalah tepat. Apabila kaum Cina berdegil ingin
mempertahankan Sekolah Vernakular, kaum bumiputera pantas menentang kerana ia
meningkatkan jurang perkauman. Biarpun
hujah tersebut benar dan tepat, kaum Cina tetap menganggap penentangan terhadap
sekolah vernakular sebagai rasis serta enggan menerimanya.
Oleh itu, tiada siapa yang dapat memberi pandangan
tanpa prejudis dan tanpa dituduh sebagai berpihak, melainkan orang luar iaitu
bukan rakyat Malaysia.
‘Orang luar’ di sini tidak termasuk dari kumpulan
yang menjadi agen kuasa besar yang ingin menguasai dunia, tetapi mestilah
‘orang luar’ yang bersikap berkecuali dengan sebenar-benarnya.
Salah seorang yang dimaksudkan ialah Dr. Amy Chua
iaitu seorang Professor Undang-undang di Universiti Yale. Beliau mengkhususkan kepada pengajian
transaksi perdagangan antarabangsa, undang-undang dan pembangunan, konflik
etnik serta globalisasi dan undang-undang.
Dr. Chua yang dilahirkan di Filipina adalah seorang
berbangsa Cina dari keturunan Hoklo yang menggunakan dialek Hokkien. Beliau dibesarkan di Amerika setelah
keluarganya berhijrah ke sana.
Selain mengajar, Dr. Chua juga ada menulis beberapa
buah buku, antaranya ialah World on Fire:
How Exporting Free Market Democracy Breeds Ethnic Hatred and Global
Instability. Buku tersebut mengupas
mengenai konflik etnik di dalam masyarakat di mana sebahagian besar ekonomi
dikuasai oleh etnik minoriti yang dominan.
Buku tersebut disenaraikan sebagai Terlaris oleh akhbar New York Times
dan Buku Terbaik 2003 oleh majalah the Economist serta Bacaan Tertinggi 2003
oleh akhbar The Guardian.
Dalam buku tersebut Dr. Chua mengkaji bagaimana
globalisasi dan demokrasi sejak 1989 memberi kesan kepada hubungan antara
kumpulan minoriti yang dominan dengan kumpulan majoriti. Dalam kajian dan analisa yang panjang lebar,
Dr. Chua telah menyimpulkan bawa Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan di
Malaysia adalah yang terbaik dan paling sesuai untuk negara ini bagi memastikan
kestabilan.
Beliau mengambil kira latar-belakang dan sejarah
atau punca masalah ketidakseimbangan ekonomi iaitu bertitik tolak dari
penjajahan. Penjajah zaman dahulu telah
mengeksploitasi ekonomi penduduk asal dan di masa yang sama memberi lebih
peluang kepada kaum pendatang. Ini
mengakibatkan penduduk asal ketinggalan dalam segala bidang sehingga tiada
pilihan selain menjadi petani dan kuli.
Dengan itu, beliau mengiktiraf Dasar Ekonomi Baru
sebagai cara terbaik untuk mendekatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum
selain membentuk perpaduan dan menghapuskan kemiskinan. Dasar ini juga terbukti membantu Malaysia
mencapai kestabilan politik serta perkembangan ekonomi yang kukuh. Kerana itu, Dasar Ekonomi Baru telah
diiktiraf dan disokong oleh Bank Dunia.
Perlu diingatkan bahawa Dr. Chua bercakap bukan
sebagai wakil kumpulan Cina, mahupun kerajaan ataupun kumpulan kaum-kaum lain
di Malaysia. Beliau bercakap sebagai
seorang ahli akademik dan memberi hujah serta pandangan berdasarkan fakta.
Beliau juga jelas tidak akan mendapat apa-apa
keuntungan dengan memihak kepada sesiapa, melainkan keuntungan dari jualan
bukunya sahaja.
Justeru, kaum Cina di negara ini yang gemar
mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru mahupun hak bumiputera wajar mengambil
pengajaran dari buku Dr. Chua ini. Ketepikan
sebentar kebencian dan keinginan untuk menunjuk lagak atau kuasa.
Untuk kesekian kalinya, belajarlah berfikir dan
mengambil pendekatan seperti seorang manusia yang waras dan matang. Terimalah kenyataan bahawa Dasar Ekonomi Baru
tidak pernah merugikan kaum Cina. Ia
hanya membantu kaum lain untuk turut bersaing dengan kaum Cina.
Dengan kedudukan kaum Cina yang sudah jauh ke
hadapan dalam ekonomi, kaum Cina tidak mungkin akan ketinggalan lagi. Jadi apalah salahnya jika sama-sama untung
asalkan bukan sama-sama rugi?
Sudah sampai masanya kaum Cina belajar berfikir
seperti manusia yang bertamadun iaitu hidup bukan semata-mata untuk mencari
keuntungan material. Apakah SJKC tidak
mengajar semua nilai-nilai ini?
Sewajarnya, kaum Cina di Malaysia menjadikan buku
Dr. Amy Chua sebagai rujukan untuk memahami senario ekonomi di Malaysia sebelum
terjerit-jerit menuntut itu dan ini.
Belajarlah bersopan dan bertoleransi seperti manusia yang berakal dan
berhati perut.
Apakah kaum Cina benar-benar sanggup memusnahkan
negara semata-mata untuk mendapat keuntungan maksima di pihak mereka?
No comments:
Post a Comment