Dalam sibuk Anwar Ibrahim membantah keputusan
pilihan raya, PM Datuk Seri Najib Razak mendapat restu dari pelbagai penjuru
dunia. Terbaru, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menyatakan tahniah dan
sokongan kepada Najib kerana berjaya meneruskan tahun pentadbirannya di
Malaysia.
Obama mengeluarkan
satu kenyataan dari White House, mengucapkan tahniah kepada PM Najib
kerana berjaya mengekalkan tampuk kepimpinan selepas PRU13. Ucapan tersebut
disampaikan menerusi Setiausaha Media White House, Washington DC.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakyat
Malaysia kerana hampir 80% jumlah pengundi telah membuang undi. Apa yang jelas
di sini, Amerika Syarikat terus memberikan sokongan dan akan mengekalkan
kerjasama dan hubungan diplomatik yang baik bersama Malaysia.
Najib nampaknya berjaya menempa nama Malaysia untuk
terus kekal dikenali ramai dengan hubungan yang dijalankan dengan negara luar.
Ini merupakan perkembangan yang positif untuk negara. Sokongan dari negara luar
merupakan salah satu cara untuk menjadikan negara terus berkembang maju.
Dengan terus mempertahankan legasi pemerintahan
Najib, Malaysia berpeluang cerah untuk mencapai wawasan yang telah dilakarkan
oleh Tun Mahathir sebelum ini. Bukan setakat Amerika Syarikat, negara lain yang
turut menjalinkan hubungan diplomatik yang melibatkan semua negara kecuali
Israel membuktikan Malaysia mendapat tempat di mata dunia.
Nampaknya Anwar sajalah yang syok sendiri nak
menjatuhkan negara. Itu semua sebab dia sendiri tidak dapat menjadikan PM
sebagai takhta pencapaian dalam hidup. Malaysia sudah sedia ada aman dan maju
di bawah pemerintahan BN, tidak ada perlunya untuk mengubah segala sistem dan
perlembagaan yang selama ini memayungi negara.
Rakyat harus sedar dan fahami setiap pengorbanan
dan perubahan yang telah BN bawakan bagi memastikan setiap rakyat dapat
mengecap nikmat kesenangan di negara sendiri. Seharusnya juga kita perlu
sentiasa bersyukur dan berterima kasih kerana dapat hidup dengan aman sejahtera
tanpa perlu memikirkan apa yang bakal kita hadapi keesokan harinya.
Janganlah digadaikan keamanan negara dengan perkara
yang masih belum pasti, sejauh mana pakatan pembangkang dapat memimpin negara
dengan baik?
Apakah track record mereka untuk kita memberikan
sepenuh kepercayaan kepada mereka untuk mentadbir negara? Jangan jadi kacang
yang lupakan kulit. Jangan sampai menyesal. Yang dikejar tidak dapat, yang
dikendong jatuh berciciran.
No comments:
Post a Comment