Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Tuesday, October 9, 2012

November Ada Berita Baik Untuk Orang Bujang @umbkl #BN4WP


Pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, bagi pemohon baru dan individu bujang boleh dibuat mulai 1 November ini.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Kewangan atau dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Pembangunan Negeri dan pejabat daerah.

Untuk rekod, Kementerian Kewangan sudah mempunyai data 4.3 juta penerima BR1M yang layak tahun lalu, manakala pengesahan bagi pendaftaran baru bermula 1 November ini dijangka dapat diselesaikan lebih cepat.

Pengagihan BR1M 1.0 terdahulu mengambil masa agak lama iaitu Januari hingga Julai kerana membabitkan proses pengesahan bagi individu yang benar-benar layak, dan tempoh pendaftaran juga terpaksa dilanjutkan.

Menurut Menteri Kewangan Kedua, DS Ahmad Husni Hanadzlah “Bagaimanapun, jika pendaftaran kali ini dilakukan pada November dan Disember, termasuk bagi individu bujang yang layak serta pemohon baru yang tidak pernah memohon atau tidak layak sebelum ini, kita tidak perlu melanjutkan tempoh pengagihan BR1M. 

“Mungkin ada yang mendaftar selepas pembayaran BR1M 2.0 dilaksanakan awal tahun depan, tapi dijangkakan tidak ramai."


Baca selanjutnya di PEMUDA UMNO PUTRAJAYA

UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN