Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Friday, April 12, 2013

P117 Segambut Bakal Ditawan BN #GE13 #BN4WP @Segambut13



Kerusi Parlimen Segambut dijangka antara kerusi panas yang menjadi rebutan di Kuala Lumpur memandangkan ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Kerusi ini akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) selepas calonnya dari DAP, Lim Lip Eng menang buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Kemenangan Lip Eng yang juga pertama kali bertanding mencuba nasib di kawasan parlimen itu sungguh mengejutkan dan mungkin dibantu oleh faktor ‘tsunami politik’ melanda ketika itu. Beliau menang dengan majoriti besar undi sebanyak 7,732 di kawasan majoriti pengundinya Cina di mana lawannya ketika itu adalah Ma Woei Chyi daripada BN. Pada PRU13 akan datang, Lip Eng dijangka diletakkan sekali lagi sebagai calon untuk mempertahankan kerusinya itu.

Lawan yang menantinya berkemungkinan adalah Pengerusi Penyelaras BN Segambut, Jayanthi Devi Balaguru daripada Gerakan.Jayanthi bukan calang-calang calon kerana beliau juga menyandang jawatan sebagai Setiausaha Agung Gerakan serta Ketua Wanita Gerakan Wilayah Persekutuan. Atas faktor itu juga kemungkinan beliau dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi BN. Walaupun pada asalnya Jayanthi adalah dari Cheras tetapi pasti ada kekuatan yang menyebabkan beliau kemungkinan dipilih sebagai calon BN di Segambut.

Tambah menarik lagi, Jayanthi dan Lip Eng merupakan peguam maka saingan antara kedua-duanya pasti sengit memandangkan mempunyai pengetahuan luas berkaitan undang-undang lebih-lebih lagi ketika mahu membantu masyarakat.

Masyarakat di Parlimen Segambut pula rata-rata terdiri daripada golongan profesional yang intelektual dan bijak menilai parti yang mana lebih banyak mengambil tahu masalah di parlimen tersebut dan bersedia menyelesaikan masalah penduduk.

Lim Lip Eng sepanjang penggal perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di Parlimen Segambut dilihat tidak membawa apa-apa perubahan di Segambut malahan kelibat beliau hanya nampak aktif turun padang bertemu masyarakat kebelakangan ini sahaja. Beliau lebih banyak dilihat terlibat dengan isu-isu nasional seperti LYNAS dan Himpunan Hijau sedangkan Barisan Nasional di bawah Jayanthi dilihat telah menyusun gerak kerja membantu masyarakat sejak empat tahun lalu bagi memastikan BN kembali menawan Segambut.

Tidak mustahil bagi Jayanthi yang dikenali sebagai “The Black Kuan Yin” untuk mengembalikan Parlimen Segambut ke tangan Barisan Nasional memandangkan sebelum ini parlimen tersebut adalah antara kubu kuat BN dan kemenangan Lim Lip Eng pada tahun 2008 adalah lebih kepada faktor bantuan “tsunami politik Malaysia” sahaja.

Walaupun, Jayanthi berbangsa India diletakkan di kawasan majoriti penduduk Cina tetapi ia tidak dilihat sebagai halangan atau kelebihan buat parti lawan. Malah beliau dilantik sebagai penasihat kepada enam tokong di parlimen tersebut menunjukkan kewibawaannya membantu masyarakat berbilang kaum dan agama. 

Apa pun, siapa sahaja yang diletakkan oleh BN untuk merebut kerusi tersebut daripada DAP pastinya akan memberikan tentangan sengit kerana DAP pula pastinya mahu meneruskan penguasaan mereka di kawasan parlimen itu  dan tidak mahu membenarkan BN kembali merebut kerusi itu.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN