Pengumuman oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun
Razak mengenai kesediaan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menaikkan insentif
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM1,200 untuk keluarga
berpendapatan bawah RM3,000 sesungguhnya paling menarik perhatian ramai.
Ia satu berita gembira di luar jangkaan yang amat
dialu-alukan, selain itu orang muda yang belum berumah tangga juga mendapat
manfaatnya apabila insentif BR1M untuk golongan bujang turut dinaikkan dari
RM250 kepada RM600, membuktikan betapa prihatinnya Kerajaan BN.
Di lihat dari respons hadirin yang berada di dalam dan
luar Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 semasa pelancaran Manifesto BN
bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" itu, ternyata rakyat agak
teruja dengan pengumuman tersebut.
Suasana sebegini jika dilihat oleh pemimpin PR tentu
sekali mengundang gundah dalam hati, sementelah lagi sejak BR1M diperkenalkan
pada 2011 diikuti dengan BR1M 2.0 pada 2012, sudah acap kali PR cuba
mempersendakan insentif tersebut.
Pemimpin PR pernah menganggap penerima bantuan BR1M
ibarat anak ayam dan lembu yang diumpankan dengan makanan, malah lebih teruk
dari itu rakyat yang mendapat manfaat BR1M disamakan seperti penagih candu.
Demikian hinanya martabat rakyat di mata pemimpin PR.
Mungkin dari aspek politik, PR merasakan penghinaan
sebegini perlu untuk mengurangkan rasa terima kasih rakyat kepada BN, tapi
hakikatnya kritikan yang tidak bertamadun sedemikian hanya mengundang amarah
khalayak kepada PR.
Insentif BR1M bernilai RM1,200 dan RM600 ini mungkin
dilihat kecil amaunnya oleh sesetengah pihak khususnya dari kalangan pemimpin
dan penyokong PR, namun bagi rakyat yang menerimanya ia adalah satu pemberian
penuh bermakna yang amat bermanfaat untuk mereka.
Sebab itu ramai hadirin yang mengikuti majlis
pelancaran Manifesto BN itu secara spontan menadah tangan tanda kesyukuran
malah ramai juga yang melonjak kegembiraan melaungkan ucapan terima kasih
kepada PM sambil menyatakan sokongan padu kepada BN.
Senario ini tidak wujud semasa pelancaran manifesto PR
pada 25 Februari 2013 yang lalu di SACC Shah Alam yang serba suram dan hambar,
kerana janji yang ditaburi lebih banyak menimbulkan keraguan dan kesangsian
ramai.
Berbeza sekali suasananya semasa pelancaran Manifesto
BN yang mendapat sambutan hangat dan dihadiri puluhan ribu ahli, penyokong BN
serta rakyat jelata yang setia hingga akhir majlis. Ini pun sudah cukup untuk
menggambarkan tahap keyakinan umum yang tinggi kepada BN berbanding PR.
Rakyat tahu kenaikan insentif BR1M seperti dinukilkan
dalam Manifesto BN itu merupakan satu akujanji yang ikhlas, realistik dan sudah
pasti akan ditunaikan kerana terbukti sedari dulu lagi Kerajaan BN sememangnya
menepati janji.
SP: BR1M bukan wang rasuah ye........
No comments:
Post a Comment