Setelah hampir 23 tahun mentadbir kerajaan negeri
Kelantan, pimpinan Pas masih lagi dilihat mengunakan Islam sebagai modal untuk
menagih simpati yang dijadikan sebagai umpan untuk terus menipu rakyat. Malah
Mursyidul Am, Nik Aziz selaku menteri besar sering mengunakan alasan
memartabatkan Islam bagi memastikan dirinya terus kekal di tampuk kuasa.
Malah slogan Kelantan merupakan “Serambi Mekah” kerana
ditadbir oleh Pas, sebenarnya adalah satu pembohongan. Sedangkan pada
hakikatnya, semakin banyak gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran,
penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin Pas
ini.
Sebagai contoh awal tahun lalu, masyarakat didedahkan dengan
laporan mengenai kewujudan sebuah kedai makan yang dijadikan sebagai pusat
karaoke berhampiran rumah Menteri Besar itu. Dengan jarak hanya 600 meter,
pusat karaoke itu turut menampilkan wanita dengan tarian 'goyang kucing garong'
atau 'tarian punggung'.
Seterusnya Majlis Perbandaran Kota Bharu yang diberi
status Bandar Raya Islam terpaksa berdepan denga kerancakan maksiat yang tumbuh
bagaikan cedawan di sekitar Kota Bahru terutama di sekitar jalan Jalan Hamzah
dan Kampung Limau Manis.
Tidak cukup dengan itu negeri Cik Siti Wan Kembang itu
juga pernah mencatatkan peningkatan yang mendadak bilangan kes rogol
membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan
ini terutamanya sejak dua minggu lalu. Lebih malang dalam kebanyakan kes,
mangsa dirogol secara bergilir-gilir.
Menurut angka yang dikeluarkan oleh Polis Negeri
Kelantan kes penyalahaan dadah turut menunjukkan peningkatan pada tahun lalu
dan menjadi penyumbang kepada peningkatan kes jenayah. Untuk tempoh Januari
hingga Ogos 2012, jumlah tangkapan dadah keseluruhan ialah 9,881 orang
berbanding tempoh sama pada tahun 2011 iaitu 7,908 orang, menunjukkan
peningkatan sebanyak 25 peratus
Bagi kes melibatkan pengedar, sebanyak 417 orang
ditahan berbanding 313 orang pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 33 peratus.
Manakala dadah paling tersohor di Kelantan ialah dari jenis pil kuda nama
saintifiknya Methamphetamine (dadah sintetik – campuran bahan kimia).
Maka tidak hairanlah statistik yang dikeluarkan
Kementerian Kesihatan pada 2011, mendapati setiap 28.8 bagi setiap 100,000
penduduk Kelantan telah dijangkiti penyakit HIV dan AIDS. Malah negeri yang
dipimpin oleh mereka yang dikatakan ulama itu turut menjadi negeri paling
tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun, sejak 2008 hingga
2009.
Oleh yang demikian, rasionalnya Pas Kelantan dilihat
GAGAL untuk membendung kegiatan tidak bermoral ini. Ia berpunca dari sikap
angkuh pimpinan PAS Kelantan sehingga menyebabkan gelaja tidak bermoral itu
semakin merosakkan rakyat.
Inilah yang dinamakan, "kuman seberang laut
nampak, gajah depan mata tak nampak". Mereka yang selama ini melemparkan
pelbagai tuduhan kepada kerajaan BN/Umno kononnya tidak Islamik dan sebagai,
terpaksa berdepan dengan musibah Allah SWT kerana sifat riak dan punca
perpecahan.
Maka sudah tiba masanya untuk BN/Umno mengambil alih
tampuk pemerintahan negeri bagi membetulkan keadaan serta membawa kemajuan
sosioekonomi khusus untuk rakyat Kelantan yang terlalu jauh ketinggalan di
belakang.
Kesimpulannya, kerajaan Pas Kelantan langsung tidak
memperdulikan rakyatnya walaupun parti itu telah menukarkan slogan mereka
kepada ‘Negara Berkebajikan’. Kalau stadium yang dijanjikan 17 TAHUN yang lalu
baru hendak dibina, bagaimanakah nasibnya dengan janji-janji yang pernah
ditaburkan? Jawapannya ‘Manifesto Bukan Janji’
Sekadar ingin bertanya, apakah jasa Pas untuk rakyat
Kelantan?
No comments:
Post a Comment