Followers

Untuk Makluman

Segala pendapat dan pandangan penulis blog adalah pandangan peribadi tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah pergi dan juga BUKAN MEWAKILI SUARA dan PANDANGAN RASMI PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEGAMBUT DAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA.

Monday, April 15, 2013

BN Akan Umumkan Calon Esok #Ge13 #AHopeForBetternation @NajibRazak




Pengerusi Barisan Nasional, YAB Dato' Seri Najib, telah menyerahkan senarai akhir calon-calon Barisan Nasional PRU13 kepada semua parti-parti komponen pagi tadi. Kesemua Pengarah Jentera PRU Negeri juga telahpun diberikan watikah yang akan diumumkan secara rasmi esok. 

Dato' Seri Najib juga mengumumkan bahawa seramai 33 % calon BN di peringkat Parlimen adalah muka baru. 49 % di peringkat DUN juga adalah di kalangan muka baru yang mampu menggalas amanah untuk kemenangan dan kejayaan BN. 

PM tidak menolak bahawa ada muka lama yang dikekalkan khusus untuk memberi pengalaman kepada barisan kabinet yang bakal ditubuhkan nanti. 

PM Najib berharap agar rakyat dapat menilai pencalonan ini secara 'menyeluruh' - pasukan ini bakal menggalas amanah untuk memenuhi perkara yang dijanjikan di dalam akujanji manifesto BN.


Sementara itu Perdana Menteri turut mengulangi gesaan kepada pemimpin-pemimpin BN yang tidak terpilih agar terus memberi sokongan bagi memastikan kemenangan besar parti.
Katanya, pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih itu bukan bermaksud mereka tidak menyumbang tetapi ia merupakan satu perubahan sebagaimana dikehendaki rakyat yang mahukan banyak muka baharu ditampilkan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan watikah dan aku janji di Menara Datuk Onn di sini hari ini.


UNDILAH BARISAN NASIONAL ### VOTE FOR BARISAN NASIONAL

No comments:

SOAL HATI: ANTARA TUNTUTAN & IDAMAN