Selepas beberapa pakar ekonomi daripada pelbagai
bidang meyakini manifesto Barisan Nasional (BN), ia turut diperakui munasabah
dan akan berjaya dilaksanakan oleh Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia
(PRIBUMI). Persatuan yang ditubuhkan sejak 1995 dan mempunyai keahlian daripada
remisier dan golongan pengedar Melayu dan Bumiputera itu yakin manifesto yang
dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mampu meningkatkan taraf
hidup rakyat serta membangunkan ekonomi Malaysia.
Persatuan ini juga sebelum ini turut menyokong
penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGVH) kerana melihat ianya
merupakan peluang keemasan Felda untuk meningkatkan pendapatan mereka sekaligus
memberikan peluang kepada peneroka untuk menjana pendapatan. Selain mereka yang
arif perihal ekonomi seperti PRIBUMI menyokong manifesto akijanji BN itu,
penganalisis ekonomi juga menganggap ianya lebih realistik berbanding manifesto
Pakatan Rakyat yang menjanjikan penurunan semua perkara, tanpa mengambil kira
secara menyeluruh penjanaan pendapatan kerajaan.
Prof Amir Hussin Baharuddin, profesor ekonomi dari
Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini turut berkata penambahan skim
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sehingga RM1,200 dalam
manifesto Barisan Nasional (BN) juga tidak akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi
negara. Malah, berkata selain membantu
mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah, pemberian BR1M akan
memberi impak positif kepada ekonomi negara.
Menurutnya pembangunan ekonomi negara akan terus
berkembang pesat menerusi perbelanjaan yang dilakukan golongan tersebut dalam
pasaran, sekali gus menyumbang semula ke dalam aliran tunai negara. Beliau
menjelaskan bahawa penerima BR1M akan membelanjakan untuk membeli keperluan isi
rumah dan proses itu mewujudkan permintaan dalam pasaran, sekaligus permintaan yang tinggi dalam pasaran akan
menjana peluang pekerjaan dan perniagaan baharu.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna
Malaysia (FOMCA) Datuk N. Marimuthu juga berkata pemberian BR1M akan
meningkatkan kuasa membeli golongan kurang berkemampuan serta dapat membantu
golongan peniaga memperoleh keuntungan yang baik. Presiden Gabungan Komputer
Nasional Malaysia Prof Dr Ahmad Zaki Abu Bakar juga menyambut baik aku janji BN
untuk menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
jelasnya yang merupakan pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) adalah
satu keperluan dan pendekatan itu akan menjadikan akses kepada internet lebih
meluas dalam kalangan rakyat termasuk di luar bandar. Ternayata pakar ekonomi
juga menyokong manifesto BN yang menyeluruh dan menyentuh aspek kehidupan dan
keperluan rakyat Malaysia.
Dibandingkan dengan manifesto pembangkang, agak sukar
dijangka apa akan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama pemerintahan mereka
sekiranya janji-janji itu dilaksanakan, sedangkan lonjakan terhadap hutang
kerajaan semakin meningkat. Situasi itu akan diburukkan lagi dengan kadar
pengangguran yang tinggi ekoran majikan tidak lagi mampu menggaji pekerja
tambahan.
Ternyata, kesan jangka panjang manifesto BN dan PR
umpama langit dengan bumi.
Tidak menghairankan mereka boleh menjanjikan bulan dan
bintang, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata PR tidak mempunyai pakar
politik yang benar-benar bijak, dan disebabkan itu manifesto mereka bodoh.
No comments:
Post a Comment