Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan
jayanya semalam. Rata-rata, Manifesto
tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.
Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa
Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma,
murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.
Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik
sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh
dipercayai. Ini terbukti apabila Pakatan
Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan
janji.
Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang
dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.
Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan
kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang
lalu.
Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas
dan mempunyai asas untuk ditunaikan.
Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir,
mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk
ditunaikan. Jika manusia biasa dipegang
kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang
ingin memerintah negara.
Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti
sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong. Malah BN dengan megah dan beraninya
menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu. Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN
tidak serius dalam berjanji.
Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak
hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan. Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh
Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi
keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.
Antara janji-janji BN ialah:
1.
Menangani Kos Sara Hidup
2.
Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3.
Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang
Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah
Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6.
Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina
Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina
Kecemerlangan Pendidikan Negara
9.
Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa
Penyertaan Wanita
11. Memenuhi
Aspirasi Belia
12. Merancang
Jaringan Keselamatan Sosial
13.
Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi
Gejala Rasuah
15.
Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan
Kesederhanaan Global
17. Memulihara
Sumber Semula Jadi
Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru,
antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan
KR1M. Namun, apa yang menarik ialah
janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana
skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.
Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi
rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik,
meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang
telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di
samping dipertingkatkan lagi.
Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto
yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu
janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana
Menteri sendiri.
Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak
melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang
bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali
ini.
Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara,
keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada
sesuatu yang pasti. Kita tidak boleh
mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak
boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana
Menteri.
Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan
pasti. Kita pasti dengan Dato’ Seri
Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai
sebuah Akujanji.
No comments:
Post a Comment