Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz
setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada
perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak
menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.
Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang
menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, “Orang yang menawarkan wang kepada orang,
sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur
hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak
panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi
kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam
datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang,
beri RM10, RM50 orang akan ambil.”
Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang
menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut
menerimanya dengan bangga. Tidak cukup
dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat
dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.
Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu
adalah hak mereka. Apakah semua
kerajaan di dunia ini memberi BR1M?
Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.
Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam
ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa
berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat
demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan
sebagainya.
Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana
pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan
kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan
negara serta memastikan keamanan.
Menyediakan wang tunai ‘percuma’ kepada rakyat
bukanlah tugas kerajaan.
Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk
bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan
supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang
diperlukan oleh rakyat.
Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang
berpelajaran tinggi dan ada yang tidak.
Ada yang miskin dan ada yang kaya.
Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa
masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat
termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka
menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan
menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga
yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan
masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.
Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada
kerajaan dan ramai lagi yang tidak.
Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah
mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk
membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M.
Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu
untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara
langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang
dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai,
rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.
Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan
jika kerajaan tidak mampu. Jika
kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat
yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi
BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.
Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada
rakyat dengan sendirinya membuktikan
kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta
mengurus kewangan negara.
Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau
rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang
menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.
Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika
penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban
hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa
pula?
Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina
dari lembu dan ayam….
No comments:
Post a Comment