1. Jika ia dilakukan oleh penyokong Kerajaan adakah ia ada kaitan dengan
kes godam FB Rafizi Ramli dan Blog Anwar Ibrahim yang heboh sebelum
ini. Dalam kes FB Rafizi digodam, beliau didakwa telah menulis
permohonan meminta maaf atas pendedahan beliau terhadap Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi. Berita klik http://www.malaysiakini.com/news/220050
Sama seperti kes Blog Anwar Ibrahim juga meminta maaf kepada semua
pihak. Dan cepat pula PKR menuduh ia kerja Cybertrooper UMNO tanpa
sebarang bukti kukuh hingga kini.
Berita klik sini http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-anwar-digodam-tertera-tulisan-saya-menyokong-israel
2. Dalam perang berbagai perkara boleh berlaku tetapi analisa pakar akan
menemukan siapakah dalang di sebalik kejadian yang berlaku. Mustahil
bagi saya jika perkara sebegini dilakukan oleh Barisan Nasional kerana
ia tidak membawa keuntungan besar berbanding membantu rakyat dengan
penuh semangat untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka agar lebih
bahagia hidup di negara kita.
3. Dalam hal ini ada juga kemungkinan penyokong Pakatan sendiri
memainkan perkara ini bertujuan mengalih isu. Ini hipotesis yang dapat
dibuat berdasarkan bukti di bawah. Lihat print screen tweet Nizar seolah
mengiyakan gerakan untuk membawa mesej 'PM akan letak jawatan ' sama
seperti yang disiarkan dalam laman web Agensi yang digodam di atas.
4. Ada juga kemungkinan penjawat awam bahagian IT Penerangan yang
tercicir kata laluan, atau sengaja mendedahkannya kerana marah kepada
Kerajaan lalu membuat kerja tersebut. Namun kemungkinan ini sukar
berlaku walaupun kita tahu ia tidak mustahil boleh berlaku.
5. Pendek kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah
jua. Dalam hal ini saya fikir Nizar tidak perasan tindakan beliau telah
menggagalkan tindakan pihak cybertrooper Pakatan yang menulis mesej yang
sama dalam operasi mereka. Pendek kata 'mereka merancang Allah
merancang dan Allah sebaik-baik perancang' !!!
6. Dalam hal ini fitnah adalah modal Pakatan dan jika mereka golongan
yang benar sudah tentu tidak ada fitnah dilemparkan dalam politik yang
mereka amalkan.
Baca selanjutnya di SINI
No comments:
Post a Comment