Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang 'selebriti'
apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka
dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak
langsung.
Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang
berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai
Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai 'orang tengah' dalam
kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat
dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM. Deepak menafikan segala
tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa
dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran
terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga
PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala.
Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak
memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala.
Namun, itu dulu, ketika perniagaan Deepak sedang maju.
Kini, setelah semuanya mula merudum, Deepak perlukan
seorang mangsa untuk dituduh. Siapa lagi yang boleh dituduh jika tidak
seseorang yang pernah membantu Deepak dalam perniagaan beliau. Deepak perlu
memulihkan kerugian yang ditanggung, siapa lagi yang boleh membantu beliau jika
bukan seseorang yang mempunyai kuasa atau seseorang yang mahukan kuasa? Jadi,
Deepak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Perdana Menteri dan isteri,
dan pada masa yang sama membuat 'pelaburan' pada 'kerajaan baru'.
Itulah sebab mengapa Deepak tidak takut untuk
mendedahkan bahawa PM adalah dalang dalam kes pembunuhan Altantuya.
Mengapa Deepak tidak membuat pendedahan yang sama
ketika Dato’ Seri Najib sedang memegang jawatan DPM?
Kisah kes pembunuhan ini mula 'dihangatkan' oleh
Pembangkang. Versi mereka 'menceritakan' bahawa isteri PM berada di tempat
kejadian ketika pembunuhan tersebut berlaku, berdasarkan 'bukti-bukti kukuh'
(kasut beliau). Mereka kemudiannya mendakwa bahawa isteri PM sempat melihat
Altantuya dibunuh.
Namun, terdapat gambar-gambar isteri PM, termasuk
kenyataan akhbar yang melaporkan bahawa beliau sedang menghadiri majlis berbuka
puasa bersama anak yatim pada masa kejadian. Jadi, cerita tersebut kemudiannya
diubah lagi oleh Pembangkang.
Selain itu, terdapat gambar yang di'super-imposed'
bagi menunjukkan PM duduk semeja bersama Altantuya untuk makan malam yang
digunakan oleh pihak Pembangkang sebagai 'bukti'. Namun, apabila gambar
super-impose itu dibuktikan sebagai gambar yang direka-reka, pihak pembangkang
mula memusingkan cerita dengan menuduh bahawa individu yang mempunyai hubungan
bersama model Mongolia itu adalah pembantu PM, Razak Baginda.
Namun, kini, Deepak membuat satu lagi pendedahan
dengan menyatakan bahawa Razak tidak mungkin mempunyai sebarang hubungan dengan
Altantuya, kerana Razak mempunyai masalah mati pucuk. Bukan Razak, PM yang
mempunyai hubungan bersama Altantuya.
Deepak juga berkata bahawa SPRM tidak berani, polis
tidak berani, Azilah dan Sirul (pesalah) juga tidak berani untuk menyatakan
perkara sebenar hinggakan mereka sanggup dipersalahkan atas tuduhan yang dibuat
keatas DPM.
Rakyat sudah penat atas segala U-turn yang dibuat oleh
Bala dan Raja Petra, kini giliran Deepak pula? Mungkin Deepak perlu mengambil
ujian alkohol sebelum sesiapa mengambil kenyataan yang dikeluarkan oleh
saudagar karpet ini.
Penulis pasti bahawa Deepak tidak sedar bahawa jika
beliau mengambil U-turn, cerita tersebut perlulah selari dengan cerita dari
Bala dan juga Raja Petra, termasuk SUARAM dan Tian Chua juga, jika tidak,
segalanya akan hancur.
Buat masa sekarang, semua kisah yang diceritakan tidak
membawa makna, termasuklah cerita Deepak.
SUARAM kini terpaksa bersembunyi untuk menutup malu
mereka apabila kisah mereka dibongkar. Deepak pula hanyalah seorang peniaga
yang terpaksa menyambung perjuangan SUARAM yang gagal.
Deepak bukan sahaja perlu mencantumkan cerita-cerita
dari pihak pembangkang, beliau juga perlu mengambikira penjelasan yang datang
dari bahagian pro-kerajaan. Deepak perlu memperjelaskan bagaimana cerita beliau
mempunyai kaitan dengan cerita Dato’ Zulkefli Nordin’s, bekas peguam Anwar yang
juga pernah mewakili Azilah dan Sirul? Dato’ Zulkefli Nordin pernah mendedahkan
di dalam blog beliau bagaimana beliau bertindak untuk tidak mewakili
pesalah-pesalah tersebut.
Zulkefli yang kini telah meninggalkan PKR, mengaku
bagaimana beliau dipaksa oleh Anwar untuk mereka bukti yang membolehkan Azilah
dan Sirul membuat tuduhan kepada Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sebagai
dalang yang memberikan arahan untuk membunuh.
Satu perkara yang menghairankan penulis, walaupun
cerita Deepak tidak boleh digunapakai, ada yang masih percaya akan cerita
tersebut!
Lihatlah segala penipuan Bala, Raja Petra, Tian Chua,
SUARAM melalui pembangkang yang berjaya dibongkarkan, dan kini Deepak pula,
siapa yang masih percayakan cerita mereka?
No comments:
Post a Comment