Wow! Lebih 50,000 orang muda membanjiri Himpunan
Orang Muda Kedah di Alor Setar semalam. Sambutan ini jelas menunjukkan
bahawa orang muda Kedah sentiasa bersama PM, YAB DS Najib Tun Razak dan ini
menggambarkan bahawa mereka memilih Barisan Nasional (BN) untuk PRU13
akan datang serta menukar terus kerajaan Kedah yang sedia ada.
Pada himpunan ini, para belia turut mengambil
kesempatan untuk mendapatkan BL1M (Bantuan Lesen 1Malaysia) yang
digerakkan oleh SHEB (salah satu Biro Pemuda UMNO Msia) untuk membantu golongan
belia 17-40 tahun khususnya bagi mendapatkan lesen motosikal B2.
BL1M ini telah dirasmikan oleh PM sendiri pada
petang tersebut dan telah mendapat sambutan yang begitu hangat daripada rakyat
Kedah. Boleh dikatakan orang ramai datang dari seluruh pelusuk daerah
Negeri Kedah bagi mendapatkan BL1M dan bertemu dengan PM.
Orang ramai yang hadir begitu teruja dengan program
BL1M kerana harga yang ditawarkan untuk mendapatkan Lesen Motosikal B2 hanya
RM199 sahaja iaitu harga yang jauh lebih rendah dengan harga yang
ditawarkan oleh mana-mana institut memandu. Difahamkan kebanyakkan
institut mengenakan bayaran sekitar RM350-RM450.
Selain itu, Program BL1M ini sebenarnya akan dibawa
ke seluruh Parlimen di mana orang ramai berpeluang mendaftarkan diri (mengikut
syarat-syarat) secara online di www.bl1m.my untuk
mendapatkan borang permohonan dan selepas itu borang ini pula hendaklah
diserahkan kepada Pejabat UMNO Bahagian di parlimen terbabit untuk tindakan
selanjutnya. Manakala bayaran RM199 pula dibuat secara money order di
pejabat pos berdekatan. (PERINGATAN: tidak menggunakan khidmat agen atau orang
tengah dalam urusan pembayaran)
Tahniah diucapkan kepada SHEB dan Pemuda UMNO
Malaysia atas usaha membantu rakyat untuk mendapatkan lesen memandu
motosikal B2 dan ini sebenarnya menterjemahkan slogan 1Malaysia yang
dilaung-laungkan oleh PM kita "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"..
Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang
sentiasa peka dan prihatin kepada rakyat.
- Janji Ditepati -
Baca selanjutnya di SINI
No comments:
Post a Comment